Sidang Parlimen Malaysia 2020 - RUU Perbekalan Tambahan Dibentang Kali Kedua

CG Sponsors




silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,531
Reaction score
1,086
Points
111
Belanjawan 2021 Perlu Di Luluskan Untuk Kerajaan Tangani COVID-19

16.11.2020 - Kuala Lumpur, Dewan Rakyat perlu meluluskan Belanjawan 2021 bagi membolehkan kerajaan menjalankan usaha-usaha menangani penularan pandemik COVID-19 selain memastikan kelangsungan operasi sedia ada tidak terjejas.

Ketika menegaskan perkara itu, Pengarah Belanjawan Negara Johan Mahmood Merican berkata ini penting memandangkan negara tidak mampu untuk mewujudkan risiko terhadap usaha terbabit sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

Malah, katanya, tindakan tidak meluluskan belanjawan tersebut akan turut mengundang beberapa implikasi termasuk kekangan perbelanjaan kerajaan bermula Januari 2021.

"Ia bukan sahaja (membabitkan) isu barisan hadapan menangani COVID-19 tetapi juga operasi dan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan lainnya. Oleh itu, adalah penting untuk Belanjawan 2021 ini diluluskan dan dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan usaha memerangi COVID-19 selain pemulihan ekonomi yang lancar demi kesejahteraan rakyat untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta pendapatan," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, Ahad malam.

Sesi pengundian Belanjawan 2021 dijangka dijalankan pada 25 Nov ini. Selain itu Johan berkata kerajaan telah mengimbangi aspek kesihatan, kehidupan serta mata pencarian rakyat ketika merangka Belanjawan 2021.

Menurutnya, ini penting kerana penyediaan belanjawan tersebut perlu melibatkan sumber yang mencukupi untuk memastikan usaha-usaha yang dirancang tidak terjejas dan kegiatan ekonomi dapat dijalankan.

Atas dasar itu, fokus telah diberikan terhadap golongan rentan atau mudah terjejas dan pada masa sama tidak mengabaikan golongan M40 demi kelangsungan kehidupan mereka.

Beliau berkata, ini termasuk mengurangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada 9.0 peratus daripada 11 peratus bermula Januari 2021 untuk meningkatkan pendapatan bolehguna ahli-ahli KWSP.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1901608
Hehe....kita tengok samaada Najib SRC yang power atau Pengarah Belanjawan Negara yang power.

Untuk rekod, Najib SRC letakkan 'Syarat' baca 'Ugutan Politik' kepada pentadbiran PN.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Program Jaringan Prihatin & JENDELA Integrasikan Rakyat Ke Arah Dunia Digital

16.11.2020 - Kuala Lumpur, Program Jaringan Prihatin dan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diperkenalkan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini, disifatkan platform terbaik dalam menginteg-rasikan rakyat ke arah dunia digital.

Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Madya Dr. Nor Hayati Hussin berkata, pelaksanaan dua inisiatif itu secara tidak langsung akan menambah baik infrastruktur dan kemudahan jaringan Internet negara, sekali gus memberi rakyat lebih peluang untuk meneroka dunia teknologi maklumat.

“Penumpuan kerajaan yang kita lihat ialah kepada kumpulan berpendapatan rendah B40 menerusi Program Jaringan Prihatin.

“Kita melihat inisiatif ini antara langkah proaktif kerajaan untuk menyedia-kan kemudahan Internet dan pada masa sama me-ngurangkan beban kewangan rakyat untuk mendapatkan kemudahan itu… sudah semestinya ia akan memberi manfaat kepada B40 secara menyeluruh,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata, pelaksaan program (Jaringan Prihatin) itu juga akan menambah baik informasi dalam kalangan rakyat termasuk di kawasan pedalaman apabila rakyat akan dapat memperoleh kandungan maklumat yang lebih meluas, termasuk me-ngetahui pekhidmatan yang ditawarkan kerajaan apabila mereka mengakses Internet.

Nor Hayati berkata, sejak Perintah Kawalan Perge-rakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan akibat pendemik COVID-19 sejak Mac lepas, rakyat Malaysia telah menghabiskan kebanyakan masa mereka secara dalam talian sehingga ada dalam kalangan mereka membina rangkaian di media sosial sebagai kaedah mendapatkan sumber kewangan alternatif.

