BTC USD 97,972.9 Gold USD 2,696.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sidang Parlimen Mula Lewat, Ramai MP Sangkut Banjir

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
15.10.2024 - Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini bermula lewat kerana ramai ahli parlimen tersangkut akibat banjir kilat di Kuala Lumpur. Mesyuarat itu sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi dengan Sesi Pertanyaan Perdana Menteri. Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen yang bertanya soalan pertama Amirudin Shari (Pakatan Harapan-Gombak) kelihatan berada di dalam dewan. Speaker Johari Abdul, kemudian memaklumkan kepada dewan bahawa dia menangguhkan sidang ke 10.30 pagi.

"Di luar hujan lebat, dan ada banjir. Dan ramai ahli parlimen terperangkap dalam banjir," katanya.
1728962841952.png
 
Sponsored Post

Santuni penduduk terkepung banjir sebelum ke parlimen

AZMI YUSOFOctober 18, 2024

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Temerloh, Salamiah Mohd Nor menziarahi penduduk Kampung Mambang Berulang yang terkepung dengan banjir, pagi tadi sebelum bersiap sedia untuk menghadiri pembentangan Bajet 2025 pada sesi petang di Parlimen.

Menurutnya, agak menakutkan untuk menyeberangi Sungai Semantan kerana arus air masih deras dan laju.

“Alhamdulilah selamat pergi dan kembali,” ujarnya menerusi hantaran di laman sosialnya, hari ini.

Beliau dimaklumkan hampir 23 buah rumah yang terkepung kerana banjir, sudah menghampiri seminggu.

Katanya, penduduk terbabit tidak boleh keluar dan tidak dapat pergi kerja sementara anak-anak tidak dapat ke sekolah.

“Alhamdulilah dapat menyantuni mereka, bertanya khabar dan mendengar cerita keadaan mereka di sini.

“Memberi sedikit sumbangan barangan buat mereka, moga-moga sedikit sumbangan ini memberi makna yang besar buat mereka,” katanya lagi.

Beliau juga meminta maaf kerana tidak dapat lama berada di kawasan itu bersama penduduk kerana perlu bersiap untuk ke Parlimen semula.


Salamiah Mohd Nor menyantuni sebahagian penduduk terkepung banjir di Kampung Mambang Berulang.
“Moga dipermudahkan segala urusan penduduk di sini, ada rezeki berjumpa lagi, insya-Allah.

“Jom sama-sama kita menyumbang dan berkongsi rezeki untuk mangsa banjir di Parlimen Temerloh,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 06028010073541 atas nama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Temerloh. – HARAKAHDAILY 18/10/2024
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register