BTC USD 56,546.9 Gold USD 1,762.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SIDANG DEWAN NEGERI 2021

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
“Menyedari situasi pandemik ini yang masih mencengkam kehidupan segenap lapisan rakyat dan keperluan untuk memulihkan semula ekonomi rakyat, saya dengan sukacitanya mengumumkan inisiatif tambahan yang membabitkan RM34.8 juta,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.


Perak Umum Pakej Rangsangan Ekonomi, Bantuan Tambahan​



30/08/2021

1630327096946.png


POH – Kerajaan Perak hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) tambahan berjumlah RM34.8 juta sebagai inisiatif membantu berdepan situasi pandemik yang masih mencengkam rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia adalah pakej tambahan selepas pelaksanaan dua PRE terdahulu membabitkan implikasi kewangan sebanyak lebih RM200 juta sejak tahun lalu.

“Kerajaan negeri sangat memahami kesusahan rakyat yang akibat pandemik COVID-19, atas kesedaran ini kita melaksanakan dua PRE sejak tahun lalu membabitkan implikasi kewangan sebanyak lebih RM200 juta.

“Menyedari situasi pandemik ini yang masih mencengkam kehidupan segenap lapisan rakyat dan keperluan untuk memulihkan semula ekonomi rakyat, saya dengan sukacitanya mengumumkan inisiatif tambahan yang membabitkan RM34.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Saarani berkata, antaranya adalah insentif berkaitan cukai tanah mulai 1 September sehingga 31 Disember tahun ini yang bernilai RM30.9 juta.

Selain itu, beliau berkata, bantuan ‘one-off’ kepada 4,000 mahasiswa anak Perak berjumlah RM400 ribu seperti dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering ketika sesi penggulungan.

“Bantuan ini akan dipecahkan kepada dua kategori iaitu 2,000 penerima bagi bantuan kewangan umum secara one-off sebanyak RM150 seorang dan pengenalan insentif baharu membabitkan baucar tebus tiket pengangkutan awam sebanyak RM50 juga kepada 2,000 penerima.

“Bantuan ini secara tidak langsung akan dapat membantu kira-kira 4,000 mahasiswa anak Perak daripada keluarga B40 dan M40 yang memenuhi prasyarat yang ditetapkan untuk persediaan kemasukan Oktober,” katanya.

Selain itu, Saarani berkata, bantuan tambahan kepada Maahad Tahfiz berjumlah RM3.5 juta seperti bantuan pengurusan sama rata RM10,000 kepada setiap 144 buah Maahad Tahfiz membabitkan peruntukan RM1.44 juta.

“Ia merangkumi bantuan tambahan pengurusan berasaskan bilangan pelajar dengan kadar perkapita RM200 seorang membabitkan 5,291 pelajar dengan jumlah peruntukan RM1,058,200.

“Dan bantuan one-off RM1,000 bagi setiap 819 orang guru dengan jumlah peruntukan RM819,000 dan sumbangan kepada Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP) berjumlah RM182,800,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan adalah sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap rintihan yang tular di media massa mengenai nasib sekolah Maahad Tahfiz yang dilaporkan menghadapi masalah kewangan akibat pandemik COVID-19. – BH

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
DUN Selangor meluluskan usul bagi membolehkan mesyuarat DUN dijalankan dalam talian secara keseluruhan atau separa pada masa akan datang.
#AWANInews #AWANI745

DUN Selangor lulus usul sidang dilaksana secara dalam talian atau hibrid​

Bernama
Ogos 30, 2021 20:22 MYT

1630330467433.png


DUN Selangor meluluskan usul bagi membolehkan mesyuarat DUN dijalankan dalam talian secara keseluruhan atau separa pada masa akan datang. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul bagi membolehkan mesyuarat DUN dijalankan dalam talian secara keseluruhan atau separa pada masa akan datang.
Usul itu dibawa oleh Datuk Teng Chang Khim (PH-Bandar Baru Klang).

Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata susulan itu, pindaan akan dibuat ke atas Peraturan-Peraturan Tetap 21 dan 69 (4) bagi membolehkan sidang dewan dilaksanakan secara hibrid atau maya sekiranya berlaku perkara di luar jangka atau kemudaratan pada masa akan datang.


"Ia telah diluluskan tadi oleh ahli dewan untuk diserah kepada Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Tetap bagi membincangkan pengisian yang rapi bagaimana untuk dilakukan kuasa yang diberikan kepada Speaker untuk dibentangkan pada persidangan akan datang.

"Lepas ini, Jawatankuasa Peraturan Tetap yang dipengerusikan oleh saya bersama dengan enam lagi ahli termasuk pembangkang akan bersidang dan bermesyuarat dalam seminggu dua ini bagi membincangkan pengisian yang terperinci untuk dicatitkan di dalam Buku Peraturan Tetap Dewan serta dibentangkan pada persidangan akan datang," katanya kepada pemberita di lobi DUN hari ini.

Beliau juga berkata persidangan enam hari itu berjalan lancar dan semua pihak memberikan kerjasama yang baik terutama dalam pematuhan prosedur operasi standard.
Sidang DUN Selangor ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
Seorang wakil rakyat dari kerajaan mengalami simptom demam sejak malam Isnin sebelum menjalani ujian PCR bagi tujuan pengesahan.

Covid-19: Semua ADUN Perak jalani kuarantin

31 Ogos 2021


1630397346642.png


Semua ADUN, pegawai dan petugas yang menghadiri Persidangan DUN Perak, Isnin lalu diarah menjalani kuarantin kendiri selepas seorang ahli Dewan Negeri positif Covid-19.


IPOH - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menghadiri Persidangan Dewan Negeri pada Isnin perlu menjalani kuarantin kendiri selepas seorang daripada mereka positif Covid-19.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, wakil rakyat daripada kerajaan itu disahkan positif selepas menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) Covid-19.





Menurutnya, individu berkenaan mula mengalami simptom demam sejak malam Isnin sebelum menjalani ujian PCR bagi tujuan pengesahan.

"ADUN berkenaan disahkan positif melalui ujian PCR, dengan keputusan itu, semua yang terlibat pada Persidangan Dewan Negeri Isnin lalu telah diarahkan menjalani kuarantin diri bermula hari ini bagi tujuan keselamatan.

"Arahan ini termasuklah kepada Speaker, petugas Dewan dan semua pegawai khas ADUN yang berada dalam Dewan Negeri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Abdul Aziz Bari turut mengesahkan semua Ahli Dewan Negeri diarahkan menjalani kuarantin, namun belum dimaklumkan lebih lanjut berhubung perkara itu.

"Ya betul (kuarantin), setahu saya semua (ADUN), tetapi saya tak pasti (berapa lama) kerana belum ada makluman lanjut," katanya.
Persidangan DUN Perak berlangsung selama empat hari bermula 25 Ogos lepas dan berakhir Isnin lalu dengan mengguna pakai konsep gelembung selepas mengambil kira situasi semasa penularan pandemik Covid-19.



Ia merangkumi empat elemen utama iaitu penyediaan kemudahan penginapan, pengangkutan, pertambahan ruang persidangan dan keperluan ujian pengesanan harian bagi mereka yang terlibat dengan persidangan.

Bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kesemua 59 ADUN ditempatkan di empat ruang persidangan berbeza iaitu 39 di dewan utama, lapan di bilik sidang media sementara masing-masing empat di bilik mesyuarat PAC, bilik mesyuarat timbalan setiausaha kerajaan negeri dan bilik mesyuarat setiausaha dewan negeri.

Sepanjang persidangan, hanya tiga daripada 59 ADUN iaitu Mohd Zaidi Aziz (BN-Slim), Ko Dr Ko Chung Sen (DAP-Kepayang) dan Muhammad Arafat Varisai Muhamad (PKR-Hulu Kinta) tidak dibenarkan hadir atas sebab-sebab berkaitan Covid-19.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...lKUXyRf-FPkiMpB5lps1OJ70f0bzR5-Y7Wi8k138JyaaQ
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali berkata, langkah itu selaras untuk memastikan persidangan berkenaan berlangsung dengan selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
https://www.utusan.com.my/.../sidang-dun-terengganu-cuma.../

Sidang DUN Terengganu cuma 4 jam sehari​

YAHAYA-ALI.jpeg


YAHAYA ALI

  • 6 September 2021, 2:24 pm


KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 yang dijadualkan pada 13 hingga 15 September ini akan dipendekkan kepada kira-kira empat jam.

Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali berkata, langkah itu selaras untuk memastikan persidangan berkenaan berlangsung dengan selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sehubungan itu, katanya, waktu persidangan akan bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 1 petang sepanjang tiga hari berkenaan.
“Walaupun Terengganu sudah di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun segala peraturan dan syarat yang dikenakan MKN dan Kementerian Kesihatan masih perlu dipatuhi oleh semua pihak termasuk pentadbiran DUN.

“Bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19, kita memutuskan hanya Ahli Dewan Undangan Rakyat (ADUN) dan petugas persidangan sahaja boleh hadir manakala ketua-ketua jabatan pula diminta mengikutinya secara dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yahaya berkata, kesemua ADUN dan petugas wajib menjalani ujian saringan Covid-19 lima hari sebelum persidangan bermula dan saringan itu diteruskan setiap hari sebelum memasuki dewan dengan hanya yang negatif dibenarkan hadir.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, titah perasmian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. -UTUSAN ONLINE

sidang-dun-terengganu-cuma-4-jam-sehari
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906

Perlu tindakan lebih tegas jika langgar SOP, kata Sultan Terengganu​


September 13, 2021 1:00 PM

sultan-mizan-zainal-abidin-bernama.jpg


Sultan Mizan Zainal Abidin berkata jumlah pusat kuarantin serta pusat kuarantin berisiko rendah juga semakin meningkat di Terengganu selari dengan peningkatan kes baharu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tindakan lebih tegas perlu dilakukan bagi memastikan pematuhan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi, kata Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Baginda berkata, ia juga bagi memastikan penularan kes baharu dapat diatasi dalam keadaan sektor ekonomi dibuka.

“Covid-19 di negeri ini menunjukkan trend peningkatan kes yang tinggi sejak pengisytiharan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 berbanding PKP 1.0 dan 2.0,” titah Sultan Mizan menurut laporan Berita Harian.
Titah ucapan Sultan Mizan disampaikan Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14.



Baginda berkata, jumlah pusat kuarantin (QS) serta pusat kuarantin berisiko rendah (PKRC) juga semakin meningkat selari dengan peningkatan kes baharu dan memaklumkan sehingga kini sebanyak enam pusat kuarantin yang mampu memuatkan seramai 2,967 pesakit dan tujuh PKRC dengan kapasiti 3,139 katil.

Katanya, kesan daripada penularan pandemik Covid-19, turut menjejaskan kehidupan rakyat terutama ekonomi dan sedang diberi pertimbangan Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Program vaksinasi diberikan secara percuma kepada semua warganegara disalurkan melalui pusat pemberian vaksin (PPV) ditetapkan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) adalah kaedah terbaik kerajaan untuk melindungi rakyat daripada jangkitan Covid-19,” titahnya.

Sultan Mizan bertitah, lebih 80.2% daripada masyarakat sudah mendaftar untuk menerima vaksin dan sebanyak 15 PPV dibuka di seluruh negeri dan pelbagai program “outreach” dilaksanakan.

“Beta dimaklumkan bahawa CITF persekutuan menghadapi kekangan sumber vaksin di peringkat global menyebabkan kadar penerimaan stok vaksin menghadapi sedikit gangguan bekalan.
“Beta berharap isu gangguan bekalan vaksin dapat diselaraskan sebaik mungkin supaya usaha itu akan dapat membantu kerajaan negeri mencapai imuniti berkelompok sebelum hujung tahun ini atau sebelum monsun timur laut melanda,” titahnya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906

ADUN Kota Putera tidak hadir sidang DUN, positif Covid-19​

ALIAS-RAZAK-2.jpg
ALIAS RAZAK

  • 13 September 2021, 2:56 pm


KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera satu-satunya dalam kalangan 32 wakil rakyat yang tidak hadir dalam istiadat pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14 hari ini kerana dijangkiti Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, keadaan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri itu stabil walaupun pada awalnya diserang demam.

