Sidang Parlimen Malaysia 2020 - RUU Perbekalan Tambahan Dibentang Kali Kedua

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,754
Reaction score
3,781
Points
236
Usul Gesa Tiong Minta Maaf Di Tolak Atas Dasar Teknikal - Speaker

17.11.2020 - Kuala Lumpur, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menolak usul bertulis agar Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing memohon maaf atas kenyataannya terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Ketika di akhir sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi ini, Azhar berkata dia menolak usul bertulis oleh RSN Rayer (PH-Jelutong) atas dasar teknikal dan bukannya merit.

"Saya tidak menolak usul ini berdasarkan meritnya, tetapi kerana prosedur kerana Yang Berhormat (Rayer) menghantar usul untuk saya kaji semula keputusan timbalan speaker (Azalina Othman Said). Di bawah Peraturan Mesyuarat 40(3), saya tiada kuasa itu. Kuasa untuk kaji semula keputusan yang dibuat speaker atau timbalan speaker ialah Majlis Mesyuarat," katanya ketika menjawab pertanyaan Rayer berkenaan penolakan usul itu.

Pada 11 Nov, Azalina memutuskan bahawa Tiong boleh meminta maaf atau menjelaskan kenyataannya terhadap Noor Hisham yang mencetuskan bantahan, yang akhirnya menyebabkan Rayer diarah keluar dewan. Ia selepas Rayer tidak mematuhi arahan Azalina untuk duduk, selepas Tiong didesak untuk meminta maaf kerana menyifatkan Noor Hisham "takut mati" kerana tidak pergi sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19.

Hari ini Rayer mengucapkan terima kasih kepada Azhar kerana menjawab soalannya dan turut meminta dia menimbang semula penggantungan lima hari terhadap Lim Lip Eng (PH-Kepong) kerana menyifatkan keputusan Azalina sebagai "bodoh".

"Pintu pejabat saya sentiasa terbuka, jadi jika YB Kepong mahu jumpa saya, saya sentiasa sedia," katanya sebelum meneruskan perbahasan Belanjawan 2021.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551291
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,754
Reaction score
3,781
Points
236
"Adakah Gila Bagimu Tuan, Burung Terbang Di Pipiskan Lada" - MP Soal Belanjawan

17.11.2020 - Kuala Lumpur, Walau Belanjawan 2021 belum lulus, kerajaan sudah berangan-angan berbelanja untuk kepentingan politik sempit, kata MP Bukit Mertajam. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan jangan bersikap “overconfident (terlebih yakin)” dengan Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat, kata Steven Sim (PH - Bukit Mertajam).

Memetik pantun empat kerat dalam kisah Puteri Gunung Ledang di dalam Sejarah Melayu, Sim berkata, kerajaan PN sudah pun memasang angan membelanjakan wang peruntukan untuk kepentingan politik, meskipun belanjawan itu belum pun diluluskan di Dewan Rakyat. Kerajaan kini seakan-akan overconfident dan tidak mengendahkan titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk jangan bermain politik dan berusaha meluluskan belanjawan perpaduan demi rakyat Malaysia.

Ingat amaran Puteri Gunung Ledang dalam Sejarah Melayu:

Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada
Burung masih belum tertangkap tapi dapur sudah menumbuk ramuan.


“Belanjawan belum diluluskan, kerajaan sudah berangan-angan memakai belanja untuk kepentingan politik sempit,” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dia merujuk kenyataan Ahmad Fadhli Shaari (PAS - Pasir Mas) minggu lepas bahawa sokongan bersyarat dikemukakan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah janggal dan ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang.
Ini ekoran sehari sebelum itu, bekas perdana menteri Najib Razak dalam perbahasan membangkitkan dua syarat BN untuk menyokong belanjawan itu, iaitu lanjutan moratorium enam bulan dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Mengibaratkan syarat-syarat itu seperti syarat Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka, kata Ahmad Fadhli, syarat itu bukanlah bertujuan menerima pinangan, sebaliknya petanda pinangan itu ditolak. Turut mengambil kisah syarat pinangan itu, bidas Sim, mengikut hikayat, Sultan Mahmud Syah sebenarnya bersetuju dengan syarat-syarat luar biasa oleh Puteri Gunung Ledang, kecuali satu syarat - iaitu semangkuk darah puteranya sendiri.

Begitupun, katanya, dia tidak memandang syarat yang dikemukakan pembangkang - antaranya lanjutan moratorium, peningkatan bantuan kebajikan menjadi RM1,000 sebulan, pemansuhan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) - boleh disamakan seperti syarat Puteri Gunung Ledang.

