BTC USD 35,861.0 Gold USD 1,840.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SIDANG DEWAN NEGERI 2021

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
#ipoh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming berkata, ini terbukti dengan pemberian peruntukan secara saksama kepada semua ADUN termasuk pembangkang serta kehadiran pembangkang di mesyuarat kerajaan negeri.
https://www.hmetro.com.my/.../pembangkang-puji-politik...

Pembangkang puji politik matang MB Perak​


1630045360122.png


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Persidangan Dewan Undangan Negeri di Dewan Negeri Bangunan Perak Darul Ridzuan. FOTO IHSAN URUSETIA DEWAN NEGERI PERAK

Ipoh: Pentadbiran negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad yang berjaya memberi kesaksamaan dan mempamerkan politik matang mendapat pujian pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Nga Kor Ming berkata, ini terbukti dengan pemberian peruntukan secara saksama kepada semua ADUN termasuk pembangkang serta kehadiran pembangkang di mesyuarat kerajaan negeri.

"Saya merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak kerana peruntukan saksama kepada semua ADUN termasuk pembangkang dan kehadiran pembangkang di mesyuarat kerajaan, ini menjadikan Perak negeri pertama yang mempamerkan kematangan berpolitik pada aras yang tinggi.

"Langkah baru ini adalah satu permulaan positif dan model Perak mampu untuk mengubah landskap politik negara dan kini mendapat juga pengiktirafan dalam titah Tuanku. Ini adalah langkah membina budaya politik yang berpaksikan kepada agenda reformasi dan kepentingan rakyat secara keseluruhan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Titah Diraja di Persidangan Dewan Undangan Negeri di Dewan Negeri Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.


Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak, berkata, malahan ketika ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengikut model negeri perak dan amalan Saarani yang juga ADUN Kota tampan.

"Perdana Menteri pun tanda tangan kenyataan bersama, inilah permulaan yang baik, kematangan politik di aras tertinggi. Perak jadi teladan terbaik, syabas saya ucapkan kepada Menteri Besar Perak," katanya.

Justeru, Kor Ming berkata, beliau menggesa kerajaan melakukan langkah-langkah yang konkrit untuk memberhentikan politik perkauman dan fahaman sempit agama yang ekstrim.

"Perdana Menteri sudah memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia, sudah enam dekad kita Merdeka oleh itu marilah kita seperti dikatakan pepatah Melayu, ambil yang jernih tinggalkan yang keruh.

"Sekadar menanam tebu di bibir adalah tidak memadai. Sempena bulan kemerdekaan ini jelas pembentukan semangat Keluarga Malaysia perlu dipergiatkan supaya dasar kerajaan dilaksanakan tanpa sebarang bentuk diskriminasi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengemukakan cadangan memperkukuhkan institusi dan Reformasi Dewan Negeri dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Kesihatan Awam serta Pengurusan Tanah.

"Kedua, selaras dan seiring dengan peranan penting dimainkan pihak pembangkang, wakil pembangkang dicadangkan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Perak.

"Perkara ini sudah diamalkan di Dewan Rakyat dan DUN perak harus mencontohi teladan baik ini demi memastikan sistem semak dan imbang ini memainkan peranan penting," katanya.

Tambah beliau, sebagaimana dengan janji bekas Perdana Menteri dan selaras dengan agenda reformasi, yang mana Ketua Pembangkang Dewan Rakyat akan diberi kedudukan bertaraf menteri, maka Ketua Pembangkang DUN Perak wajar diberi kedudukan bertaraf EXCO Kerajaan Negeri.