“Beliau dijangkiti kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 hasil ujian saringan yang dijalani.

“Beliau tidak terlibat dalam saringan Covid-19 bersama wakil-wakil rakyat pada 9 September lalu,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan DUN Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376

Sultan Terengganu titah tindakan lebih tegas langgar SOP

Oleh: Baharom Bakar- September 13, 2021 @ 11:25am
[email protected]



KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan tindakan lebih tegas diambil untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi.

Baginda bertitaj, tindakan lebih tegas perlu dilakukan bagi memastikan penularan kes baharu dapat diatasi dalam keadaan sektor ekonomi dibuka.

"Kes COVID-19 di negeri ini menunjukkan trend peningkatan kes yang tinggi sejak pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berbanding PKP 1.0 dan 2.0.

"Jumlah Pusat Kuarantin (QS) serta Pusat Kuarantin Berisiko Rendah (PKRC) semakin meningkat selari dengan peningkatan kes baharu," titah Sultan Mizan dalam teks disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke- 14, di sini, hari ini.

Sultan Mizan bertitah, setakat ini sebanyak enam pusat kuarantin yang mampu memuatkan seramai 2,967 pesakit dan tujuh PKRC dengan kapisiti 3,139 katil.

Baginda bertitah, kesan daripada penularan pandemik COVID-19, turut menjejaskan kehidupan rakyat terutama ekonomi dan sedang diberi pertimbangan Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diperkenalkan kerajaan antara kaedah yang berkesan untuk mengawal pandemik.

"Program vaksinasi diberikan secara percuma kepada semua warganegara disalurkan melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ditetapkan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) adalah kaedah terbaik kerajaan untuk melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19," titah baginda.

Sultan Mizan bertitah, lebih 80.2 peratus daripada masyarakat sudah mendaftar untuk menerima vaksin dan sebanyak 15 PPV dibuka di seluruh negeri dan pelbagai program outreach dilaksanakan.

"Beta dimaklumkan bahawa CITF persekutuan menghadapi kekangan sumber vaksin di peringkat global menyebabkan kadar penerimaan stok vaksin menghadapi sedikit gangguan bekalan.

"Beta berharap isu gangguan bekalan vaksin dapat diselaraskan sebaik mungkin supaya usaha itu akan dapat membantu kerajaan negeri mencapai imuniti berkelompok sebelum hujung tahun ini atau sebelum Monsun Timur Laut melanda," titah baginda.

Sultan Terengganu juga menitahkan seluruh rakyat meningkatkan usaha untuk mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera, kaunter pendaftaran vaksin di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.

Sementara itu, baginda memaklumkan, kerajaan negeri menyediakan pelbagai inisiatif dan program bagi meringankan beban rakyat sejak PKP 1.0, antaranya peruntukan RM16.29 juta melalui program bantuan pakej rangsangan Terengganu Cakna.

Selain itu RM19 juta juga diperuntukkan melalui program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) diluluskan ketika pelaksanaan PKP 2.0 dan RM6.4 juta ketika PKP 3.0, bersama inisiatif lain seperti pengecualian bayaran sewa premis kerajaan serta pemberian moratorium kepada peminjam pelajaran Yayasan Terengganu (YT).

Kerajaan turut meluluskan RM268,000 kepada 536 Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) bagi membantu sekolah menyediakan SOP untuk pembukaan sekolah selain 1,600 tablet kepada murid miskin serta kemudahan tambah nilai sebanyak RM100 kepada murid miskin daripada keluarga berpendapatan RM2,500 ke bawah.

"Beta merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa CITF dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, semua petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam membantu memerangi COVID-19 dan pengurusan program vaksin di negeri ini," titah baginda.

sidangganu_1631509999.jpg


Istiadat pembukaan penggal keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 pada hari pertama di Wisma Darul Iman, hari ini. -Foto NSTP/Ghazali Kori


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dilaksanakan memandangkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 2002.