Sehubungan itu, katanya, beliau yakin Program Jari-ngan Prihatin yang akan dilaksanakan mampu mewujudkan capaian Internet berkelajuan tinggi sekali gus membantu B40 menjana pendapatan.

“Sebagai contoh sejak PKP, ada yang mula berniaga dengan menjadi ejen ‘dropship’ yang mana mereka hanya mengiklankan produk masing-masing menerusi medium media sosial termasuk di Facebook dan Instagram, dan saya jangka keadaan ini (berniaga dalam talian) akan berterusan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Wan Nurul Mardiah Wan Mohd Rani berkata kerajaan me-ngambil langkah tepat apabila menyediakan peruntukan bertujuan memperkasa dan memperluaskan jaringan Internet terutamanya kepada golongan sasar.

Beliau berkata, bagaimanapun bagi memastikan inisiatif itu berkesan dan mencapai matlamatnya, kerajaan dan agensi terlibat perlu menyediakan program kesedaran supaya tidak ada kumpulan sasar yang ketinggalan dalam menggunakan kemudahan Internet.

"Masih ada rakyat negara ini terutamanya mereka di pedalaman yang tidak tahu bagaimana menggunakan Internet, dan mereka ini perlu diajar serta diberi pendedahan supaya tidak terus ketinggalan," katanya.

Belanjawan 2021 telah memberikan tumpuan khusus kepada usaha merapatkan jurang digital dan menyediakan infrastruktur tele-komunikasi yang lebih baik menerusi Program Jaringan Prihatin dan JENDELA.

Program Jaringan Prihatin yang menelan belanja RM1.5 bilion akan dapat dimanfaatkan oleh lapan juta dari golongan B40 dan mereka akan menerima RM180 seorang yang boleh digunakan untuk perbelanjaan langganan Internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

Di bawah pelan JENDELA pula, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM500 juta bagi tahun 2021 bertujuan untuk memastikan kesa-linghubungan kepada 430 sekolah di seluruh negara.

Berita asal https://www.utusanborneo.com.my/202...ela-integrasikan-rakyat-ke-arah-dunia-digital
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan

16.11.2020 - Kuala Lumpur, Para pemerhati menggesa ahli parlimen untuk mengetepikan perbezaan mereka dan mencapai kata sepakat untuk meluluskan cadangan Belanjawan 2021 pada sesi pengundian di parlimen, yang dijangka pada 25 November.

Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Lau Zheng Zhou berkata adalah normal bagi ahli parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan dan untuk perubahan dapat dilihat dalam dokumen belanjawan akhir.

Bagaimanapun, beliau menegaskan jika belanjawan tidak diluluskan, ia akan memberi kesan yang besar kepada kestabilan politik negara dan keberkesanannya dalam menangani krisis pandemik COVID-19.

“Oleh itu, kerajaan dan pembangkang perlu berusaha menunjukkan kepimpinan dengan mencapai kata sepakat dan memberikan belanjawan yang benar-benar dapat membantu rakyat Malaysia pulih dengan lebih baik,” katanya kepada Bernama.

Belanjawan 2021 kini sedang dibahaskan di Dewan Rakyat, dan beberapa ahli parlimen telah menyatakan tidak akan menyokongnya melainkan pindaan dibuat, seperti pelaburan yang besar dibuat dalam Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Secara keseluruhannya, kumpulan pemikir itu yakin bahawa langkah-langkah utama yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 adalah seimbang dari segi liputannya kepada kumpulan penduduk mudah terjejas, aktiviti ekonomi dan perniagaan.

Lau berkata Belanjawan 2021 bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan antara menangani kehilangan pekerjaan dan pendapatan dalam masa terdekat dan meletakkan asas kepada pemulihan dalam jangka sederhana dan jangka panjang.

Beliau berkata belanjawan adalah lanjutan daripada empat pakej rangsangan ekonomi, memandangkan negara memasuki tahap memperkasakan dalam proses pemulihan ekonomi.

Bagaimanapun, Lau berkata Belanjawan 2021 gagal memberikan hala tuju yang kuat dan jelas mengenai bagaimana negara dapat membuat persediaan untuk pemulihan ekonomi.

“Terdapat petunjuk dalam ucapan Belanjawan 2021 yang mencadangkan bagaimana kita dapat menyusun semula model ekonomi kita, seperti memberi tumpuan kepada membawa masuk pelaburan langsung asing dalam sektor teknologi tinggi dan meningkatkan pelaburan mampan.

