TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 405,489
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 405,489
- Reaction score
- 28,236
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
⚡️⚡️[LANGSUNG] Sidang Media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
👉

[LANGSUNG] Kes Cerai Syamsul Dengan Puteri Sarah di Mahkamah KL | Astro Awani
Ikuti perkembangan terkini berkenaan kes cerai melibatkan Pengarah, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah di Mahkamah KL
Khairul Azri
· 6m ·
Ringkasan QnA PM10 dengan wartawan:
1.Potong gaji sehingga ekonomi pulih. 3 tahun pulih kita tak teruskan.
2. Gaji 1 saja, gaji PM tak dapat Gaji MOF pun tak dapat.
3. Projek sedia ada akan direview, tidak ada tender, kita akan review mengikut prosedur kewangan yang ketat.
4. Begitu juga isu judi, kami yakin ada kemungkinan besar fund datang dari sana untuk pilihanraya oleh parti politik Melayu dan Islam.
5. Isu telur esok saya serahkan kepada kementerian makanan.
6. Tidak ada kompromi dalam isu rasuah dan kleptokrasi walaupun dari kabinet yang saya lantik.
Menariknya yang guna perkataan kleptokrasi ni yang salahguna mengayakan anak, isteri, sedara mara dan kroni.
7. Saya percaya dan yakin kabinet saya akan follow good governance.
8. Perjanjian dan kontrak yang baik akan diteruskan, ini bukan kerajaan yang baru tubuh, ini kerajaan yang meneruskan sistem yang ada namun lebih tegas.
9. Projek tak ikut tender proses, akan diteliti semula, ini bukan wang saya, ini wang rakyat.
10. Undang-undang yang dibahaskan juga akan diteliti semula dan dibincangkan oleh jemaah menteri namun jika baik akan diteruskan.
11. RCI 600 Billion belum dibincangkan lagi, saya serah kepada rakan-rakan dalam jemaah menteri untuk dinilai. Setakat saya tahu diberitahu pegawai-pegawai ada pelanggaran serius, ada markup, dana sampai kepada parti parti.
Namun saya tidak cenderung secara peribadi untuk tumpu perkara-perkara yang lama dan tumpu kepada ekonomi.
12. Sambutan yang baik pelabur-pelabur luar dari India, china, Amerika bermula minggu depan.
13. Belanjawan emolumen akan dibincangkan pada 19/12, yang lain-lain akan diteliti semula, cadangan baik diteruskan. Kementerian kewangan akan beri input untuk diperbaiki.
14. Pertikaian Zahid Hamidi didakwa namun dilantik TPM.
Itu hak mereka untuk pertikai, namun siapa dan alasan apa untuk dipertikai.
Dia didakwa belum ada hukuman dan porses itu harus kita hormati, dia kebetulan juga presiden umno dan pengerusi bn.
Namun orang yang menjerit rasuah harus bersih, dia tak boleh jerit rasuah tapi dia ambil ratus-ratus juta, sebab itu saya berkempen saya sanggup isythiar harta dan saya cabar pengerusi Perikatan Nasional untuk isythar harta beliau di Malaysia, Australia ketika itu namun tiada jawapan.
Terima kasih.
- PM 10.
![]()
Khairul Azri
· 15m ·
RINGKASAN ucapan PM-10 selepas mesyuarat kabinet pertama.
1. Mengelakkan tomahan berlanjutan, bahawa YDPA bertindak melantik PM walaupun selepas Muhyiddin mengemukakan 115 sokongan, ianya belum tempoh had yang ditetapkan pada 2pm esoknya.
2. 9 ahli parlimen BN telah tarik, dan GPS menyerahkan kepada YDPA dan dipersembakan kepada MRR membuat keputusan sebulat suara calon PM yang baru.
3. Jangan lagi pertikaikan wewenang YDPA dan keabsahan kerajaan harini. Namun boleh tolak melalui jalur demokrasi yang lain.
4. PDRM melakukan siasatan bukan atas arahan PM, namun berdasarkan perlembangan dan arahan Majlis Raja Raja untuk mengelakkan provakasi perkauman.
5. Kritikan kepada kerajaan dan PM dibenarkan dan dizinkan dalam sistem demokrasi.
6. Langkah menyiasat perbelanjaan RM600 bilion tanpa tender akan diserahkan kepada badan siasatan dan MOF - jika rasuah dan penyelewangan berlaku.
7. Bidang kuasa, sebagai PM tidak membolot tetapi mengagihkan kepada rakan-rakan yang telah diberi mandat.
8. Bersiap sedia dari bencana banjir, timbalan perdana menteri -Zahid akan mempengerusikan jawatankuasa bencana banjir.
9. Timbalan perdana menteri - Fadzilah untuk perkara-perkara yang menimbulkan keresahan Sabah Sarawak berkaitan MA-63.
10. Dengan menjadi Menteri Kewangan dalam masa sehari,
a. Membatalkan keputusan cabutan khas perjudian - PAS, BERSATU dari 8 ke 22 menjadi 8 semula bermula 1 Januari 2023.
b. Selepas berbincang dengan Syed Mokhtar yang memonopoli import beras melalui BERNAS kerajaan tidak akan membenarkan lagi pembolotan ini, kita akan teliti keuntungan beliau dan beri masa kepada beliau kerana beliau telah beli BERNAS pada harga RM700 juta.
Namun akan buat sesuatu dengan segera, maka Syed Moktar akan keluar 10juta segera dan 50 juta bermula tahun depan.
11. Telah berbincang dengan Menteri Sabu mengenai isu telur, beliau akan mengumumkan harga baru yang lebih rendah, mengurangkan kebergantungan kepada kartel.
12. Jemaah menteri setuju potong gaji 20% tiap bulan kerana prihatin kepada rakyat.
13. Satu hari mesyuarat, baru beberapa jam, belum banyak syarikat lagi dah banyak yang kita mampu lakukan,inilah tatakelola, menggunakan kuasa tidak membolot kekayaan tetapi membela nasib rakyat.
Sekian. - PM10.
![]()