Sidang Parlimen Malaysia 2020 - RUU Perbekalan Tambahan Dibentang Kali Kedua

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Surat Cinta Ku Li Ajak MP Sokong Undi Tak Percaya Ke Atas Muhyiddin

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan semua ahli parlimen telah diberikan “surat "cinta” daripada Tengku Razaleigh Hamzah yang mengajak mereka supaya menyokong isu "undi tidak percaya" kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Di meja semua ahli parlimen, ada surat cinta dari YB Tengku Razaleigh, ahli Parlimen BN (Gua Musang), untuk ketengahkan isu undi tidak percaya kepada YAB PM. Penolakan datang dari ahli Parlimen kerajaan sendiri. Belanjawan akan diundi pada Khamis. Apa pandangan rakan rakan?’ soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, tokoh veteran Umno itu memaklumkan bahawa dirinya tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun tidak membenarkan keabsahan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibuktikan. Dia yang juga ahli Parlimen Gua Musang meyampaikan hasrat itu kepada Azhar menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Nov, yang antara lain mengkritik keengganan Azhar membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Dia turut memberi peringatan berkenaan "rasuah politik" dalam usaha membantu kerajaan untuk terus berpaut kepada kuasa. Surat itu adalah respons kepada kenyataan Azhar bulan lalu bahawa dia tidak boleh membenarkan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan mendahului usul yang dibawa kerajaan. Kenyataan itu selepas Razaleigh menghantar surat kepadanya, bertarikh 25 Sept, untuk menggesa Azhar membenarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dalam responsnya, Azhar turut mencadangkan agar Razaleigh berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan agar usul tersebut dibentangkan. Sementara itu, turut membuat hantaran yang sama adalah ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

“Hari ini ahli-ahli Parlimen terima surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkenaan usul tidak percaya. Kami ahli-ahli Parlimen telah angkat sumpah untuk sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan Persekutuan. Antara isu terbesar hari ini adalah persoalan tentang keabsahan dan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen terhadap perdana menteri. Apakah kita bakal menyaksikan sesuatu pada 26 November ini?” soal pemimpin PKR itu.

Turut membuat hantaran serupa adalah pemimpin Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus yang juga adalah ahli parlimen Hulu Langat. Dia menggambarkan Razaleigh sebagai seorang yang sangat berpengalaman dalam kerajaan dan parlimen dan bukannya jenis “Melayu pak turut”.

“Ada nama besar di peringkat antarabangsa persis Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. Walaupun ketiga-tiganya punyai aliran pemikiran dan pendekatan yang berbeza antara satu sama lain, kami sudi mendengar daripada sesiapa sahaja. Dengar-dengar beliau dan beberapa pemimpin Umno sedang lakukan sesuatu yang besar minggu ini. Rakyat wajar mendengar dahulu, walaupun akhirnya belum tentu bersetuju,” katanya.

Menurut Hasanuddin, yang penting rakyat mahu jemaah menteri yang bijak dan bertanggungjawap.

“Kita mahu insan yang tidak comot dan bersih serta ada kebijaksanaan dan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya.

Gesaan Razaleigh terhadap usul undi tidak percaya terhadap sebuah kerajaan yang cuba mengelaknya bukanlah sesuatu yang baik untuk Muhyiddin. Pada masa ini, presiden Bersatu itu mempunyai sokongan 112 daripada 222 ahli Parlimen. Namun hanya ada 220 ahli Parlimen pada masa ini, berikutan kematian seorang ahli Parlimen kerajaan dan seorang ahli Parlimen pembangkang. Tanpa sokongan Razaleigh, jumlah sokongan yang dimiliki Muhyiddin tinggal 111 orang.

