BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket Diesel - 2 Beradik Di Reman, RM3.7 Juta Di Sita

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Di Tahan SPRM Di Sarawak

27.08.2024 - Seorang pengarah agensi penguatkuasaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuching, Sarawak kerana dipercayai menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu. Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sarawak pada kira-kira 6.20 petang tadi bagi dirakamkan keterangan.

“Suspek dipercayai telah menerima suapan daripada sindiket berkenaan sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan dan undang-undang terhadap kegiatan penyeludupan minyak diesel di Sibu. Tangkapan ke atas suspek adalah susulan serbuan dilakukan Bahagian Operasi Khas SPRM menerusi Op Liter di sebuah depoh simpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu pada Ahad lalu, katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek. Dia telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dengan seorang penjamin. Kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM. SPRM sebelum ini menahan dua beradik yang juga pengusaha stesen minyak, kerana dipercayai terbabit sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi, di Sungai Bidut, Sibu. Kedua-dua suspek lelaki, masing-masing berumur dalam lingkungan 40-an, dan adiknya, 30-an, ditahan dalam Op Liter yang dijalankan Bahagian Operasi Khas dan Skuad Taktikal Khas SPRM dengan kerjasama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Dalam operasi itu, SPRM menyita dua tongkang dan 30 tangki simpanan minyak yang dipercayai mengandungi kira-kira 1.6 juta liter minyak diesel serta wang tunai kira-kira RM3.7 juta.​

1724765451333.png
 
Sponsored Post

SPRM Beku Akaun Bank RM36 Juta

29.08.2024 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku akaun bank milik pengusaha stesen minyak dan pegawai penguatkuasa termasuk pengarahnya membabitkan nilai RM36 juta. Ia susulan SPRM melancarkan Op Liter membanteras sindiket penyeludupan diesel bersubsidi yang dipercayai menyeleweng bahan milik persatuan nelayan itu serta membayar rasuah kepada penguatkuasa di Sibu, Sarawak Ahad lalu. Menurut sumber, setakat jam 5 petang semalam, sebanyak RM36 juta wang yang berada di dalam akaun bank mereka sudah dibekukan.

"Ia susulan penahanan dua beradik yang juga pengusaha stesen minyak, pembantu penguatkuasa dan pengarah sebuah agensi penguakuasaan. Setakat ini juga tiada penahanan baharu dan tiada rampasan lain dilakukan," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sumber berkata, pengusaha stesen minyak yang direman empat hari sebelum ini dibebaskan dengan jaminan hari ini selepas tempoh remannya tamat. Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009. Sebelum ini, pengarah agensi penguatkuasaan di Kuching kerana dipercayai menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu. Suspek lelaki yang berusia lingkungan 40-an ditahan di Pejabat SPRM Sarawak kira-kira jam 6.20 petang.

Harian Metro Ahad lalu juga melaporkan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi yang dipercayai menyeleweng bahan milik persatuan nelayan itu serta membayar rasuah kepada penguat kuasa di Sibu, Sarawak, digempur SPRM. Serbuan dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) dan Skuad Taktikal Khas SPRM di sebuah depoh penyimpanan minyak di Sungai Bidut, Sarawak itu turut menahan lima individu termasuk pengusaha stesen minyak. Operasi dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menyita dua tongkang serta beberapa tangki minyak yang mengandungi kira-kira 1.6 juta liter diesel. Dua beradik yang juga pengusaha stesen minyak kemudian direman kerana dipercayai terbabit sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dan merasuah pegawai agensi penguat kuasa bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan. Selain itu, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM3.7 juta susulan tangkapan itu.
1724906338204.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register