“Namun, ia kekurangan imaginasi, berdasarkan skala gangguan ‘twin health’ dan kejutan ekonomi yang kita hadapi sebagai sebuah negara,” katanya.

Lau berkata pelan keselamatan sosial yang baharu diperlukan untuk pekerja bukan formal, terutamanya mereka yang daripada ekonomi gig.

“Mereka bukan sebenarnya pekerja, dan mereka tidak mempunyai akses kepada manfaat perubatan syarikat atau insurans kesihatan.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan program bantuan kewangan berasingan untuk kumpulan paling mudah terjejas, seperti, di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak,” katanya.

Lau berkata terdapat pelbagai program bantuan kewangan, tetapi kumpulan yang paling mudah terjejas perlu mempunyai program berasingan untuk menangani situasi unik mereka.

Ketua Ekonomi Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) Suhaimi Ilias berkata Belanjawan 2021 sejajar dengan jangkaan bank pelaburan itu mengenai belanjawan pengembangan, berdasarkan jumlah peruntukan perbelanjaan sebanyak RM322.5 bilion, berbanding RM317.5 bilion pada 2019.

Sehubungan itu, defisit belanjawan akan tetap besar pada 2021 sebanyak RM84.8 bilion, tidak banyak berubah daripada anggaran defisit sebanyak RM86.5 bilion pada 2020, katanya kepada Bernama.

“Justeru, momentum rangsangan fiskal adalah kekal. Seperti biasa, yang menjadi kebimbangan ialah sama ada belanjawan itu mencukupi.

“Bagi memberi ruang kepada langkah-langkah tambahan dalam masa terdekat untuk menangani impak COVID-19 jika perlu, Belanjawan 2021 turut mencadangkan had Dana COVID-19 dinaikkan sebanyak RM20 bilion kepada RM65 bilion daripada RM45 bilion,” katanya.

Suhaimi berkata pendapatan dijangka meningkat 4.2 peratus kepada RM236.9 bilion pada 2021, dan kerajaan perlu membiayai kekurangan untuk belanjawan sebanyak RM322.5 bilion melalui pinjaman.

Beliau berkata terdapat mudah tunai domestik yang mencukupi – dan murah, sebahagiannya berikutan langkah-langkah oleh Bank Negara Malaysia untuk mengurangkan kadar faedah dan menyuntik mudah tunai dalam ekonomi, seperti pengurangan Keperluan Rizab Berkanun dan pembelian sekuriti kerajaan dalam pasaran bon.

“Saya difahamkan bahawa pengundian mengenai Belanjawan 2021 adalah pada 25 Nov, jadi, kita akan lihat nanti. Diharapkan ahli-ahli politik akan memberi keutamaan kepada rakyat dan negara berbanding politik,” katanya.

Sementara itu, parlimen telah meluluskan kenaikan had statutori ke atas hutang domestik kerajaan kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 55 peratus pada masa ini, memberi ruang kepada pinjaman yang lebih tinggi.

“Semasa Krisis Kewangan Global, had statutori ke atas hutang domestik kerajaan dinaikkan sebanyak dua kali, daripada 40 peratus daripada KDNK kepada 45 peratus pada Jun 2008, dan kemudian kepada 55 peratus daripada KDNK pada Julai 2009.

“Sama ada terdapat keperluan untuk menaikkan lagi daripada paras siling semasa sebanyak 60 peratus daripada KDNK bergantung kepada prestasi ekonomi dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya, sambil menambah prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun depan bergantung kepada perkembangan mengenai pandemik COVID-19, dasar dan politik.

Beliau berkata pandangan ahli ekonomi, termasuk agensi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, ialah ekonomi akan pulih pada 2021, dan kerajaan memberi tumpuan kepada bahagian dasar dengan belanjawan, selain dasar monetari yang akomodatif untuk menyokong pemulihan ekonomi.

“Kinetik pandemik -- dari segi sama ada kita akan dapat menangani peningkatan kes pada masa ini dan secepat mana kita akan mendapat vaksin yang selamat dan berkesan -- adalah penting. Pokok pangkalnya adalah politik,” katanya.

