BTC USD 55,810.0 Gold USD 1,840.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sime Darby Ambil Harimau Malaya, Orang Utan Sumatera Sebagai Anak Angkat

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,380
Reaction score
3,902
Points
236
30.07.2020 - Kuala Lumpur, Sime Darby Oils (SDO), entiti segmen hiliran Sime Darby Plantation Berhad (SDP), mengumumkan pengambilan seekor harimau Malaya dan dua ekor orang utan Sumatera sebagai anak angkat melalui program penajaan hidupan liar Zoo Negara.

Pengarah Urusan SDO Mohd Haris Mohd Arshad berkata langkah itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya selain mengambil bahagian dalam aktiviti lain anjuran Zoo Negara yang dijangka memanfaatkan golongan muda Malaysia.

"Kami ingin memainkan peranan kami dalam menyokong inisiatif penting oleh Zoo Negara ini kerana ia seiring dengan hasrat kami untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kepentingan usaha pemuliharaan hidupan liar yang terancam," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

SDO telah menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM65,000 semasa penyerahan sijil untuk membantu mengekalkan makanan dan penjagaan tahunan haiwan yang dijadikan anak angkat.

Timbalan Presiden Zoo Negara [email protected] Ahmat Lana berkata pihaknya menghargai sokongan SDO kerana sumbangan itu akan memanfaatkan haiwan terbabit.

"Kami berharap program ini akan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam inisiatif 'Adopt an Animal' kami bagi membantu melindungi kebajikan haiwan di Zoo Negara ini," katanya.

Screenshot-2467.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1865995
 

CG Sponsors




Top
Log in Register