Sidang Parlimen Malaysia SEHARI 18 Mei 2020

CG Sponsors




Panji hitam putih

Active+ Member
Joined
Nov 6, 2016
Messages
4,109
Reaction score
1,179
Points
111
1589987651683.png


KENYATAAN MEDIA

MUAFAKAT NASIONAL SELANGOR

XAVIER BIADAP, HINA YDP AGONG DAN DEWAN RAKYAT

*YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI*
PESURUHJAYA PAS SELANGOR

*YB TAN SRI DATUK SERI NOH OMAR*
PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Xavier Jayakumar menerusi satu video selepas sidang Parlimen 18 Mei 2020 merupakan satu kenyataan biadap yang tidak wajar kerana disifatkan menghina YDP Agong dan Dewan Rakyat.

Video yang berdurasi selama hampir 3 minit itu menyatakan persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei adalah "sampah" dan tidak berguna kerana semata-mata hanya duduk mendengar titah YDP Agong tanpa ada sebarang perbahasan dan agenda mesyuarat yang lain.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli sewajarnya menghormati persidangan yang berlangsung selama sehari tersebut dan menghayati isi kandungan titah YDP Agong yang dibentangkan semalam.

Jangan kerana kehilangan kuasa, beliau sudah tidak lagi bertindak secara waras sehingga semua perkara ingin dipertikai dan dihina dengan melulu. Adakah beliau masih tidak sedar bahawa sikap sebeginilah yang menjadikan rakyat Malaysia khususnya di kalangan masyarakat melayu Muslim benci dan meluat kepada mereka serta tidak peduli sensitiviti yang patut diperlihara serta tidak memberikan penghormatan yang sewajarnya kepada Institusi Diraja.

Dalam situasi sekarang, rakyat mahukan kerajaan dan semua ahli politik bekerja ke arah menangani COVID-19 sama ada dalam prospek keselamatan nyawa serta pembaikpulih ekonomi. Ahli politik perlu beringat agar tidak hanya bermain sentimen politik kebencian dan kebiadapan sedangkan penjawat awam serta rakyat umum sedang dalam bertungkus lumus memastikan kejayaan dalam menangani pandemik COVID-19 ini.

Justeru, *Muafakat Nasional Selangor* menyelar kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Xavier Jayakumar dan ia mesti dikenakan tindakan tata tertib dan displin sebagai satu tindakan tegas dan mendidik agar insiden seperti ini tidak berulang kembali.

Rakyat khususnya di Negeri Selangor wajar mengambil tindakan dengan membuat satu laporan Polis bagi menyiasat tuduhan menghina YDP Agong dan Dewan Rakyat.
Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Selangor untuk terus bersatu padu dalam mendokong Muafakat Nasional bagi membentuk gelombang agar memastikan PRU yang akan datang, Negeri Selangor tidak lagi berada di bawah pentadbiran PH.

27 Ramadhan 1441H | 20 Mei 2020
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3267151063296050&id=450332874977897
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Serve papers to PM and speaker, AG office tells duo challenging May 18 Dewan sitting
FMT Reporters
-
May 21, 2020 8:22 AM

Dewan-Rakyat-Opening-180520.jpg

The May 18 sitting of the Dewan Rakyat was held on the back of strong protest from the opposition who called for several days of parliamentary debate.

PETALING JAYA: The Attorney-General’s Chambers (AGC) has refused to accept court papers served on Prime Minister Muhyiddin Yassin and Dewan Rakyat Speaker Mohamad Ariff Md Yusoff in a suit challenging the legality of the May 18 Parliament sitting.

Instead, lawyer T Gunaseelan was told to personally serve the papers on the two defendants.

“The court rules allow for such service by registered post. My clients have now instructed me to serve the documents on the defendants by mail,” he told FMT.
FMT has sighted the content of the letter.



Gunaseelan said he had served the papers on Muhyiddin through the AGC on Monday, and had also asked whether they had instructions to accept the papers for the Dewan Rakyat speaker.

He said in a letter from AGC, he was told that the originating summons and the affidavit should be served on the defendants personally.

Gunaseelan is representing lawyer R Kengadharan and social activist D Arumugam. Last week, the duo filed an application for a declaration that the sitting on Monday was unconstitutional.
They said the notice to MPs on May 13 was against the Federal Constitution and Standing Orders of the house.

They also said it was public knowledge that the opposition intended to pass a motion of no-confidence against the prime minister, adding that the one-day sitting would not fulfil the constitutional requirement for the discussion of important matters other than the royal address.

The dispute will likely be heard before High Court judge Nordin Hassan who has fixed June 1 for case management.