Berita asal https://www.utusanborneo.com.my/2020/11/16/ahli-parlimen-digesa-ketepikan-perbezaan
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Rakyat Nak Tenggelam, Kenapa Susah Nak Bagi Pelampung ?

16.11.2020 - Kuala Lumpur, Lanjutan moratorium pinjaman dan pengeluaran akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 adalah "pelampung" bagi menyelamatkan rakyat yang ketika ini hampir "lemas" akibat Covid-19. Noh Omar (BN- Tanjung Karang), berkata kerajaan sepatutnya memberi pelampung ketika rakyat dalam kesulitan pada masa ini.

"Saya anggap moratorium seperti pelampung, ini pelampung rakyat punya. Kenapa kita kerajaan susah nak bagi pelampung. Rakyat nak tenggelam, Kita bagilah pelampung, anggaplah ini pelampung untuk keselamatan rakyat, bila dah pulih nanti kita ambil baiklah pelampung," katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Noh berkata, sokongan bersyarat yang dibangkitkan bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini bukanlah "Hikayat Puteri Gunung Ledang" seperti tanggapan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari. Sebelum ini, Ahmad Fadhli menyifatkan sokongan bersyarat dibangkitkan Najib ketika membahaskan belanjawan umpama "hikayat Puteri Gunung Ledang".

Najib Rabu lalu berkata, sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 adalah bersyarat - kerajaan perlu melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pengeluaran caruman akaun 1 KWSP. Dalam pada itu, Noh berkata apalah makna simpanan hari tua jika simpanan berpuluh tahun tidak boleh digunakan dalam situasi sukar.

Katanya, KWSP masih mempunyai kemampuan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan caruman mereka.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551099
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Tak Ikhlas, Tiong Mesti Minta Maaf Di Dewan Rakyat - MP Jelutong

16.11.2020 - Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing harus mengulangi permohonan maafnya kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Dewan Rakyat, kata Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer. Pada akhir Waktu Pertanyaan pagi ini, Rayer berkata, dia telah memfailkan usul bertulis yang memohon speaker mengarahkan Tiong supaya meminta maaf di Dewan Rakyat, sambil menyifatkan kenyataannya sebelum ini sebagai "tidak ikhlas".

Rayer, diarahkan keluar dari Dewan Rakyat setelah bertikaman lidah dengan Tiong, susulan kenyataan wakil Bintulu itu yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah "takut mati" kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri berkenaan. Dia juga menuntut Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun supaya menarik balik perintah penggantungan lima hari terhadap Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng kerana isu yang sama.

Pada 15 November lalu, Tiong memohon maaf dengan berkata, tindakannya itu bagi memastikan "perjalanan sidang Dewan Rakyat lancar".

"Permohonan maafnya tidak ikhlas kerana kenyataannya (terhadap Noor Hisham) dibuat di sini (di Dewan Rakyat). Kedua, memandangkan dia telah meminta maaf, ini bermaksud bahawa keputusan timbalan speaker mengarahkan saya keluar adalah kurang bijak," kata Rayer.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551096
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Zafrul Elak Jawab Soalan Projek Rundingan Terus Bawah PN - MP

16.11.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz digesa untuk mendedahkan bilangan projek yang diberikan secara rundingan terus ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN). Dalam kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong membidas Zafrul yang menurutnya mengelak daripada menjawab soala itu dalam jawapan bertulis parlimennya.

Sebelum ini, ahli Parlimen DAP itu meminta Zafrul memberikan senarai penuh bagi tender di bawah BN (2013-2018) dan PN (Februari 2020 - sekarang). Dia juga meminta bilangan tender yang diberikan secara rundingan terus. Bagaimanapun, jawapan bertulis Zafrul bertarikh 4 November yang menyenaraikan kriteria yang membolehkan kerajaan menganugerahkan projek kepada syarikat melalui rundingan seumpama itu.

"Jelas bahawa menteri tidak menjawab soalan. Saya akan hantar surat susulan kepada Speaker untuk meminta Kementerian Kewangan memberi jawapan semula. Pada pandangan saya, ia bertentangan dengan peraturan mesyuarat kerana tidak menjawab soalan," katanya.

Khoo turut menyertakan gambar salinan jawapan bertulis itu dalam kenyataannya. Pemeriksaan Malaysiakini mendapati soalan Khoo (Soalan no. 39) tiada dalam senara jawapan bertulis bertarikh 4 November yang dimuat naik di laman web Parlimen. Dalam pada itu, Khoo turut membangkitkan tindakan Zafrul yang sebelum ini mendedahkan maklumat berkenaan projek rundingan terus ketika pentadbiran PH.