Terengganu sedia laksana sepenuhnya hukum hudud

15 September 2021



1631693144175.png

Satiful Bahri

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya hukum hudud sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) 355 diluluskan di Parlimen.

Exco Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, perkara itu tidak mustahil untuk dilaksanakan memandangkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 2002.

Jelasnya, kerajaan negeri juga dalam proses menaiktaraf Mahkamah Syariah di seluruh negeri agar lebih kondusif untuk pelaksanaan hukuman itu pada masa akan datang.

"Terengganu kini dalam persiapan ke arah itu dan Mahkamah Syariah juga bersedia pada bila-bila masa untuk membuat atau melaksanakan apa yang akan diperintahkan atau yang akan diluluskan berdasarkan bidang kuasa peruntukan undang-undang yang diberikan.

"Beberapa bengkel telah diadakan melibatkan bahagian penguatkuasaan, jabatan pendakwaan dan hakim Mahkamah Syariah bagi meneliti penambahbaikan terhadap hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.

"Ia sebagai persediaan ke arah pelaksanaan hukum hudud antaranya mengkaji semula peruntukan-peruntukan sedia ada untuk disesuaikan dengan keadaan semasa memandangkan tempoh enakmen yang diwartakan telah hampir 20 tahun lalu," katanya ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini pada Rabu.

Menurut Satiful, setakat ini sebahagian daripada hukuman jenayah syariah itu telah dilaksanakan mengikut bidang kuasa atau ruang peruntukan undang-undang sedia ada seperti hukuman bagi jenayah takzir.

"Kita bukan tidak laksana hudud, sebahagian daripada hukuman ini telah diperkasakan bagi kesalahan jenayah takzir. Yang belum dilaksanakan ialah Hudud dan Qisas.


"Setakat ini kita telah menggunapakai hukuman di bawah kesalahan jenayah takzir iaitu 3,5,6 melibatkan peruntukan hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan.

"Bagi kesalahan melibatkan Hudud dan Qisas, ada ruang lingkup yang perlu diperhalusi lagi dan kita tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi. Sebab itulah kita tunggu kelulusan RUU 355.

"Jika ia diluluskan, Terengganu akan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan sepenuhnya tuntutan syarak ini keatas 96 peratus masyarakat Islam di negeri ini," katanya.

Untuk rekod, RUU 355 terhasil apabila Abdul Hadi mengemukakan usul persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi meningkatkan bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah terhadap kesalahan di bawah jenayah syariah.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...YoJCD5fJbyzd5q9Z5I_VTsMOVvIz42_tqakDpKqYTEnXA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376

Sidang DUN Melaka: Tempat duduk ADUN berubah

Amir Mamat- September 16, 2021 @ 11:28am
[email protected]

ghazale_1631762897.jpg


Timbalan Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Ghazale Muhamad. - Foto NSTP/Amir Mamat


JASIN: Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang akan berlangsung empat hari bermula Isnin ini akan menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Semua ADUN blok kerajaan ditempatkan di tempat duduk ketua jabatan di tingkat atas sebelah kanan dewan iaitu bahagian belakang kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad, manakala ADUN pembangkang pula akan ditempatkan di bahagian atas sebelah kiri dewan.

Timbalan Speaker DUN, Datuk Wira Ghazale Muhamad, berkata kedudukan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bagaimanapun kekal di tempat lama, cuma akan dijarakkan antara satu sama lain.

Katanya, semua perubahan itu sejajar dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Bagi saya, kita tidak mempunyai masalah dengan kedudukan terbaharu itu kerana tidak semua ketua jabatan atau pegawai kanan kerajaan yang diundang menghadiri persidangan kali ini, malah MKN turut menetapkan jumlah kehadiran pada setiap kali persidangan adalah tidak lebih 90 orang.

