Sila hormati forum berkenaan perbincangan agama

CG Sponsors




Dann

Administrator
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,229
Reaction score
1,865
Points
101
Banyak aduan telah kami terima berkenaan perbincangan di dalam forum section "Religions Talk" melibatkan beberapa isu yang tidak sepatutnya berlaku di dalam sesuatu topik perbincangan agama :-

1) Percanggahan pendapat yang menyebabkan pergaduhan kecil sesama ahli sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat.
2) Post "offtopic", gurau senda dan merapu sepanjang masa.
3) Post-post perkataan dan ayat yang langsung tidak menghormati perbincangan agama.
4) Post-post smilies semata-mata (Melanggar peraturan forum)

Sepatutnya sebagai ahli yang majoritinya beragama Islam kita harus sedar dan sudah diajar bagaimana untuk menunjukkan attitude yang baik walaupun di dalam perbincangan internet.

Pihak kami memandang berat terhadap perkara ini dan menyeru kepada semua yang terlibat bersama-sama menjayakan forum ini dengan perbincangan yang lebih sihat dan berilmiah seperti :-

1) Berbincanglah seperti orang dewasa bukan seperti kanak-kanak yang tidak matang.
2) Perdebatan dan percanggahan pendapat adalah perkara biasa bagi sesuatu forum. Oleh itu, berdebatlah dengan akal & fakta yang tepat, bukan berdasarkan luahan perasaan.
3) Tolong jangan offtopic dan mengganggu perbincangan dengan post yang tidak perlu.

Terima kasih atas kerjasama semua ahli.
 
Top
Log in Register