“Masalahnya cadangan oleh pembangkang bukan ‘syarat Puteri Gunung Ledang’. Kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan negara tercinta. Masalahnya ialah belanjawan yang dibentangkan itu (sebenarnya) Belanjawan Puteri Gunung Ledang. Jangan pula kecam dan ugut pembangkang untuk luluskan Belanjawan Jasa 2.0 dengan pelbagai peruntukan untuk kerja-kerja propaganda politik, sama ada Jasa, Penggerak Komuniti Tempatan, projek khas berbilion ringgit,” katanya lagi.

Sim berkata kerajaan perlu ikhlas dalam usaha menyatupadukan ahli-ahli Dewan Rakyat bagi meluluskan satu belanjawan yang mampu menjadi perisai ekonomi kepada rakyat Malaysia.

“Bukan potong emolumen penjawat awam, bukan potong emolumen polis dan barisan hadapan, bukan abaikan sektor belia dan sukan, bukan bentang Belanjawan Jasa 2.0, dan jauh sekali belanjawan Puteri Gunung Ledang yang indah khabar dari rupa. Belanjawan kali ini mestilah benar-benar meletakkan wang ke tangan rakyat dan perniagaan kecil dan sederhana Malaysia.

“Ketepikan politik, fokus kepada melindungi nyawa, menyelamatkan mata pencarian dan memulihkan kualiti kehidupan rakyat,” katanya lagi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551299
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,754
Reaction score
3,781
Points
236
Potong Elaun Ahli Parlimen Untuk Tabung Covid-19 Di Bahas Di Dewan Rakyat

17.11.2020 - Kuala Lumpur, Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan) yang memasuki hari keenam di Dewan Rakyat hari ini tertumpu kepada pelbagai isu, antaranya berkaitan pemotongan elaun wakil rakyat, skim subsidi upah bersasar dan pemandu e-panggilan.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) menyatakan keyakinan sekiranya dana operasi pejabat dan komuniti Pusat Khidmat Rakyat Parlimen diberi sama rata kepada semua ahli parlimen, wakil rakyat pembangkang tidak keberatan memotong 10 peratus elaun mereka untuk disalurkan ke Tabung Covid-19.

Bagaimanapun, semua ahli parlimen kerajaan juga perlu tertakluk kepada pemotongan sama, kata bekas timbalan perdana menteri itu semasa membahaskan rang undang-undang tersebut.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan supaya elaun dan yuran ahli parlimen yang menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dikurangkan sebanyak 50 peratus dan disalurkan kepada Tabung Covid-19 sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat.

Berpandukan ‘kepimpinan melalui teladan’, Dr Wan Azizah turut mencadangkan potongan 10 peratus ke atas gaji perdana menteri, menteri kanan, menteri dan timbalan menteri.

Sementara itu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus kontraktor tempatan terlibat dalam pelaksanaan projek mega di negara ini bagi memastikan rakyat dapat berkongsi kemakmuran tanpa mengira bangsa.

“Kerajaan memperuntukkan berbilion-bilion, projek-projek besar untuk dilaksanakan namun kebanyakan kontraktor yang dilantik ialah kontraktor besar… bumiputera tak ada kontrak besar, kontraktor kecil.

“Saya nak kerajaan pastikan sekurang-kurangnya 70 peratus diberi kepada lokal dan daripada 70 peratus itu kita bahagikan kepada kontraktor Cina, India, Melayu,” katanya.

Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban) dalam perbahasannya pula mencadangkan kerajaan menambah baik skim subsidi upah bersasar, khusus bagi sektor penerbangan, pelancongan dan perhotelan dengan menaikkan kadar subsidi hingga 50 peratus daripada gaji bulanan dengan siling gaji RM4,000.

“Kerajaan boleh memberikan keutamaan misalnya kepada anak kapal dalam pengambilan pekerja kontrak dalam inisiatif MyStep yang menawarkan 35,000 peluang pekerjaan sementara seperti jururawat dan pegawai perubatan.

“Mereka yang bekerja sebagai kru kabin sebenarnya sangat terlatih dalam rawatan kecemasan (dan) sudah tentunya boleh ditempatkan di hospital dan klinik-klinik kesihatan,” katanya.

Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) pula meminta Kementerian Pengangkutan berunding dengan pengendali e-panggilan untuk mengurangkan caj yang dikenakan ke atas keuntungan diperoleh pemandu syarikat berkenaan.