Pada masa sama, sejumlah ahli Parlimen Umno - yang merupakan sebahagian daripada kerajaan PN - turut mengkritik Belanjawan 2021 dan membayangkan tidak semestinya akan menyokongnya. Pengundian Belanjawan 2021 akan berlangsung paling awal pada 26 Nov ini. Jika semua ahli Parlimen hadir dan undian dibuat berdasarkan parti, kehilangan sokongan dua ahli Parlimen kerajaan sudah cukup untuk menggagalkan Belanjawan 2021. Undian itu juga amat penting buat Muhyiddin kerana ia juga boleh dikira sebagai "undi percaya" terhadapnya.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552138
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Bekas EXCO, Pemuda MIC Kritik Belanjawan Kedah Isu "Dana" Kuil

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Bekas exco Kedah Dr R Summugam berkata dia kesal dengan ketiadaan peruntukan terhadap rumah ibadat bukan Islam di negeri itu dalam belanjawan yang dibentangkan minggu lepas. Summugam juga berkata dia kesal dengan jawapan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan perkara itu, yang menurutnya menguris hari masyarakat India.

"Tidak pernah kita dengar mana-mana kerajaan negeri Kedah sebelum ini tolak peruntukan kepada tempat ibadat bukan Islam. Bermula BN, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan semua beri peruntukan kepada tempat ibadat bukan Islam. Semua MB ketika itu adalah Melayu dan Islam. Tidak timbul isu agama rasmi dan sebagainya. Malah, saya pernah dengar Kerajaan negeri Kelantan pun membantu tempat ibadat bukan Islam. Maka, saya meminta MB Kedah supaya kaji semula supaya memberikan peruntukan menerusi peruntukan khas menteri besar kepada tempat ibadat bukan Islam," kata wakil rakyat PKR itu kepada Malaysiakini.

Summugam yang juga Adun Bukit Selambau mengulas ucapan Belanjawan 2021 Kedah oleh Sanusi. Ketika menjawab permintaan Summugam yang meminta RM500,000 untuk kuil dan RM500,000 untuk sekolah Tamil, Sanusi menjawab:

"Cuma kalau Bukit Selambau nak peruntukan untuk kuil, saya rasa mungkin itu susah untuk dilaksanakan, kerana peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Agama Islam, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) itu atas dasar Islam adalah agama rasmi persekutuan. Kerajaan negeri membantu bukan dasar agama. Kita bagi atas dasar pendidikan membina dewan itu boleh. Saya boleh bincang dan sembang bila-bila boleh," tambah Sanusi lagi.


Macam kelas ketiga - MIC

Sementara itu, Pemuda MIC Kedah berkata tindakan seolah-olah melayan masyarakat bukan Melayu sebagai "warga kelas ketiga". Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MIC S Sasitharan berkata pendirian menteri besar seolah-olah gagal mengakui kewujudan 25 peratus penduduk Kedah bukan Melayu dan beragama Islam.

"Kita amat menyesali tindak tanduk MB Kedah dalam soal ini dan pada hemat kami - seluruh masyarakat India di negeri Kedah - Sanusi tidak layak dan sesuai untuk memimpin Kedah dan lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini," tambahnya.


Jangan persoal kontrak sosial, kata PAS

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya mempertahankan kerajaan negeri sebagai membela semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik.

"Berulang kali beliau menyebut dalam sidang tersebut beliau telah bersetuju berunding dengan semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama dan sekiranya terdapat mana-mana polisi serta tindakan yang menindas kaum minoriti di negeri bertuah ini, mereka akan diberi keutamaan yang sama rata. PAS Kedah mengingatkan tidak perlu dipersoalkan kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang telah sedia ada. Tidak perlu menyebut bagaikan dilayan seperti warga kelas ketiga,” katanya.

Ahmad menyeru aktivis dan wakil komuniti India segera ke meja perundingan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552193
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Isu Darurat Di Gerik, Bugaya Di Sentuh Di Parlimen Hari Ini

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Persoalan sama ada kerajaan bercadang menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya seperti yang dilakukan di Batu Sapi antara isu akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada perdana menteri, dan rasional sekiranya dilaksanakan serta kekangan hak demokrasi pengundi untuk kawasan terlibat.