Katanya, selain itu Meminda enakmen negeri dan Perintah Tetap Dewan Negeri agar memberi kuasa kepada PAC untuk memanggil saksi dan memberi keterangan semasa soal siasat.
Disiarkan pada: Ogos 27, 2021 @ 1:08pm

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
Salur peruntukan tingkat sistem e-Syariah Perak
| 27 Ogos 2021


1630049043329.png

Sandrea ketika membahaskan Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Sultan Perak Darul Ridzuan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat. - Foto Urusetia Dewan Negeri Perak


IPOH - Kerajaan Perak diminta memberi perhatian dan menyalurkan peruntukan kewangan bagi usaha pemerkasaan khususnya berkaitan sistem pendigitalan operasi mahkamah syariah di negeri ini.

Sandrea Ng (PKR-Teja) berkata, walaupun mahkamah syariah mula menggunakan sistem e-Syariah sejak tahun 2009, sistem tersebut terhad kepada maklumat digital dan kegunaan dalaman pihak mahkamah.



Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri memberi peruntukan bagi membangunkan sistem e-Filing yang komprehensif di mahkamah syariah.

"Mahkamah syariah memainkan peranan penting dengan bidang kuasanya berkaitan permohonan pernikahan, perceraian dan rujuk (NCR) malah keganasan rumah tangga, permohonan perintah injunksi membabitkan harta, perebutan hak jagaan serta lawatan anak-anak, perintah interim jagaan anak dan lain-lain.

"Penambahbaikan prasarana juga harus dilaksanakan, bersesuaian dengan situasi terkini iaitu pelaksanaan pengurusan kes dan perbicaraan dalam talian. Kemudahan prasarana yang diperlukan termasuk kemudahan peralatan dan capaian internet yang stabil, melengkapkan dewan-dewan mahkamah sedia ada dengan peralatan telesidang, mewujudkan dewan-dewan mahkamah maya dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Sultan Perak Darul Ridzuan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada Jumaat.

Sandrea berkata, sebagai perbandingan, sistem e-Filling telah diperkenalkan di mahkamah sivil di Malaysia sejak tahun 2011 lagi dan kini, sistem e-Kehakiman terus dibangun dan dilengkapi dengan fungsi seperti e-Review, e-Lelong, e-Pesuruhjaya dan lain-lain.

Menurutnya, penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) secara optimum ketika tempoh pandemik Covid-19 perlu dimanfaatkan bagi mempertingkatkan lagi prestasi mahkamah syariah.



Jelasnya, mahkamah syariah juga perlu terus memperbaiki sistem penyampaian dan perkhidmatan bagi memastikan kecekapan, ketelusan serta menjamin akses kepada keadilan yang lebih efektif.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti..._OlIDkqoc7hDacB9S0ry707w9cLs6rn-rPO9UwAvLfIJc
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1

Selangor sedia kongsi data raya dengan Putrajaya, kata Amirudin​


August 30, 2021 12:00 PM


1630303678473.png


Amirudin Shari berkata, sudah pasti ada syarat tertentu kerana ia melibatkan data dan maklumat berikutan Selangor tertakluk kepada PDPA.
SHAH ALAM: Selangor terbuka untuk bekerjasama dengan Putrajaya dalam berkongsi data rayanya bagi mempercepatkan hasrat kerajaan negeri menjadi negeri pintar menjelang 2025.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, bagi merealisasikan hasrat negeri pintar itu, kerajaan negeri tidak boleh bergerak sendirian tanpa bantuan kerajaan pusat.

“Kita terbuka, ia selari dengan hasrat kita lagi-lagi Selangor nadi ekonomi dan penggerak negara. Kalau kita tak berkongsi, ia tidak akan membawa sebarang manfaat.

“Kita tidak boleh bekerja secara sendirian…kalau kita bekerja sendirian, ia tidak akan menghubungkan data-data itu. Kalau kita sebut ‘smart state’, kita akan sebut analisis data raya ataupun ‘big data analysis’, ia hanya mampu dicapai apabila kita mampu gabung data dan maklumat kita bersama,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Bagaimanapun perbincangan berhubung terma dan syarat perlu dibincangkan di peringkat awal bagi memastikan perkongsian data itu tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

“Kita tidak ada masalah.. kalau terbuka kita boleh bincang termanya, sudah pasti ada syarat tertentu kerana ia melibatkan data dan maklumat kerana kita tertakluk kepada PDPA,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Azmin Ali (Bersatu-Bukit Antarabangsa) yang mahu tahu adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menyelaraskan inisiatif Smart Selangor dengan inisiatif MyDigital yang diterajui kerajaan pusat.

