Sidang Parlimen Malaysia SEHARI 18 Mei 2020

CG Sponsors




dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,861
Reaction score
1,442
Points
206
anwaribrahim-e1590731405256.jpg

AGENDANASIONAL
Anwar gesa Kerajaan Persekutuan adakan sidang Parlimen segera
by Afix RedzuanJun 30, 2020 9:13 pm

SHAH ALAM. 30 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaan supaya mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin jika benar-benar Kerajaan Persekutuan menjunjung tinggi institusi itu sebagai tiang seri demokrasi.

Menurut beliau Parlimen adalah institusi terpenting negara bukan sekadar tempat mewujudkan undang-undang baharu tetapi berfungsi sebagai badan pengimbang kepada cabang eksekutif seperti dinyatakan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Namun, lain halnya di Malaysia di mana kerajaan yang ada pada hari ini, yang tidak hanya tidak ada keabsahan tetapi terus terusan menginjak setiap aspek demokrasi, termasuk terus mengelak untuk mengadakan sidang Parlimen atau Dewan Rakyat.

“Gejala ini ternyata tidak berlaku di negara-negara maju yang lain, termasuk jiran kita Singapura,” kata ketua pembangkang dalam kenyataan di Facebook sempena Hari Parlimen Sedunia 2020.

Beliau berkata peranan Parlimen penting ketika ini tatkala pandemik Covid-19 bagi meluluskan peruntukan kecemasan, memastikan kebertanggungjawaban dan meneliti setiap tindakan Kerajaan agar kebocoran atau kecurangan dapat dielakkan.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,204
Reaction score
11,350
Points
2,376
Bagi persidangan Parlimen akan datang, KKM tidak akan melakukan swab test. Hanya saringan kesihatan iaitu pemeriksaan suhu badan dan memastikan mereka yang terlibat dalam persidangan itu mematuhi SOP spt penjarakan sosial, pemakaian pelitup separuh muka dan kerap basuh tangan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KKM
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
18,861
Reaction score
1,442
Points
206

AGENDANASIONAL
Anwar: Bahas isu rakyat, bukan tumpu singkirkan speaker
by Afix RedzuanJulai 5, 2020 8:30 am

SHAH ALAM, 5 JULAI: Ahli parlimen harus menggunakan Dewan Rakyat untuk membincangkan masalah rakyat, bukan menumpu usaha menyingkirkan speaker dan timbalannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan Pakatan Harapan (PAKATAN) akan mempertahankan kedudukan kedua-dua pemimpin tersebut pada persidangan pada 13 Julai ini.

“Kita harus tegas pertahan kedudukan speaker dan timbalan speaker yang dipilih secara sah dan gunakan masa untuk pertahankan hak rakyat sebagai ahli parlimen,” kata pengerusi PAKATAN menerusi siaran langsung Facebook malam tadi.

Pada akhir Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat usul untuk menyingkirkan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming.

Pada 2 Julai lalu, Majlis Setiausaha PAKATAN menyatakan keazaman mereka untuk mengekalkan kedudukan Mohamad Ariff dan Nga.

Pada perkembangan lain, presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memuji belia yang menyertai sidang Parlimen Digital kerana berbahas isu rakyat.

Beliau juga berharap ahli parlimen mencontohi mereka dengan menjadikan sidang Dewan Rakyat untuk berbahas secara lebih matang.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register