Simpan 97 burung murai batu, lelaki ditahan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,871
Reaction score
218
Points
33
GAMBAR hiasan


Johor Bahru: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menahan seorang lelaki serta merampas 97 ekor burung murai batu termasuk 35 yang sudah mati dalam satu operasi di Felda Bukit Waha, dekat Kota Tinggi semalam.

Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban berkata suspek berumur 43 tahun tersebut ditahan selepas didapati menyimpan burung berkenaan tanpa dokumen yang sah.

"Lelaki tersebut pernah ditahan pada 9 Disember tahun lalu di Teluk Ramunia kerana cuba menyeludup burung murai batu ke negara jiran melibatkan rampasan sebanyak 260 ekor burung berkenaan.

"Kes itu masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Salman berkata kesemua rampasan dibawa ke Pejabat Perhilitan Bandar Penawar, Johor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


== hmetro
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,871
Reaction score
218
Points
33
Simpan Murai Batu: Lelaki ditahan lagi

e1fa5d1e-443c-4759-bea3-c29e201cfced.jpg


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang masih disiasat atas kesalahan cuba menyeludup burung Murai Batu sekali lagi ditahan selepas dipercayai menyimpan hidupan itu untuk diseludup ke negara jiran.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 2.30 petang di sebuah premis perniagaan di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, lelaki terbabit pernah ditahan atas kesalahan sama pada 9 Disember lalu di Teluk Ramunia.

“Pemeriksaan di premis berkenaan mendapati sebanyak 62 ekor burung Murai Batu hidup, 35 ekor burung Murai Batu mati dan 51 sangkar besi yang kesemuanya bernilai RM15,000 dirampas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, lelaki berkenaan tidak memiliki dokumen sah bagi menyimpan hidupan liar berkenaan.

“Kesemua haiwan itu dibawa ke Pejabat Perhilitan Bandar Penawar, Johor untuk tindakan selanjutnya,” jelas kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Salman memaklumkan suspek sebelum ini ditahan pada 9 Disember lalu kerana cuba menyeludup 260 burung Murai Batu ke negara jiran.

“Kesemua haiwan berkenaan dirampas manakala kes tersebut masih dalam proses siasatan,” katanya.-


== Utusan Online
 
Sponsored Post
Top
Log in Register