Terdahulu, Amirudin berkata, kesan pandemik Covid-19 mencetuskan revolusi pendigitalan yang lebih pantas berbanding sebelumnya.


“Kesan Covid-19, kita telah cepatkan proses digitalisasi dalam negeri dan negara. Kalau kita lihat dengan inisiatif yang bermula sejak 2016, semua menjadi lebih pantas.

“Kita dapat lihat jika sebelum ini, Program Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor (Sitex) kita hanya latih 100 individu untuk program membangunkan aplikasi dalam usaha mendigitalkan mereka yang terbabit dalam perniagaan. Kini dengan adanya e-bazar, kita mampu jemput lebih 20,000 peserta,” katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1

Selangor tetap kadar berpatutan urus mayat bukan Islam Covid-19, kata Exco​


August 30, 2021 2:00 PM

1630303791027.png


Ng Sze Han berkata kerajaan negeri sudah arahkan semua PBT agar kenal pasti lokasi sesuai dan meneliti perkara itu. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menetapkan satu kadar yang berpatutan bagi urusan pembakaran mayat bukan Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19, kata Exco Kerajaan Tempatan.

Ng Sze Han berkata, bagi mempercepat urusan pembakaran mayat mangsa Covid-19 bukan Islam di negeri ini, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diarah untuk segera menyediakan tapak perkuburan khas atau krematorium di bawah pentadbiran masing-masing.


“Kerajaan negeri sudah arahkan semua PBT agar kenal pasti lokasi sesuai dan meneliti perkara itu serta merancang untuk mewujudkan pusat pembakaran mayat di dalam rancangan Belanjawan 2022 akan datang.

“Ini termasuk menetapkan kadar yang berpatutan bagi urusan pembakaran mayat bukan Islam agar pemergian insan tersayang tidak membebankan ahli keluarga. Kita tidak mahu rakyat tersedak untuk urus jenazah,” katanya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.


Pada 27 Ogos, DUN Selangor diberitahu bahawa terdapat tiga permohonan pembinaan krematorium yang sudah mendapat kelulusan di dua kawasan pentadbiran PBT di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (LIMAS), Teng Chang Khim berkata ia melibatkan pembinaan di kawasan Jeram dan ljok di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) manakala satu lagi di mukim Beranang di bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Selangor kini mempunyai tujuh pusat krematorium iaitu dua di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dua di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan masing-masing satu di Majlis Bandaraya Subang Jaya; Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Sepang.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
Mereka sama ada belum mendaftar atau sudah mendaftar tetapi masih belum mendapat giliran janji temu untuk vaksinasi.
#AWANInews #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

1,352 guru sekolah rendah, menengah di Perak belum divaksin​

Bernama
Ogos 30, 2021 13:48 MYT

1630305999858.png




Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pendidikan Negeri akan menggandakan usaha memastikan guru-guru menerima vaksin, selain penganjuran program seperti sesi kaunseling. - Gambar hiasan/Bernama

IPOH: Sehingga semalam, seramai 1,352 guru sekolah rendah dan menengah di Perak masih belum divaksin iaitu mereka sama ada belum mendaftar atau sudah mendaftar tetapi masih belum mendapat giliran janji temu untuk vaksinasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata daripada keseluruhan 37,590 guru di negeri itu, seramai 36,238 guru telah menerima vaksin masing-masing.