Katanya, langkah itu dapat meningkatkan pendapatan pemandu e-panggilan yang beralih kepada pekerjaan tersebut setelah kehilangan punca pendapatan susulan penularan Covid-19 di negara ini.

“Sebagai contoh, jika sebelum ini syarikat e-panggilan mengenakan caj 20 peratus daripada hasil keuntungan pemandu bagi setiap perjalanan, mereka boleh kurangkan kepada 10 hingga 15 peratus dalam tempoh sukar ini,” katanya.

Persidangan dewan bersambung esok.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/pot...untuk-tabung-covid-19-dibahas-di-dewan-rakyat
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,754
Reaction score
3,781
Points
236
Undi Belanjawan Minggu Ini, Medan Uji Setia UMNO Pada PN

22.11.2020 - Kuala Lumpur, Selepas dua minggu perbahasan di parlimen, pengundian pertama mengenai Belanjawan 2021 dijangka diadakan minggu ini. Ia bakal menjadi medan ujian penting bagi gabungan parti pemerintah Perikatan Nasional, terutama mengenai sokongan daripada Umno. Menteri akan mula menggulung perbahasan peringkat dasar mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada hari Isnin. Sekiranya semuanya berjalan lancar mengikut jadual, penggulungan perbahasan akan berlangsung pada hari Khamis, setelah itu akan ada undian mengenai belanjawan. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah menasihati ahli parlimen supaya menyokong Belanjawan 2021 tetapi keadaan masih kelihatan boleh berubah-ubah.

Bekas perdana menteri Najib Razak berulang kali berkata, BN hanya akan menyokong belanjawan sekiranya terdapat lanjutan moratorium pinjaman dan kebenaran individu mengeluarkan sehingga RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tetapi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membayangkan kerajaan telah membuat penyesuaian terhadap rancangan KWSP yang dapat diterima. KWSP telah mengumumkan individu yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, atau tidak mempunyai sumber pendapatan lain boleh mengeluarkan sehingga 10 peratus simpanan Akaun 1 mereka selagi mereka mempunyai simpanan minimum RM100.

Bagaimanapun, Zahid juga meminta kerajaan untuk menguji penguasaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap Dewan Rakyat. Pengundian belanjawan dilihat beberapa pihak sebagai proksi untuk undi tidak percaya terhadap perdana menteri. Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menggesa ahli parlimen untuk memilih menggunakan hati nurani mereka. Pengerusi Lembaga Penasihat Umno itu juga mendesak supaya usul undi tidak percaya diperdebatkan. Sokongan Umno terhadap kerajaan PN didakwa masih lagi tidak menentu kerana parti itu dikatakan tidak berpuas hati tidak dilayan dengan rasa hormat dan selayaknya sebagai parti dengan jumlah ahli parlimen terbesar dalam gabungan longgar pari pemerintah itu.

Muhyiddin pada masa ini hanya mendapat sokongan 112 ahli parlimen di kalangan 222 anggota Dewan Rakyat. Terdapat juga dua kekosongan berikutan kematian anggota parlimen parti pemerintah (PN, Gerik) allahyarham Hasbullah Osman dan pembangkang (Warisan, Batu Sapi) mendiang Liew Vui Keong. Sementara itu, pembangkang telah menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka mungkin tidak menyokong belanjawan walaupun Putrajaya berusaha untuk menjadikan RUU Perbekalan kelihatan sebagai kerjasama dwiparti.

Salah satu isu yang dipertikaikan ialah peruntukan RM85.5 juta kepada untuk unit propaganda kerajaan Jasa. Ahli parlimen pembangkang telah mengatakan kepada Malaysiakini sekiranya Belanjawan 2021 tidak dapat diluluskan, Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan dapat digunakan untuk membentangkan rang undang-undang terpisah untuk mengizinkan perbelanjaan penting. Perbelanjaan penting boleh merangkumi emolumen penjawat awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang diperlukan untuk memerangi wabak Covid-19.