Pada sesi sama juga, Teo Nie Ching (PH-Kulai) meminta Menteri Pendidikan menyatakan keberkesanan TV Pendidikan, jumlah murid dan pelajar yang mengikuti program itu, serta sama ada kementerian mempunyai perancangan menambah masa siaran TV Pendidikan. Selain itu, pada sesi soal jawab lisan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini pembinaan tiga kapal induk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang akan digunakan bagi meningkatkan pengoperasian di perairan negara dalam usaha mencegah aktiviti pencerobohan bot nelayan asing.

Mohamad Alamin (BN-Kimanis) pula meminta penjelasan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai strategi dan hala tuju kementerian berkaitan import dan eksport negara bagi terus meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara khususnya di Sabah. Persidangan kemudian diteruskan dengan penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 oleh kementerian-kementerian terlibat.

Setakat semalam, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan. Antara kementerian yang dijadual menggulung perbahasan hari ini ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis dengan sesi penggulungan Belanjawan 2021 peringkat dasar oleh menteri-menteri berkenaan bermula 9 Nov hingga 26 Nov.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552217
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Isu Darurat Di Gerik, Bugaya Di Sentuh Di Parlimen Hari Ini

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Persoalan sama ada kerajaan bercadang menasihati Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya seperti yang dilakukan di Batu Sapi antara isu akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada perdana menteri, dan rasional sekiranya dilaksanakan serta kekangan hak demokrasi pengundi untuk kawasan terlibat.

Pada sesi sama juga, Teo Nie Ching (PH-Kulai) meminta Menteri Pendidikan menyatakan keberkesanan TV Pendidikan, jumlah murid dan pelajar yang mengikuti program itu, serta sama ada kementerian mempunyai perancangan menambah masa siaran TV Pendidikan. Selain itu, pada sesi soal jawab lisan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini pembinaan tiga kapal induk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang akan digunakan bagi meningkatkan pengoperasian di perairan negara dalam usaha mencegah aktiviti pencerobohan bot nelayan asing.

Mohamad Alamin (BN-Kimanis) pula meminta penjelasan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai strategi dan hala tuju kementerian berkaitan import dan eksport negara bagi terus meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara khususnya di Sabah. Persidangan kemudian diteruskan dengan penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 oleh kementerian-kementerian terlibat.

Setakat semalam, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan. Antara kementerian yang dijadual menggulung perbahasan hari ini ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis dengan sesi penggulungan Belanjawan 2021 peringkat dasar oleh menteri-menteri berkenaan bermula 9 Nov hingga 26 Nov.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552217
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Kerajaan Mungkin Minta Agong Isytihar Darurat Di Gerik, Bugaya

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk meminta Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya sekiranya situasi pandemik Covid-19 sama seperti di Batu Sapi.

“Berpandu kepada Perkara 150, jemaah menteri memutuskan untuk mengarahkan perdana menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan sebahagian daripada persekutuan iaitu Parlimen Batu Sapi supaya diisytiharkan darurat. Tindakan yang sama juga akan dipertimbangkan dan dilaksanakan bagi DUN Bugaya dan (Parlimen) Gerik sekiranya berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), ianya berlandaskan sebagaimana di Batu Sapi,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Agong sebelum ini bersetuju mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Batu Sapi di Sabah bagi mengelak pilihan raya kecil dan sekali gus bertujuan untuk membendung wabak Covid-19. Takiyuddin berkata, antara masalah yang didapati di Batu Sapi ialah pematuhan garis panduan SOP yang ditetapkan oleh MKN kemungkinan besar tidak dapat dipatuhi dengan sebaiknya jika PRK itu diteruskan. Antara lain hanya 143 daripada 837 orang petugas pilihan raya sahaja yang sanggup bertugas.