"Bagi kumpulan guru STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Vokasional, T5 dan T6 pula, seramai 9,426 daripada 9,684 guru telah menerima vaksin manakala bakinya iaitu 258 guru masih belum divaksin, sama ada belum mendaftar atau masih menunggu panggilan untuk divaksin," katanya ketika menggulung perbahasan titah Diraja Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Menurut beliau kerajaan negeri menerusi Jabatan Pendidikan Negeri akan menggandakan usaha memastikan guru-guru menerima vaksin, selain penganjuran program seperti sesi kaunseling, webinar serta bengkel pengurusan dan kepentingan vaksin bagi mencapai tujuan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Saidi berkata kerajaan negeri juga percaya pembukaan sekolah perlu ditunda sehingga semua sekolah bersedia sepenuhnya kerana berdasarkan penilaian risiko yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menunjukkan sekolah belum bersedia untuk dibuka pada 3 Okt ini.

Menyentuh mengenai perkembangan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), Ahmad Saidi berkata hanya 17,558 murid tidak dapat mengikutinya sehingga Jun lepas berbanding seramai 101,278 murid pada Januari hingga Mac.

Penurunan drastik itu adalah atas usaha pelbagai pihak termasuk pihak sekolah, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa mahupun pihak swasta yang secara berterusan memberikankomitmen dalam menyampaikan pendidikan terbaik kepada murid, katanya.
-- BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
Peningkatan kos harga makanan ternakan menjadi punca kenaikan harga ayam di pasaran.

Kos makanan ternakan punca harga ayam naik

30 Ogos 2021


1630308039161.png



Abdul Yunus pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14. - Foto ihsan Urusetia Dewan Negeri Perak


IPOH - Peningkatan kos harga makanan ternakan menjadi punca kenaikan harga ayam di pasaran.

Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, kebanyakan makanan ternakan adalah diperbuat daripada soya dan jagung yang diimport dari Argentina serta Brazil.



"Kenaikan kos makanan ini adalah kesan daripada peringkat luar negara lagi.

"Justeru kenaikan kos pengangkutan yang tinggi dan tidak dapat mengimport dedak dari luar negara bukanlah punca utama yang menyebabkan peningkatan harga ayam di pasaran," katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 pada Isnin.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan Ops Rantai susulan kenaikan kos berkenaan yang memberi kesan kepada harga ayam dan telur ayam.

"Pegawai Pemantau Harga (PPH) turut melakukan pemantauan harga ayam di pasaran setiap hari bagi memastikan pasaran sentiasa kompetetif. Hasil pemantauan juga mendapati purata runcit bagi ayam bersih standard adalah stabil iaitu pada harga RM 7.51 sekilogram.
"Di bawah operasi terbabit, KPDNHEP turut mempergiatkan pemeriksaan di peringkat pengeluar, pengilang dan pengimport ternakan ayam," katanya.

Abdul Yunus berkata, sebanyak 46 Notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga ayam.

"Peniaga yang dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tanpa mematuhi perundangan antipencatutan akan diambil tindakan tegas.

"Pengguna turut disarankan menggunakan Aplikasi Price Catcher untuk mendapatkan maklumat serta perbandingan harga barang keperluan, termasuk ayam yang dijual di premis berhampiran tempat tinggal mereka bagi tujuan pembelian terancang," katanya.
Jelasnya, bekalan dan harga barangan keperluan di seluruh negeri adalah terkawal.

"Seramai 176 penguat kuasa dan dibantu oleh 79 PPH KPDNHEP sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara harian di premis borong dan runcit bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi serta harga jualan barangan keperluan adalah munasabah.

"Sehingga 27 Ogos 2021, sebanyak 59,364 pemeriksaan telah dilakukan oleh KPDNHEP di seluruh negeri," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...mBFI1XTb9n4O2yyUp2LoGLvol6JmSTjPwrfWOQHJjA05o
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
Sze Han berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan sektor ekonomi terus berlangsung setelah ia ditutup beberapa bulan ketika PKP 1.0.