 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
20,127
Reaction score
1,642
Points
206
View attachment 238967

Jayakumar disiasat polis lepas buat kenyataan tentang sidang parlimen
Faisal Asyraf
Diterbitkan Hari ini 9:57 pm



Bekas menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A Xavier Jayakumar disiasat polis berhubung satu klip video pendek didakwa memaparkan beliau mengatakan bahawa persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini adalah "tidak berfaedah" dan "mengarut."

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah D5 (Pendakwaan dan Perundangan) SAC Mior Faridalathrash Wahid kepada Malaysiakini hari ini.
Difahamkan, sebanyak 33 laporan polis dibuat terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat itu.

"Kami siasat dia mengikut Akta Hasutan," katanya.

Semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa Putrajaya akan menghapuskan akta kontroversi itu dan akan digantikan dengan akta baru.

Dalam klip video berdurasi tiga minit itu, Jayakumar didakwa antara lain berkata ahli parlimen berada di situ selama sejam hanya untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu diminta untuk balik atas alasan Covid-19.

Kata beliau semua itu berlaku kerajaan takut untuk bersemuka dengan wakil rakyat pembangkang serta usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin.

Buat pertama kali parlimen bersidang dengan sangat singkat pada 18 Mei lalu. Ia asalnya dijadual selama satu hari tetapi dipendekkan lagi dengan hanya mendengar titah ucapan Agong.

Ia merupakan sidang pertama parlimen sejak Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui Langkah Sheraton yang membabitkan sebahagian besar ahli parlimen Bersatu diketuai Muhyiddin serta disokong Umno dan PAS.

Gerakan itu turut menyaksikan sejumlah ahli parlimen PKR berpaling tadah. Mereka kemudian menyertai Bersatu. Ketua mereka, Azmin Ali, dilantik sebagai salah seorang menteri kanan Muhyiddin.

Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin sebelum parlimen ditetapkan bersidang untuk hanya mendengar titah Agong.

Pengkritik mendakwa kerajaan Perikatan Nasional takut berdepan usul berkenaan selain mengadakan sidang semata-mata untuk mengelakkan parlimen terbubar secara automatik kerana tidak diadakan lebih enam bulan.

PH mendesak sidang parlimen diadakan sekurang-kurangnya lapan hari bagi membolehkan pelbagai isu penting negara dapat dibahaskan. Antaranya ancaman wabak Covid-19.

pandai kitab suci PH ni bersihkan kenyataan Xavier
padahal xavier cakap sampah dah tak berguna
bile pulak die ckp "tidak berfaedah" dan "mengarut."
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Serah dokumen kepada PM, speaker, AGC beritahu peguam cabar sidang Parlimen 18 Mei
FMT Reporters
-
May 21, 2020 10:18 AM


Dewan-Rakyat-Opening-180520.jpg

Persidangan 1 hari Dewan Rakyat pada 18 Mei dibantah oleh pembangkang yang mahu ia diadakan selama beberapa hari.

PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara (AGC) enggan menerima kertas mahkamah yang ditujukan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff dalam satu saman yang mencabar keesahan persidangan Parlimen pada 18 Mei lepas.

Sebaliknya, peguam T Gunaseelan diberitahu supaya menyerahkan dokumen berkenaan secara langsung kepada 2 defendan terbabit.

“Peraturan mahkamah membenarkan ia disampaikan menerusi pos berdaftar. Pelanggan saya kini mengarahkan dokumen itu diserahkan kepada defendan melalui pos,” katanya kepada FMT.
FMT telah melihat kandungan surat tersebut.


Gunaseelan berkata, beliau menyerahkan dokumen itu kepada Muhyiddin melalui AGC pada Isnin, selain bertanya sama ada mereka (AGC) mendapat arahan untuk menerimanya bagi pihak speaker Dewan Rakyat.
Katanya, dalam surat daripada AGC, beliau diberitahu bahawa saman pemula dan affidavit tersebut hendaklah diserahkan secara langsung kepada defendan.

Gunaseelan mewakili peguam R Kengadharan dan aktivis sosial D Arumugam.

Minggu lepas mereka memfailkan permohonan bagi mengisytiharkan persidangan Parlimen Isnin lalu adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Mereka mendakwa notis kepada ahli Parlimen bertarikh 13 Mei adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap Dewan Rakyat.

Mereka juga berkata, orang ramai tahu bahawa pihak pembangkang bercadang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, selain mendakwa persidangan 1 hari yang diadakan tidak memenuhi syarat perlembagaan yang menghendaki perbincangan mengenai perkara penting dijalankan, selain daripada Titah Diraja.

Pertikaian itu dijangka didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan yang menetapkan 1 Jun depan untuk pengurusan kes.


