Sindiket curi kenderaan mewah 'Geng Ah Teong' tumpas

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,903
Reaction score
11,470
Points
2,376


DATUK Seri Mazlan Lazim (tengah) menunjukkan barang-barang rampasan 'Ops. Lejang' yang melibatkan 'Geng Ah Teong' pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. - Foto NSTP/Mustaffa Kamal



SEBANYAK 17 buah kereta mewah import pelbagai jenama yang dicuri dapat dirampas dalam 'Ops. Lejang'. - Foto NSTP/Mustaffa Kamal



KUALA LUMPUR: Sindiket curi kenderaan mewah dikenali sebagai ‘Geng Ah Teong’ tumpas susulan penahanan sembilan individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan Operasi Lejang bermula 25 November hingga 4 Disember lalu.

Suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan selain seorang lelaki warga Indonesia berusia di antara 25 hingga 53 tahun ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor serta Kelantan.

Sebanyak 17 kenderaan mewah yang dicuri dianggarkan bernilai RM5 juta turut berjaya ditemui semula.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, memaklumkan sindiket menggunakan peralatan canggih dan akan menukar nombor rangka kenderaan bagi mengelak daripada dikesan.

“Modus operandi mereka, mengenal pasti kenderaan yang akan dicuri dan menggunakan alat ‘electronic key programmer’ (pengatur cara kekunci elektronik) yang mampu menghidupkan enjin tanpa menggunakan kunci asal.

“Sindiket juga akan menggunakan ‘jammer’ (penyesak) yang menyebabkan sistem GPS (Sistem Pengesanan Global) tidak berfungsi, sekali gus menggagalkan cubaan mengesan kenderaan terbabit.

“Satu kunci baharu juga akan dibuat bagi memudahkan kenderaan itu dijual,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Mazlan menjelaskan, ‘Geng Ah Teong’ menyasarkan kenderaan mewah yang diletakkan di kawasan terbuka antara jam 2 hingga 5 pagi di sekitar Kuala Lumpur dan giat sejak Mei lalu.

Semakan lanjut terhadap suspek mendapati enam memiliki rekod jenayah lampau, termasuk seorang lelaki yang mempunyai rekod dikehendaki.

“Hasil penahanan supek terbabit, kita berjaya menyelesaikan 20 kes iaitu sembilan kes di Kuala Lumpur, tujuh di Selangor, tiga di Johor dan satu di Negeri Sembilan.

“Kita juga masih memburu saki baki ahli sindiket yang dipercayai masih lagi berada dalam negara. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.


 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,561
Reaction score
1,966
Points
206
HRV pun kereta mewah ke?
hahaha.
 

diskaun honda4u

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2016
Messages
329
Reaction score
1
Points
45
Yg mewah kete hipang pun merana, kalau owner x mewah lagi la merana.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register