1630318512544.png


Selangor takkan tutup kilang meskipun kes Covid-19 masih tinggi​

Diterbitkan 30 Aug 2021, 4:45 pm


Kerajaan negeri Selangor tidak akan menutup kilang di negeri ini meskipun kes harian jangkitan Covid-19 masih tinggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan negeri, Ng Sze Han

Sze Han berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan sektor ekonomi terus berlangsung setelah ia ditutup beberapa bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

“Kerajaan negeri tidak akan menutup kilang yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta mematuhi semua syarat lesen yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerajaan melalui PBT akan memastikan sesebuah kilang beroperasi dengan syarat lesen yang ditetapkan,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Dia berkata demikian ketika sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, di Shah Alam hari ini.

Sze Han menjawab soalan Long Tuck Chee (PH-Pandamaran) mengenai peruntukan kuasa yang ada pada kerajaan Selangor untuk menutup kilang di negeri itu.

Namun kata Sze Han, kerajaan negeri akan menutup kilang sekiranya mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan PBT.

“Siri beberapa operasi bersepadu yang dijalankan PBT dan juga pihak berkuasa telah menutup beberapa buah kilang yang telah melakukan kesalahan di bawah PBT.

“Tapi, saya tidak ada angka berapa banyak jumlah kilang yang ditutup,” katanya.

Exco tempelak KKM

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud menempelak Kementerian Kesihatan (KKM) yang memberikan alasan khuatir berlaku kecurian data apabila aplikasi MySejahtera dan SELangkah diintegrasikan bagi pengesanan kontak rapat.

Dr Siti Mariah berkata tidak semua data perlu dikongsikan antara MySejahtera yang dibangunkan kerajaan Persekutuan manakala SELangkah dibangunkan oleh kerajaan negeri.

Katanya, semua maklumat dalam kedua-dua aplikasi tersebut akan melalui proses secara automatik menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Tidak semua data (daripada SELangkah) akan diberikan kepada MySejahtera dan begitu juga dari MySejahtera kepada SELangkah untuk pengesanan kontak.

“Ini kerana, semua data ini adalah bersifat anonymous (bersifat rahsia),” katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar (PH-Meru) yang bertanyakan kerahsiaan data pengguna Selangkah sekiranya dikongsikan dengan aplikasi MySejahtera.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
1630318609265.png


S'gor diam-diam nyah warta separuh hutan simpan Kuala Langat​

Diterbitkan 30 Aug 2021, 5:11 pm

Dikemaskini 5:45 pm



DUN S'GOR | Kerajaan Selangor telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) pada bulan Mei.
Perkara berkenaan hanya didedahkan ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli Selangor Lee Hoy Sian (PH-Kajang) memberitahu sidang DUN bahawa kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan keseluruhan kawasan sebagaimana rancangan asal selepas mendapat bantahan komuniti.

Menurutnya, MMKN telah memutuskan seluas kira-kira 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU diluluskan untuk dinyahwarta di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.



1630318666985.png

Lee berkata keputusan itu dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-17/2021 pada 5 Mei lepas yang disahkan oleh MMKN ke-18 pada 19 Mei.

Exco Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Lee Hoy Sian.


“Jumlah keluasan HSKLU yang ingin dinyahwarta ini adalah kurang 45 peratus daripada jumlah asal yang dicadangkan iaitu berjumlah kira-kira 991.90 hektar.

“Hal ini kerana kerajaan negeri telah mengambil kira bantahan dan kepentingan biodiversiti serta kepentingan Orang Asli, justeru hanya sebahagian HSKLU yang dinyahwarta,” katanya.

Penjelasan Lee bagi menjawab soalan bertulis daripada Elizabeth Wong (PH-Bukit Lanjan), Lim Yi Wei (PH-Kampung Tunku), Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang), Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang), R Rajiv (PH-Bukit Gasing) yang ingin mengetahui berhubung penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) dan cadangan penambahan keluasan Hutan Simpan Kekal.