 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,278
Reaction score
1,261
Points
101
Serah dokumen kepada PM, speaker, AGC beritahu peguam cabar sidang Parlimen 18 Mei
FMT Reporters
-
May 21, 2020 10:18 AM


View attachment 239176
Persidangan 1 hari Dewan Rakyat pada 18 Mei dibantah oleh pembangkang yang mahu ia diadakan selama beberapa hari.

PETALING JAYA: Pejabat Peguam Negara (AGC) enggan menerima kertas mahkamah yang ditujukan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff dalam satu saman yang mencabar keesahan persidangan Parlimen pada 18 Mei lepas.

Sebaliknya, peguam T Gunaseelan diberitahu supaya menyerahkan dokumen berkenaan secara langsung kepada 2 defendan terbabit.

“Peraturan mahkamah membenarkan ia disampaikan menerusi pos berdaftar. Pelanggan saya kini mengarahkan dokumen itu diserahkan kepada defendan melalui pos,” katanya kepada FMT.
FMT telah melihat kandungan surat tersebut.


Gunaseelan berkata, beliau menyerahkan dokumen itu kepada Muhyiddin melalui AGC pada Isnin, selain bertanya sama ada mereka (AGC) mendapat arahan untuk menerimanya bagi pihak speaker Dewan Rakyat.
Katanya, dalam surat daripada AGC, beliau diberitahu bahawa saman pemula dan affidavit tersebut hendaklah diserahkan secara langsung kepada defendan.

Gunaseelan mewakili peguam R Kengadharan dan aktivis sosial D Arumugam.

Minggu lepas mereka memfailkan permohonan bagi mengisytiharkan persidangan Parlimen Isnin lalu adalah bercanggah dengan perlembagaan.

Mereka mendakwa notis kepada ahli Parlimen bertarikh 13 Mei adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap Dewan Rakyat.

Mereka juga berkata, orang ramai tahu bahawa pihak pembangkang bercadang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, selain mendakwa persidangan 1 hari yang diadakan tidak memenuhi syarat perlembagaan yang menghendaki perbincangan mengenai perkara penting dijalankan, selain daripada Titah Diraja.

Pertikaian itu dijangka didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Nordin Hassan yang menetapkan 1 Jun depan untuk pengurusan kes.


They really got nothing else to do is it?
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Mahkamah Tinggi tetapkan 30 Julai dengar saman berkait sidang sehari Parlimen

June 1, 2020 3:14 PM

dewan-rakyat-agong-fmt-260320-2.jpg

Peguam R Kengadharan dan aktivis sosial D Arumugam mencabar kesahan sidang sehari Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Julai ini untuk mendengar saman yang difailkan 2 individu untuk mencabar kesahan sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Peguam T Gunaseelan, yang mewakili seorang lagi peguam R Kengadharan dan aktivis sosial D Arumugam, berkata tarikh itu ditetapkan susulan pengurusan kes hari ini di depan Hakim Nordin Hassan.
Peguam kanan persekutuan, Mohammad Sallehuddin Md Ali mewakili Jabatan Peguam Negara.

Gunaseelan berkata, beliau sudah menyerahkan kepada mahkamah kertas mengenai defendan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusoff pada 21 Mei lalu.



“Kami memaklumkan hakim yang kertas itu diserahkan melalui pos berdaftar memandangkan peraturan mahkamah membenarkannya,” katanya kepada wartawan.

Nordin turut memerintahkan Muhyiddin dan Ariff memfailkan afidavit mereka sebagai balasan kepada plaintif menjelang 22 Jun ini.

Kengadharan dan Arumugam dibenar memfailkan sebarang afidavit lanjut menjelang 6 Julai.
Nordin turut mengarahkan pihak terbabit memfailkan penghujahan bertulis mereka pada 20 Julai sebelum mendengar penghujahan lisan pada 30 Julai.

Sallehuddin memberitahu hakim yang Jabatan Peguam Negara tidak dapat mengesahkan sama ada mereka akan mewakili Muhyiddin dan Ariff, tetapi tiada bantahan terhadap tarikh pendengaran itu.

Pada 18 Mei lalu, Kengadharan dan Arumugam memfailkan saman pemula dan memohon perisytiharan yang notis dikeluarkan kepada ahli Parlimen pada 13 Mei lalu bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Mereka berkata, orang ramai tahu pembangkang berhasrat membentangkan usul tidak percaya terhadap perdana menteri, dan sidang sehari itu tidak dapat memenuhi syarat Perlembagaan untuk membincangkan perkara penting selain ucapan Agong.

Speaker Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya dikemukakan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada 8 Mei lalu.



 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,255
Reaction score
146
Points
73
pandai kitab suci PH ni bersihkan kenyataan Xavier
padahal xavier cakap sampah dah tak berguna
bile pulak die ckp "tidak berfaedah" dan "mengarut."
Dia dh goyang la tu
Pndai btol nk putar belit lg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register