“Begitu juga KKM memaklumkan kekangan untuk menyediakan pegawai dan kakitangan kesihatan bagi mengendalikan pengundi Batu Sapi yang berjumlah lebih daripada 32,000 orang. Atas dasar itu, kerajaan berpendapat pengisytiharan darurat adalah sangat tepat dan langkah yang diambil oleh Agong adalah amat bertepatan dengan perlembagaan, dan ianya bukan sekali-kali tindakan yang bercanggah dengan amalan demokrasi,” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanya adakah kerajaan bercadang untuk menasihati Agong bagi mengisytiharkan darurat di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik seperti di Parlimen Batu Sapi. Ahmad turut meminta menyatakan rasional jika ianya ingin dilaksanakan dan jawapan berkenaan kekangan hak demokrasi pengundi untuk kawasan yang berkaitan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552237
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Maszlee Persoal Kelewatan Kandungan TV Pendidikan

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mempersoalkan apakah jaminan Kementerian Pendidikan agar kandungan TV Pendidikan dapat disiapkan selepas tarikh tamat projek yang diberikan kepada syarikat Radius One Sdn Bhd (Radius One) itu dilanjutkan. Bekas menteri pendidikan itu turut bertanya mengapa syarikat tersebut hanya mengambil tempoh yang begitu lama untuk menyiapkan 25 daripada 800 siri kandungan yang diperlukan.

“Apakah jaminan yang boleh diberikan menyiapkan selebih 700 lebih apabila dilanjutkan tempoh?” soalnya ketika mencelah penggulungan Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin bagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Radzi berkata projek tender terbuka yang bernilai RM1.92 juta itu mengalami kelewatan kerana terjejas akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Oleh itu, dia berkata tarikh tamat projek itu dilanjutkan dari 30 Nov 2020 kepada 31 Mac 2021.

"Pada masa ini syarikat terbabit menghasilkan 25 episod video pendidikan yang telah disiarkan dan 63 sedia untuk disiarkan, manakala 712 episod lagi masih dalam pelbagai peringkat penghasilan,” kata Radzi.

Maszlee turut mempertikaikan kadar harga bagi setiap episod kandungan TV Pendidikan itu dibuka jauh daripada harga pasaran.

“Ketika (projek) dibuka, ianya dibuka jauh bawah harga pasaran. Contohnya diberikan untuk satu minit tawaran (dengan) harga RM1,000. Untuk satu siri ialah RM2,500. Ini jauh daripada harga pasaran yang mana biasanya harga pasaran tempoh untuk satu minit adalah RM1,000 dan diminta 25 minit (dengan) harga penawaran RM2,500… walhal harga pasaran ialah RM1,000 seminit. Maksudnya RM25,000.

“Maka syarikat manakah yang berani masuk?” katanya.

Maszlee juga berkata dia melihat apa yang dilakukan kerajaan itu sebagai projek yang gagal atau bertangguh atas faktor harga rendah berbanding pasaran itu. Jelasnya, apabila pemberian satu proses penghasilan rancangan TV Pendidikan itu diberikan pada bawah harga pasaran, maka ia terdedah untuk penangguhan.

“Ini merupakan penggadaian terhadap masa depan anak-anak kita,” katanya.

Untuk rekod sebelum ini Radius One memberitahu Malaysiakini penghasilan kandungan tersebut sedang berjalan tanpa sebarang masalah.

"Semua berjalan lancar. Memang orang kata inilah pertama kali Radius One dapat menyumbang untuk pendidikan negara kita - untuk pelajar, untuk budak sekolah. Sebab pasal PKP ini, walaupun kami banyak buat drama tapi orang kata dapat jugalah sumbang (menyumbang) untuk negara," kata penerbitnya Fazli Baharom.

Fazli juga berkata kontrak itu diperoleh mereka melalui tender terbuka pada Jun.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552271
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Kehadiran Jeffrey Kitingan Cetus Bantahan MP

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Ahli parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan kehadiran Jeffrey Kitingan (Star-Keningau) dalam Dewan Rakyat selepas dia didakwa masih belum menghabiskan tempoh kuarantin wajib selama 14 hari sejak datang dari Sabah. Mereka kemudian mendakwa pihak berkuasa bersikap berat sebelah apabila diberitahu Kitingan mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk hadir persidangan hari ini.

Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) antara yang bangun mempersoalkan kehadiran Kitingan kerana difahamkan anggota parlimen Keningau itu masih berada di Sabah pada 12 Nov lalu. Dia turut merujuk arahan yang menyatakan bahawa semua anggota parlimen dari Sabah perlu menjalani kuarantin selama dua minggu apabila datang dari negeri itu. Tambahnya, jika Kitingan tiba di Kuala Lumpur 12 Nov, tempoh kuarantinnya hanya akan tamat pada 26 Nov ini.

Selepas beberapa anggota parlimen menggesa Kitingan keluar dari dewan sementara menunggu penjelasan perkara tersebut, Timbalan Speaker Azalina Othman Said membacakan jawapan daripada Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR).

“Ini jawapan dari SUDR, YB (Kitingan) dibenarkan hadir oleh doktor di parlimen kerana beliau mendapatkan recare order daripada KKM selepas tamat kuarantin,” katanya.

Azalina kemudian menjelaskan, Kitingan menerima surat pelepasan (relief order) tetapi tidak mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.


Beri Salinan Surat Pelepasan

Penjelasan itu kemudian disusuli dengan jeritan “double standard” (berat sebelah) oleh beberapa anggota parlimen dalam Dewan Rakyat. Aziz kemudian menyatakan penjelasan tersebut tidak adil kepada anggota parlimen Sabah yang lain. “Tak adil Keningau dibenarkan masuk di dalam Dewan Rakyat ini. Ini soal keselamatan kami sebagai ahli parlimen,” jelasnya.

Azalina kemudian menggesa ahli parlimen yang tidak berpuas hati untuk mendapatkan penjelasan dari Speaker Azhar Harun. Meskipun berada dalam Dewan Rakyat ketika kekecohan itu berlaku, Kitingan tidak memberi sebarang penjelasan. Malaysiakini sedang mendapatkan maklumat lanjut dari KKM berhubung surat pelepasan yang diberikan kepada Kitingan

Kitingan ketika dihubungi Malaysiakini kemudian memberikan salinan surat arahan pelepasan yang diterimanya. Berdasarkan surat yang bertarikh 23 Nov itu, KKM menjelaskan bahawa Kitingan dikenal pasti sebagai kontak rapat dan diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah pada 12 Nov sehingga 25 Nov. Namun, dia dilepaskan dari perintah kuarantin itu dua hari sebelum tarikh tamat tempoh selepas didapati kesihatannya memuaskan.

“Berdasarkan laporan saringan yang dilakukan KKM, keadaan kesihatan didapati memuaskan. Oleh itu, anda diberi pelepasan (clearance) daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian […] mulai dari tarikh yang disebutkan di bawah (23 Nov), ” kata surat itu.

Surat itu turut ditandatangani oleh pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552281
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Bersih 2.0 Selar Usaha Pahang Lantik ADUN Tanpa Pilihanraya

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menempelak usaha kerajaan Pahang untuk melantik lima anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) tanpa melalui proses pilihan raya. Bersih menyifatkan tindakan itu memberikan mutlak kepada Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail melantik pihak yang setia padanya sebagai penyokong kerajaan dalam dewan.

“Bersih 2.0 amat risau akan lima kerusi bonus ini akan menjadi MB Pahang sebagai panglima perang yang bukan sahaja tidak dapat dipertanggungjawabkan oleh pembangkang, bahkan sekutunya dalam kerajaan,” katan Bersih.