K'jaan ganti kawasan lain gazet HSK

Pun begitu, kata Lee Selangor meluluskan 581.48 hektar tanah di daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Hulu Langat sebagai kawasan gantian Hutan Simpan Kekal (HSK) pada Mei lalu.

Kawasan tersebut melibatkan mukim Sungai Panjang daerah Sabak Bernam seluas kira-kira 308.62 hektar: Ampang Pechah, mukim Buloh Telor daerah Hulu Selangor (208.98 hektar) dan Bukit Broga, mukim Semenyih daerah Hulu Langat seluas 63.88 hektar.

"Secara umumnya, kerajaan negeri Selangor masih dapat mengekalkan keluasan HSK di Selangor tidak kurang daripada 30 peratus.

“Setelah mengambil kira keluasan HSK yang akan dinyahwartakan dan kawasan gantian baharu, jumlah keluasan HSK adalah berjumlah kira-kira 250,255.36 hektar,” katanya.



1630318707574.png


Pada bulan Mac tahun lalu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memaklumkan dua syarikat telah mencadangkan untuk membangunkan kawasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara.

Firma tersebut ialah Titian Jutaria Sdn Bhd dan Menteri Besar Incorporated Selangor (MBI Selangor).



Pendengaran awam mengenai rancangan penghapusan pewartaan itu diadakan pada bulan September tahun lalu, yang mana ramai pihak membantah tindakan tersebut.

Hutan di Kuala Langat Utara merupakan hutan paya gambut yang jarang-jarang ditemui, berhampiran Cyberjaya dan habitat semula jadi untuk haiwan yang diancam kepupusan.

'Gunalah otak!'

Elizabeth Wong pada sidang DUN juga dengan tegas mengecam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri kerana enggan memperhatikan keputusan dewan undangan negeri Selangor pada bulan November tahun lalu untuk membatalkan rancangan penyahwartaan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara.

Pada waktu itu, DUN sebulat suara menyokong usul yang dikemukakan oleh Najwan Halimi (PH-Kota Anggerik).

Wong yang juga bekas exco alam sekitar berpendapat Selangor mempunyai tanah yang cukup untuk pembangunan dan oleh demikian negeri itu tidak boleh mengorbankan hutan simpan bagi tujuan komersial.

1630318734119.png


Gambar fail, Wong pada sesi pendengaran awam nyah warta HSK Kuala Langat.


"Kita boleh pertimbangkan (membangunkan tanah) jika ia demi kepentingan orang ramai. Tapi bukan untuk ketamakan dan keuntungan pihak swasta.

"Saya nak tanya YB Kajang (Lee), siapa akan ambil milik tanah tersebut. Apa nama syarikat itu? Siapa pemilik tersebut?

"Saya rasa dewan ini perlu jawapan yang lebih kukuh dan teliti daripada kerajaan negeri Selangor.

"Kita bukan macam negeri-negeri lain, senang beri tanah untuk balak. Senang beri tanah untuk pihak swasta bangunkan apa-apa.

"Saya amat kesal. Amat kecewa dengan kerajaan negeri Selangor. Kamu ada keupayaan, kamu ada otak tetapi tidak menggunakan ke tahap kapasiti penuh," bidasnya.

Usul Najwan tak mengikat

Sebagai jawapannya, Lee menjelaskan usul Najwan tidak mempunyai kesan yang mengikat pada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Usul daripada individu di kalangan ahli-ahli Yang Berhormat, adalah satu usul yang menjadi panduan kepada kita ia bukan mengikat keputusan MMKN.

"MMKN boleh membuat keputusan," katanya.

Jelasnya lagi, keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh majlis mesyuarat Kerajaan Selangor.