Jika RUU Perbekalan mendapat undi mencukupi pada minggu ini, ia masih belum berakhir. Pengundian juga akan diadakan semasa perbahasan pada peringkat jawatankuasa. Biasanya, segala usaha untuk mengalahkan belanjawan hanya dilakukan semasa pengundian peringkat dasar dan RUU Perbekalan akan melewati peringkat jawatankuasa dengan undi suara. Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan pada tahun 2017 pernah melakukan serangan mendadak semasa pengundian peringkat jawatankuasa Belanjawan 2018 dan kalah dengan hanya dengan satu undi.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551979
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,754
Reaction score
3,781
Points
236
Isu Ambil Alih Semula Lebuhraya Antara Tumpuan Parlimen

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Isu berkaitan rundingan semula pengambilalihan konsesi lebuh raya di negara ini oleh pihak kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya antara perkara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan diajukan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) kepada Menteri Kanan Kerja Raya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Tambun) meminta Perdana Menteri menjelaskan status permohonan projek naik taraf jeti penumpang Pulau Pangkor serta perkembangan mengenai permohonan pemendekkan tempoh duty free Pulau Pangkor dari 48 jam ke 24 jam. Selain itu, Nor Azrina Surip (PH-Merbok) meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah agresif promosi pelancongan terhadap Tapak Arkeologi Sungai Batu.

Bagi isu kesihatan, Fuziah Salleh (PH-Kuantan) memohon penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkaitan status kerjasama kementerian itu dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani isu gejala asap rokok sekunder atau ‘Secondhand Smoke’ dalam kalangan ibu bapa. Usai sesi itu, perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 diteruskan untuk hari yang kesembilan sebelum penggulungan oleh menteri berkenaan.

Sidang Dewan akan berlangsung selama empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan serta 39 pembangkang dan Bebas – yang dibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa. Peraturan itu diperkenalkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/isu-ambil-alih-semula-lebuh-raya-antara-tumpuan-parlimen/
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
21,179
Reaction score
2,355
Points
201
Bagi isu kesihatan, Fuziah Salleh (PH-Kuantan) memohon penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkaitan status kerjasama kementerian itu dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani isu gejala asap rokok sekunder atau ‘Secondhand Smoke’ dalam kalangan ibu bapa. Usai sesi itu, perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 diteruskan untuk hari yang kesembilan sebelum penggulungan oleh menteri berkenaan.

Isu ni tiada cara lain selain daripada ubah bentik pemikiran perokok....mereka nak merokok tak akan fikir dah kat mana....capai rokok..lighter....sedut...fussssss....muka lega....anak tepi ..tengah...baby ke tidak...tak fikir dah...janji dapat kepuasan tu...
 

qubs

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2010
Messages
9,556
Reaction score
195
Points
73
Bagi isu kesihatan, Fuziah Salleh (PH-Kuantan) memohon penjelasan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkaitan status kerjasama kementerian itu dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani isu gejala asap rokok sekunder atau ‘Secondhand Smoke’ dalam kalangan ibu bapa. Usai sesi itu, perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 diteruskan untuk hari yang kesembilan sebelum penggulungan oleh menteri berkenaan.

Isu ni tiada cara lain selain daripada ubah bentik pemikiran perokok....mereka nak merokok tak akan fikir dah kat mana....capai rokok..lighter....sedut...fussssss....muka lega....anak tepi ..tengah...baby ke tidak...tak fikir dah...janji dapat kepuasan tu...
perokok ni mne2 tmpt je dia bedal
sorok bwh tangga pn jd
jnji dpt sedut asap hehehe
yg pelik bln puasa tu bley tahan
bapak ak sndri :ROFLMAO:
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,754
Reaction score
3,781
Points
236
Parlimen Tempat Bahas, Bukan Nak Dengar Kuliah Menteri

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mempersoalkan had masa 20 minit bagi sesi soal jawab menteri dalam sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021). Ini selepas Speaker Dewan Rakyat Azizan Azhar Harun memaklumkan setiap menteri hanya mempunyai masa 20 minit untuk menjawab soalan yang diajukan kepada kementerian masing-masing. Anwar (PH-Port Dickson) berkata dia meminta had masa dilanjutkan dan mencadangkan peraturan yang hanya membenarkan 80 anggota parlimen berada dalam dewan ditarik balik.

"Menteri beri penjelasan, terima kasih. Tapi Ini bukan nak dengar kuliah menteri. Parlimen ini tempat perbahasan. Kalau kita tak benarkan masuk, tunggu dia baca executive summary 20 minit, kemudian baca teks, tak payah jadi ahli parlimen. Tuan speaker saya percaya faham peranan parlimen terutama masa jawapan menteri - membahas, mencelah, mempertikai, mempersoal. Ini tidak mungkin berlaku dalam masa 20 minit. Beri kelonggaran sedikit supaya lebih daripada 80 (anggota parlimen) boleh masuk (ke dewan) dan waktu untuk menteri ditambah supaya ada pencelahan. Kalau tidak, parlimen does'nt work in this manner (tidak berfungsi dengan cara ini). Menteri beri jawapan executive, no questions asked, no time dan kemudian yang lain boleh baca di rumah. This is not the spirit (Ini bukan semangat) yang patut dihormati oleh parlimen ," tegasnya.