"Tapi mengapa sekarang (untuk projek bawah PN) tidak dedahkan? Maaf jika terkasar tetapi adakah Tengku Zafrul takut hendak dedahkan?" soalnya lagi.

Ketika sidang Parlimen yang lalu, Zafrul menyatakan sejumlah 101 projek bernilai RM6.61 bilion diberikan secara rundingan terus oleh PH. Kemudian dia turut memberikan senarai penuh projek-projek tersebut. Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng kemudian menjelaskan kira-kira 95 peratus daripada projek itu adalah daripada kerajaan BN.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551140
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Zuraida Tak Layak Jadi Menteri Kerana Galakkan Langgar Undang - Undang, Teresa

16.11.2020 - Kuala Lumpur, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyifatkan Zuraida Kamaruddin tidak sesuai menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana menggalakkan pelanggaran undang-undang di Kuala Lumpur dengan menjadikan wilayah berkenaan sebagai 'bebas berniaga'. Dalam satu kenyataan hari ini, Kok menyatakan rasa terkejutnya kerana Zuraida menyifatkan kritikannya terhadap dasar itu sebagai tidak peka terhadap peniaga kecil.

"Saya rasa hairan atas kritikan yang dilemparkan oleh Zuraida terhadap saya kerana saya menyoal pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yang berkata DBKL membenarkan warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan kecil di mana-mana tempat yang sesuai di sekitar bandaraya mulai 15 November 2020. Kenyataan Zuraida ini menunjukkan beliau sebagai menteri yang menjaga kerajaan tempatan memang tidak sedar tentang masalah penjaja tanpa lesen yang melanggari undang-undang yang berlaku di banyak tempat di Kuala Lumpur," kata Kok.

Tambah pemimpin DAP itu, Zuraida dan Annuar seharusnya membantu golongan peniaga kecil tanpa lesen dengan mewujudkan lebih pusat penjaja ataupun pasar pagi atau pasar malam di tempat yang sesuai.

"Ini adalah kerana 'wilayah bebas berniaga' bukan sahaja akan mewujudkan masalah trafik, tetapi ia juga akan mewujudkan pergaduhan di antara penduduk dan penjaja berkenaan, dan akan menjadikan bandaraya Kuala Lumpur kucar-kacir," katanya.

Kok menegaskan bahawa dia prihatin terhadap nasib peniaga kecil dan masalah pengangguran di kalangan warganegara. Semalam, Zuraida mengatakan dia terkejut apabila Kok, dalam perbahasan di Dewan Rakyat telah menentang dasar berkenaan yang bertujuan untuk membantu peniaga kecil menjalankan aktiviti ekonomi pada ketika mereka menghadapi cabaran dalam menjana pendapatan kerana sekatan yang dikenakan untuk memerangi pandemik Covid-19.

"Saya terkejut kerana Kok telah membangkitkan di Dewan Rakyat bantahan sia-sia dan tidak sopan terhadap tindakan untuk membantu pengguna kecil ini. Sangat mengecewakan mendengar dia menyindir bahawa akibat dari cadangan zon bebas, gerai penjaja dapat didirikan di sepanjang Jalan Parlimen. Kehidupan peniaga kecil kami bukanlah perkara yang menggelikan hati," kata Zuraida.

Di bawah dasar "bebas berniaga", mana-mana peniaga kecil boleh mendirikan gerai di Kuala Lumpur asalkan dianggap sesuai oleh pihak berkuasa. Mereka hanya perlu memohon kebenaran berniaga sementara selama enam bulan. Kok mendesak Zuraida dan Annuar untuk memperhatikan apa yang dikemukakan oleh anggota parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mendakwa bahawa ahli politik dan NGO tertentu berusaha mendapatkan keuntungan dari kawasan bebas berniaga.