Mengenai hujah Wong, bahawa tindakan kerajaan negeri salah dalam mengeluarkan hutan paya gambut yang jarang-jarang ditemui itu sebagai hutan simpan, Lee berpendapat "hutan gantian" di Sungai Panjang juga merupakan kawasan paya gambut.

Katanya, seorang perunding telah menasihatkan kerajaan negeri bahawa kepelbagaian bio dalam hutan simpan "gantian" hampir sama dengan hutan simpan Kuala Langat.

Mengenai identiti pemaju, Lee mendedahkan bahawa Gabungan Indah Sdn Bhd akan membangunkan kawasan seluas 494.7 hektar di hutan yang telah dinyahwartakan status perlindungan alam sekitarnya itu.

Gabungan Indah dimiliki sepenuhnya oleh Venturescape Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh Perdana Parkcity - pemaju Desa Parkcity di Kuala Lumpur

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1

Perak to receive Covid-19 vaccine doses from Selangor, says MB​


  • Monday, 30 Aug 2021
    5:25 PM MYT
1630321131672.png


IPOH: The Perak government has requested to borrow vaccine doses from Selangor, says Datuk Saarani Mohamad.

The Perak Mentri Besar said the state had also guaranteed to “pay back” the doses to Selangor once they receive their supply from the Federal government.


"Perak ranks among the highest states when it comes to vaccine utilisation, which is between 89% and 95%.

"To date we have received over two million doses of four different types of vaccines.


"Our state Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) has worked hard to increase the vaccine supply in the state, however there has been a delay in the supply from the Federal government.

"Therefore, we welcome the announcement made by Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob that the vaccination supply for Perak would be increased by more than 50% by the end of September,” he said during the Perak State Assembly sitting here on Monday (Aug 30).

Separately, Saarani also said that the state assembly would urge the Federal government to research vaccinating school-going children.

"In my opinion, if teachers and school administrators are vaccinated, students should also receive it as they might be a carrier to the virus,” he said when answering the question asked by Kepayang assemblyman Dr Ko Chung Sen.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,766
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,766
Reaction score
15,835
Points
2,066
Awards
1
#NSTnation #Perak has requested to tap into #Selangor's supply of #Covid19 #vaccines, Perak Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad said.

Perak turns to Selangor for more Covid-19 vaccines​



August 30, 2021 @ 6:41pm

1630323557374.png


Perak has requested to tap into Selangor’s supply of Covid-19 vaccines, Perak Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad said. -BERNAMA pic


IPOH: Perak has requested to tap into Selangor's supply of Covid-19 vaccines, Perak Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad said today.

"The state secretary (Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim) has submitted an official letter to the Selangor government on the matter to allow us to access their vaccines on a loan basis. We will 'pay' them back once we receive our vaccine stocks from the federal government," he said.

The Kota Tampan assemblyman was responding to a question from Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PH- Sungai Rapat) during his winding-up speech at the state assembly sitting here.

Without divulging the amount of vaccines that would be borrowed, Saarani said he hoped the Selangor government would approve the matter so that more people in the state could get their jabs.

"This is one of the measures taken to address the issue of late arrival of vaccine supplies to Perak. We need to borrow from Selangor because the state has bought a number of vaccines, but they have no place to store them.


"Once we have got ours, we will give them (Selangor) back. It is not about not enough supply of vaccines, but the vaccine arrival schedule is facing a slight delay.

"The onus is on the supplier as to when the vaccines will arrive. Should the supplier deliver the vaccines late, we will experience a slight delay in getting them. We believe the Selangor government will help us on this matter," he said.

Saarani added that Perak had received 2,383,460 doses of vaccines of various brands, comprising Comirnaty from Pfizer-BioNTech (1,279,376 doses); Sinovac (1,007,264); AstraZeneca (94,820), and CanSino (2,000) as of Aug 28.

"Perak is one of the states that has achieved a high percentage utilisation rate of vaccine stocks, ranging between 89 per cent and 95 per cent," he said.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register