Sidang Parlimen Malaysia 2020 - PM Sebut Angka Salah Dalam Ucapan - Bekas Menteri

CG Sponsors

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,541
Reaction score
568
Points
81
parlimen ni utk rakyat ke utk parti ?

****** la
 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,712
Reaction score
1,607
Points
201
adoi DAP dok bising lagi pasal speaker...walhal perkara yg sama Tun M buat masa lantik speaker dulu...

DAP ni otak kat mana...org nak dengar masalah rakyat...Ipoh TImur dok fkir jawatan shj...perasan PH lah yg paling bagus...muka tak malu betul...
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,869
Reaction score
21,012
Points
1,671
Mahathir, 4 Ahli Parlimen cabar pelantikan Speaker Dewan Rakyat

gLIEdaTS.jpg

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat Ahli Parlimen lain hari ini memfailkan saman pemula bagi mencabar pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain Dr Mahathir, turut memfailkan saman pemula itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.

Mereka selaku plaintif memfailkan saman itu di pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan Law Practice of Rafique.

Dalam saman pemula itu, plaintif turut menamakan Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Nizam Mydin Bacha Mydin, masing-masing selaku defendan ketiga dan keempat.

Melalui saman pemula itu, plaintif menuntut pengisytiharan pelantikan Azhar dan Azalina sebagai Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 13 Julai 2020 adalah tidak sah, tidak menepati serta bercanggah dengan Perlembagaan atau Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan.

Plaintif turut meminta selepas pengosongan jawatan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, ahli Dewan Rakyat diberi peluang untuk mencalonkan pilihan masing-masing bagi jawatan itu.

Saman itu turut meminta pengisytiharan kerusi Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia sejak 13 Julai 2020 masih kosong.

Tetuan Law Practice of Rafique dalam kenyataannya berkata, jawatan Speaker adalah dalam tempoh penggal Parlimen. Ketika kerajaan terdahulu mengambil alih kuasa, jawatan Speaker kosong secara automatik apabila Parlimen Ke-13 dibubar.

"Berbeza dengan pengosongan kerusi Speaker pada kali ini di mana tempoh Parlimen masih wujud dan belum dibubar.

"Plaintif berpegang teguh kepada doktrin pengasingan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan teragak-agak untuk bersuara apabila timbul percubaan campur tangan oleh Perdana Menteri terhadap Dewan Rakyat," kata kenyataan itu.

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,538
Reaction score
244
Points
43
Mahathir, 4 Ahli Parlimen cabar pelantikan Speaker Dewan Rakyat

View attachment 263076

Dia bersungguh ni bukan sebab apa pun.
Kalau ikutkan, art harun pun pro ph dulu. Kalau x,xmungkin tun agkat dia jadi pengerusi spr.

Sebab sebenar nak sgt speaker yg lama, sebab dia nak bwk undi xpercaya kat pm.
Tu je.

Galak sgt p letak jawatan.
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,673
Reaction score
2,994
Points
201
Azalina serah pada mahkamah adili tuntutan saman

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili tuntutan saman yang dikemukakan ke atas beliau dan Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun.

Azalina berkata, Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan mengesahkan bahawa sebarang prosiding di dalam majlis Parlimen atau jawatankuasa yang ada, tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Beliau berkata, ia dapat dilihat dalam kes Mahkamah Tinggi, membabitkan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dan Datuk R Ganesan.

"Dalam kes itu, mahkamah memutuskan bahawa sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan ialah Dewan mempunyai kuasa untuk memilih atau memecat Speaker, dan isu siapa yang dilantik secara sah sebagai Speaker adalah terletak di luar bidang kuasa mahkamah untuk membuat penghakiman," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azalina berkata, peletakan jawatan Ahli Parlimen Teluk Intan, Ngar Kor Ming selaku Timbalan Speaker berlaku sebelum usul pelantikan dirinya dibaca mengikut Peraturan Mesyuarat 6.

"Justeru, saya tidak melihat terdapat mana-mana pelanggaran Peraturan Mesyuarat atau Perlembagaan berlaku," katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi plaintif pada 23 Julai lalu memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan pelantikan Azhar dan Azalina masing-masing sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Turut dinamakan sebagai plaintif adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Kesemua mereka memfailkan saman pemula terhadap Azhar, Azalina, Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin melalui Tetuan Law Practice of Rafique di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam saman pemula itu kelima-lima plaintif menamakan mereka sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mereka memohon deklarasi bahawa kerusi Speaker Dewan Rakyat sejak 13 Julai lalu masih kosong dan pelantikan Azhar dan Azalina itu adalah tidak sah kerana ia tidak berperlembagaan dan/atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan/atau Peraturan 3,4, 6 dan 47 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan/atau kedaulatan undang-undang.
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
280,465
Reaction score
11,438
Points
2,376
DEWAN RAKYAT | Sektor Perbankan Rugi RM1.06 Bilion Setiap Bulan

Antara isu lain yang dibangkit dalam sidang Dewan Rakyat hari :

1.Cadangan Lanjut Tempoh Pembaharuan LKM

2. JPJ Kutip Hasil Bukan Cukai Lebih RM8.5 Billion

3. Pindaan Akta Pengangkutan Jalan

4. Bantu Belia Dapat Akses Tanah Terbiar

#vivoMalaysia #vivoX50Series #PhotographyRedefined

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
44,673
Reaction score
2,994
Points
201
Kerajaan ayam curi gamatkan dewan

KUALA LUMPUR - Wakil pembangkang hari ini memberi gelaran baharu kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) iaitu kerajaan 'ayam curi'.

Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim) berkata, ini kerana kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran negara tanpa mandat rakyat.

"Walaupun proses sempurna dan sah di sisi undang-undang tetapi apa yang (kerajaan) kehilangan (tidak dapat) adalah mandat rakyat.

"Tuan Yang Dipertua kalau mereka pantang digelar kerajaan pintu belakang, mulai saat ini saya akan menggelarkan mereka sebagai kerajaan ayam curi," katanya sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Lih Kang melontarkan persoalan sama ada halal atau tidak untuk dimakan ayam yang disembelih mengikut hukum Islam tetapi ia adalah yang dicuri.

Beliau membuat perumpamaan itu bagi merujuk kerajaan PN yang dibentuk secara sah dari segi undang-undang tetapi tidak mendapat mandat rakyat.

"Saya juga teliti ucapan Arau (Datuk Seri Dr Shahidan Kassim) dan Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan) yang bermati-matian mempertahankan kerajaan ini mengatakan kerajaan ini bukan kerajaan pintu belakang.

"Jadi, saya hendak tanya pandangan menteri agama, apakah ini adalah satu tafsiran yang betul?" Katanya.

Bagaimanapun pendapat itu disanggah Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) yang mendakwa kenyataan Lih Kang boleh mengelirukan dewan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/94362/BERITA/Nasional/Kerajaan-ayam-curi-gamatkan-dewan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,712
Reaction score
1,607
Points
201
Dia bersungguh ni bukan sebab apa pun.
Kalau ikutkan, art harun pun pro ph dulu. Kalau x,xmungkin tun agkat dia jadi pengerusi spr.

Sebab sebenar nak sgt speaker yg lama, sebab dia nak bwk undi xpercaya kat pm.
Tu je.

Galak sgt p letak jawatan.

Pengajaran yg kita boleh ambil ialah semoga kita tidak disibuk oleh urusan dunia dgn memperlihatkan sikap tamak yg tiada kesudahan dgn kuasa...
 
Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
19,712
Reaction score
1,607
Points
201
Dia bersungguh ni bukan sebab apa pun.
Kalau ikutkan, art harun pun pro ph dulu. Kalau x,xmungkin tun agkat dia jadi pengerusi spr.

Sebab sebenar nak sgt speaker yg lama, sebab dia nak bwk undi xpercaya kat pm.
Tu je.

Galak sgt p letak jawatan.

Pengajaran yg kita boleh ambil ialah semoga kita tidak disibuk oleh urusan dunia dgn memperlihatkan sikap tamak yg tiada kesudahan dgn kuasa...k
Azalina serah pada mahkamah adili tuntutan saman

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said menyerahkan kepada mahkamah untuk mengadili tuntutan saman yang dikemukakan ke atas beliau dan Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun.

Azalina berkata, Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan mengesahkan bahawa sebarang prosiding di dalam majlis Parlimen atau jawatankuasa yang ada, tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Beliau berkata, ia dapat dilihat dalam kes Mahkamah Tinggi, membabitkan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar dan Datuk R Ganesan.

"Dalam kes itu, mahkamah memutuskan bahawa sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan ialah Dewan mempunyai kuasa untuk memilih atau memecat Speaker, dan isu siapa yang dilantik secara sah sebagai Speaker adalah terletak di luar bidang kuasa mahkamah untuk membuat penghakiman," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azalina berkata, peletakan jawatan Ahli Parlimen Teluk Intan, Ngar Kor Ming selaku Timbalan Speaker berlaku sebelum usul pelantikan dirinya dibaca mengikut Peraturan Mesyuarat 6.

"Justeru, saya tidak melihat terdapat mana-mana pelanggaran Peraturan Mesyuarat atau Perlembagaan berlaku," katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi plaintif pada 23 Julai lalu memfailkan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan pelantikan Azhar dan Azalina masing-masing sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Turut dinamakan sebagai plaintif adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Kesemua mereka memfailkan saman pemula terhadap Azhar, Azalina, Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin melalui Tetuan Law Practice of Rafique di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam saman pemula itu kelima-lima plaintif menamakan mereka sebagai defendan pertama hingga keempat.

Mereka memohon deklarasi bahawa kerusi Speaker Dewan Rakyat sejak 13 Julai lalu masih kosong dan pelantikan Azhar dan Azalina itu adalah tidak sah kerana ia tidak berperlembagaan dan/atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan/atau Peraturan 3,4, 6 dan 47 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan/atau kedaulatan undang-undang.

Pandai dia bawa ke Mahkamah....kalau tak menang ..maka akan buat kempen kata PN ialah kerajaan yg control Mahkamah...al maklum modal nak balik Najib lepas bebas dah takde....sejarah kes sebelum dah ada dan jadi rujukan....lepas tu ceramah buat muka kesian...buat video kesian....ayo atok.cian dia..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register