Sijil halal Dr. Sukida masih sah - Produk Penapis air

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SUBANG JAYA - "Sijil pengesahan halal syarikat kami tamat sehingga tahun 2012 dan bukannya 2007 seperti mana yang dilaporkan sebelum ini."

Demikian penjelasan Pengurus Jualan dan Pemasaran Alegria Corporation Sdn. Bhd., Sahrul Salim, syarikat pengedar alat penapis air terkemuka Dr. Sukida ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.

Menurut beliau, produk penapis air keluarannya disahkan halal melalui Sijil Perakuan Halal Persatuan Pegawai Agama Perak yang berkuat kuasa Mac 2009 sehingga Februari 2012 manakala sijil halal oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) tamat pada 2009.
 
Top
Log in Register