"Demi keselamatan dan kesihatan semua yang hadir pada persidangan DUN kali ini, kita akur dan patuh dengan saranan MKN supaya mengubah kedudukan anggota dewan mengikut jarak yang ditetapkan, selain tempoh persidangan yang ditetapkan empat jam sehari," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan kunci rumah Projek Baiti Jannati, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Shapiee Wahab di Kampung Kelubi, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengurus Besar (Hal Ehwal Pemegang Taruh) TNB Melaka dan Negeri Sembilan, Ahmad Fadhli Aziz.
Persidangan DUN Melaka akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Isnin ini.

Mengulas lanjut, Ghazale yang juga ADUN Rim, berkata menjelang persidangan DUN, semua ADUN, pegawai kerajaan serta petugas yang dibenarkan hadir pada persidangan terbabit diwajibkan menjalani ujian calitan COVID-19.

Katanya, ujian berkenaan akan diadakan secara pandu lalu di pekarangan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini bermula jam 9 pagi.

"Kita juga menetapkan, semua ADUN serta pegawai kerajaan yang dibenarkan hadir pada Isnin ini, perlu menjalani ujian kendiri menerusi Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang dibekalkan seawal jam 7.30 pagi, sebelum persidangan bermula jam 9.30 pagi.

"Ujian kendiri itu perlu dilakukan setiap hari dan individu yang bergejala tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan persidangan," katanya.


 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,357
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,357
Reaction score
2,963
Points
201
Sidang Dun: Mukhriz dinasihat teliti saranan KKM

September 19, 2021

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jitra, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dinasihatkan agar meneliti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum menyalah mana-mana pihak.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat berkata, keputusan memendekkan masa Sidang Dun daripada tujuh jam ke empat jam sehari adalah saranan KKM bukannya kehendak Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.


Perkara itu katanya berikutan Kedah masih di Fasa Satu Program Pemulihan Negara (PPN) dan bersidang di tempat yang tertutup.

Advertisement

“Walaupun kesemua Adun telah lengkap dua dos vaksin namun berada di dalam ruang yang tertutup dalam tempoh lama boleh mendatangkan risiko, lebih-lebih lagi kita sedang menghadapi ancaman varian Delta dan Gama,” kata beliau yang juga Adun Sungai Limau dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, Mukhriz sewajarnya hadir taklimat bersama KKM yang diadakan secara di atas talian pada 13 September namun malangnya beliau hanya menghantar wakil.

“Sepatutnya beliau (Mukhriz) kena hadir tapi dia hanya hantar wakil. Tentulah tertinggal banyak informasi,” tambah Azam lagi.

Adun Jitra itu baru-baru ini melahirkan ketidakpuasan apabila Sidang Dun yang akan diadakan pada 20 hingga 24 September ini dipendekkan masa daripada tujuh jam kepada empat jam setiap hari.

Mukhriz melalui kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media tempatan mengatakan tempoh singkat itu tidak mencukupi untuk membincangkan hal-hal bersangkutan terutama permasalahan negeri.

Sementara, kata Azam lagi, walaupun masa disingkatkan namun sesi soal jawab pertanyaan lisan, perbahasan dan penggulungan Exco dan Menteri Besar tetap diadakan manakala tempoh empat hari berturut-turut itu cukup untuk memutuskan perkara-perkara penting mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

“Jika Adun Jitra mempunyai cadangan, soalan atau kritikan, boleh sahaja kemukakan melalui pelbagai kaedah dan platform. Tidak semua harus diselesaikan dalam Sidang Dun semata-mata.

“Malah saya percaya, apa saja buah fikirannya selaku bekas Menteri Besar Kedah termasuk Adun-Adun lain akan diterima Sanusi sekiranya munasabah dan ada kebaikan kepada rakyat,” katanya lagi.

Sidang Dun Kedah akan bermula esok sehingga 23 September selama empat hari di Wisma Darul Aman sementara Perasmian Titah Tuanku Sultan Kedah akan diadakan secara di atas talian.

Jumaat lalu semua Adun dan yang berkaitan diadakan ujian saringan Covid-19 (swab test) secara pandu lalu untuk memastikan semua yang hadir negatif wabak terbabit. – HARAKAHDAILY 19/9/2021
 
Sponsored Post
Top
Log in Register