Minggu lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri bagi melantik lima Adun, tanpa melalui proses pilihan raya. Langkah kontroversi itu mendorong Adun pembangkang keluar dewan terbabit sebagai tanda protes. Sementara itu, Bersih turut menolak keras kenyataan Wan Rosdy bahawa lantikan tersebut tiada motif politik dan kerajaan negeri memerlukan Adun tambahan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Bersih mengutarakan empat asas, mengapa mereka berpendapat demikian:
  • Adun Pahang hanya bermesyuarat 11 hari dalam tahun 2019 dan tiada keperluan membayar elaun ratusan ribu untuk lima orang Adun lagi.
  • Perkhidmatan lebih baik dapat disediakan melalui pendanaan yang lebih baik badan kerajaan, bukannya dengan menambah bilangan Adun.
  • Dengan peningkatan pengundi tahunan sekitar dua peratus, Pahang mempunyai nisbah pengundi Adun keempat paling rendah (19,619 pengundi pada 2018) di Semenanjung, di belakang Selangor (43,142), Johor (32,464) atau Kedah (31,847).
  • Sekiranya Pahang memerlukan lebih banyak Adun, kerajaan negeri perlu meminda perlembagaan negeri untuk menambah jumlah kerusi, bukannya mencipta kerusi lantikan.
Meskipun menolak keras idea Adun lantikan, Bersih menyokong sistem wakil rakyat tanpa kawasan pilihan raya.

“Sekiranya legislatif aktif menyemak kerajaan dengan pelbagai jawatankuasa pilihan khas, wakil rakyat tanpa kawasan ini dengan kepakaran polisi mungkin dapat menyumbang secara substantif bagi pembentukan undang-undang dan polisi,” jelasnya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552291
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Gara - Gara Tak Kuarantin, Jeffrey Di Minta "Tinggalkan" Dewan Rakyat

24.11.2020 - Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan diminta meninggalkan Dewan Rakyat oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sementara Parlimen mendapatkan jawapan terperinci dari Kementerian Kesihatan (KKM). Ahli Parlimen Keningau itu diminta berbuat demikian kerana kehadirannya di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan kebimbangan ahli-ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjalani proses kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Sabah, semalam.

Menurut Azhar, sementara ketiadaan Dr. Jeffrey, beliau akan mendapatkan jawapan dari Klinik Kesihatan Lembah Pantai, tempat ahli Parlimen itu menjalani saringan Covid-19 selepas tiba di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mengikut rekod juga, Ahli Parlimen Keningau itu menjalani kuarantin selama 12 hari bermula 12 November lalu hingga semalam, sebelum beliau masuk ke Dewan Rakyat hari ini untuk mengikuti sesi perbahasan Belanjawan 2021

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11...antin-jeffrey-diminta-tinggalkan-dewan-rakyat
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,759
Reaction score
3,781
Points
236
Isu Infrastruktur, Pengajian Tinggi Antara Di Bangkitkan Dewan Rakyat Hari Ini

25.11.2020 - Shah Alam, Isu infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sabah dan pendidikan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi adalah antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang bakal diajukan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai status projek infrastruktur asas luar bandar di negeri itu khususnya projek jalan, bekalan api dan bekalan air.

Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula mengajukan soalan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai langkah proaktif pengurusan pentadbiran universiti awam menyediakan jadual kuliah secara dalam talian terutama kepada mahasiswa baharu bagi sesi Oktober lepas dan tindakan strategik bagi memastikan setiap mahasiswa tidak tercicir mengikuti silibus dan jurusan masing-masing.

Seterusnya, Noorita Sual (PH-Tenom) bertanya kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia tentang langkah yang telah dan sedang diambil kementerian untuk meningkatkan tahap sistem komunikasi dan capaian internet khususnya di daerah pedalaman di Sabah.

Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) pula meminta Menteri Kewangan memperincikan jumlah peruntukan, jumlah diluluskan, jumlah pemohon dan jumlah penerima bagi setiap skim, program dan dana di bawah program LAKSANA serta faktor sesetengah skim mendapat sambutan kurang memuaskan.

Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 oleh kementerian-kementerian terlibat. Setakat semalam, lapan kementerian telah menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan yang bermula pada Isnin.

Antara kementerian yang dijadual menggulung perbahasan hari ini ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember dengan sesi penggulungan Belanjawan 2021 peringkat dasar oleh menteri-menteri berkenaan bermula 9 November hingga 26 November.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/isu...gi-antara-dibangkitkan-dewan-rakyat-hari-ini/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register