"Saya menyeru Zuraida dan Annuar membuat kenyataan dan menjalankan tugas mereka sebagai menteri secara professional dan mengikut peraturan dan undang-undang. Selain itu, mereka sepatutnya mengadakan rundingan dan bekerjasama dengan wakil rakyat khususnya di bandaraya Kuala Lumpur untuk mencari jalan membantu golongan B40, dan bukan memutar-pelitkan kenyataan bernas yang dikeluarkan oleh wakil rakyat seperti saya," katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551148
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,685
Reaction score
1,405
Points
201
Zafrul Elak Jawab Soalan Projek Rundingan Terus Bawah PN - MP

16.11.2020 - Kuala Lumpur, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz digesa untuk mendedahkan bilangan projek yang diberikan secara rundingan terus ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN). Dalam kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong membidas Zafrul yang menurutnya mengelak daripada menjawab soala itu dalam jawapan bertulis parlimennya.

Sebelum ini, ahli Parlimen DAP itu meminta Zafrul memberikan senarai penuh bagi tender di bawah BN (2013-2018) dan PN (Februari 2020 - sekarang). Dia juga meminta bilangan tender yang diberikan secara rundingan terus. Bagaimanapun, jawapan bertulis Zafrul bertarikh 4 November yang menyenaraikan kriteria yang membolehkan kerajaan menganugerahkan projek kepada syarikat melalui rundingan seumpama itu.

"Jelas bahawa menteri tidak menjawab soalan. Saya akan hantar surat susulan kepada Speaker untuk meminta Kementerian Kewangan memberi jawapan semula. Pada pandangan saya, ia bertentangan dengan peraturan mesyuarat kerana tidak menjawab soalan," katanya.

Khoo turut menyertakan gambar salinan jawapan bertulis itu dalam kenyataannya. Pemeriksaan Malaysiakini mendapati soalan Khoo (Soalan no. 39) tiada dalam senara jawapan bertulis bertarikh 4 November yang dimuat naik di laman web Parlimen. Dalam pada itu, Khoo turut membangkitkan tindakan Zafrul yang sebelum ini mendedahkan maklumat berkenaan projek rundingan terus ketika pentadbiran PH.

"Tapi mengapa sekarang (untuk projek bawah PN) tidak dedahkan? Maaf jika terkasar tetapi adakah Tengku Zafrul takut hendak dedahkan?" soalnya lagi.

Ketika sidang Parlimen yang lalu, Zafrul menyatakan sejumlah 101 projek bernilai RM6.61 bilion diberikan secara rundingan terus oleh PH. Kemudian dia turut memberikan senarai penuh projek-projek tersebut. Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng kemudian menjelaskan kira-kira 95 peratus daripada projek itu adalah daripada kerajaan BN.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551140
Jawap je.. x ya risau sgt ramai yg masih sayang PN
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
Usaha Kurangkan Kebergantungan Pekerja Asing Antara Tumpuan Parlimen

17.11.2020 - Shah Alam, Usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing bagi industri pembinaan bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) kepada Menteri Kerja Raya berkenaan bilangan pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan sejauh mana ABM boleh menyediakan tenaga kerja mahir.

Selain itu, Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) pula meminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah khusus membantu industri perniagaan berasaskan perkahwinan yang terbeban dengan pembatalan dan prosedur operasi standard yang ketat susulan Covid-19. Usai sesi itu, perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari keenam.

Sidang Dewan akan berlangsung selama empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan serta 39 pembangkang dan Bebas – yang dibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa.

Peraturan itu diperkenalkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19. Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/usa...tungan-pekerja-asing-antara-tumpuan-parlimen/
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,685
Reaction score
1,405
Points
201
Usaha Kurangkan Kebergantungan Pekerja Asing Antara Tumpuan Parlimen

17.11.2020 - Shah Alam, Usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing bagi industri pembinaan bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) kepada Menteri Kerja Raya berkenaan bilangan pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan sejauh mana ABM boleh menyediakan tenaga kerja mahir.

Selain itu, Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) pula meminta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah khusus membantu industri perniagaan berasaskan perkahwinan yang terbeban dengan pembatalan dan prosedur operasi standard yang ketat susulan Covid-19. Usai sesi itu, perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari keenam.

Sidang Dewan akan berlangsung selama empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen – 41 pihak kerajaan serta 39 pembangkang dan Bebas – yang dibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa.

Peraturan itu diperkenalkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19. Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Disember.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/usa...tungan-pekerja-asing-antara-tumpuan-parlimen/
Pakai buruh asing pon rumah harga can celake.. klu.pakai buruh tempatan mcm3 la alasan develper
 
Sponsored Post
Top
Log in Register