Beberapa anggota parlimen pembangkang menyatakan sokongan terhadap Anwar dan menggesa Azhar mempertimbangkan kembali peraturan tersebut. Tidak lama kemudian Azhar berkata dia akan memanggil sekali lagi ketua dan whip parti untuk membincangkan perkara itu. Dia juga bertanya mengapa permintaan itu tidak disampaikan kepadanya sebelum sidang hari ini. Bagaimanapun, Speaker menegaskan ucapan penggulungan membabitkan menteri dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kerja Raya hari ini berjalan seperti yang dijadualkan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552111
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,754
Reaction score
3,781
Points
236
Bagaimana Sokong Bajet, Kalau Tidak Beri Ruang Berbahas ?

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Seorang ahli parlimen PKR mengecam keputusan Dewan Rakyat menghadkan masa empat jam kepada ahli parlimen membahaskan Belanjawan 2021 sebelum di undi pada Khamis ini. Ahli Parlimen Batu P Prabakaran dalam satu kenyataaan berkata bahawa menghadkan masa perbahasan tidak relevan dengan fungsi parlimen yang sebenar.

"Persidangan parlimen kali ini lebih mengutamakan mengehadkan masa ‘perbahasan dan penyertaan ahli parlimen dalam membawa isu-isu berkenaan Belanjawan 2021. Bagaimana untuk luluskan bajet kalau tak bagi ruang untuk debat atau pandangan? " soalnya.

Katanya, empat jam diberi kepada 80 Ahli Parlimen untuk membincangkan isu 32 juta rakyat Malaysia dengan alasan penularan Covid-19 tidak masuk akal.

"Mengikut penjelasan mantan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad di parlimen hari ini bahawa setiap kali seorang yang dijangkiti virus Covid-19 batuk, maka 3,000 titisan respiratory droplet dan jika mereka bersin 30,000 titisan droplet bersama jutaan partikel virus akan disemburkan. Ini menurut kajian Harvard Public Health Department.

"Dewan Rakyat sentiasa disanitasi sebelum persidangan, setiap ahli parlimen telah melalui ujian swab setiap dua minggu sekali. Apa perbezaan di antara bersidang untuk 4 jam atau 8 jam?" soalnya.

"Penjelasan menteri membaca teks untuk 20 minit tanpa perbahasan bukan prosedur parlimen yang normal. Setiap usul, jawapan dan penjelasan dari ahli parlimen harus diperbahaskan. Ini fungsi Parlimen yang sebenar," katanya lagi.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Azizan Azhar Harun memaklumkan setiap menteri hanya mempunyai masa 20 minit untuk menjawab soalan yang diajukan kepada kementerian masing-masing.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552119
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,754
Reaction score
3,781
Points
236
Ada Kelonggaran Dalam Soal Halal Jika Darurat - Menteri

23.11.2020 - Kuala Lumpur, Meskipun dalam Islam ubat-ubatan mestilah dibuat daripada bahan-bahan yang halal dan baik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad berkata ada kelonggaran untuk menggunakan sumber yang haram jika dalam keadaan darurat.

Menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN - Jelebu) tentang peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menentukan isu halal dan haram sesuatu vaksin, Zulkifli menjelaskan hukumnya adalah harus bagi tujuan pencegahan sesuatu penyakit dan menjaga nyawa. Katanya, soal itu di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) - sebuah agensi di bawah Jakim - yang sentiasa mengkaji perkara itu mengikut keperluan dari masa ke masa.

“Mesyuarat Muzakarah MKI telah menjelaskan hukum harus bagi penggunaan vaksin, selari dengan kaedah pencegahan yang dianjurkan Islam berteraskan prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa. Dalam isu perubatan, ulama sepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik (thoyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang memudaratkan kesihatan badan dan akal manusia. Namun, terdapat kelonggaran menggunakan sumber yang haram dalam kes darurat yang boleh mengakibatkan kematian dan penyakit kronik [...] sedangkan sumber halal tidak diperoleh,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan menteri bagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) memaklumkan Malaysia akan menyertai pelan peruntukan vaksin Covid-19, vaccine global access (Covax) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin Covid-19 yang diperlukan. Terbaru, dilaporkan Malaysia dan China telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun untuk bekerjasama dalam pembangunan vaksin, yang memberi negara keutamaan akses vaksin Covid-19 yang dikembangkan China.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552148
 
Sponsored Post
Top
Log in Register