BTC USD 56,677.3 Gold USD 1,765.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SIDANG DEWAN NEGERI 2021

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906

Perlis capai imuniti kelompok Oktober

Ogos 26, 2021 @ 1:54pm


1629960529035.png


Sidang DUN Perlis, hari ini dimaklumkan imuniti kelompok akan dicapai Oktober depan. - Foto NSTP/AIZAT SHARIF

KANGAR: Perlis akan mencapai imuniti kelompok pada Oktober ini jika bekalan vaksin COVID-19 tiba mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Kesihatan negeri, Teh Chai Aan, berkata sehingga 11 Ogos lalu, seramai 89,904 atau 35.1 peratus individu di Perlis sudah lengkap menerima dua suntikan dos vaksin COVID-19.
Katanya, seramai 127,340 atau 50 peratus rakyat Perlis daripada keseluruhan 254,900 orang pula sudah menerima suntikan sekurang-kurangnya satu dos.

"Peratusan pendaftaran vaksin bagi populasi 18 tahun ke atas sebanyak 87.8 peratus.

"Selain itu, peratusan bagi populasi berusia 60 tahun ke atas pada kadar 88.9 peratus," katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14, hari ini.


Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri, Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang), Asrun Nizan Abd Jalil (PKR-Sena) dan Nor Azam Karap (PKR-Kuala Perlis).

Mereka bertanya jumlah rakyat Perlis yang sudah menerima vaksin serta jangkaan tempoh bagi Perlis untuk mencapai imuniti berkelompok, semasa sesi soalan lisan.

perlis-capai-imuniti-kelompok-oktober
"Penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas dianggarkan 181,200 atau 70.3 peratus sudah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19, manakala 49.3 peratus pula sudah lengkap menerima dua dua dos vaksin.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
Kerja-kerja pembinaan melibatkan kerja tanah, letupan batu, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun dan lain lain sedang dijalankan di jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu.
https://www.utusan.com.my/.../pembinaan-seksyen-11-wce.../

Pembinaan Seksyen 11 WCE lewat​

WCE.jpg
MOHD. Zolkafly Harun ketika sesi soalan lisan pada sidang DUN di Ipoh hari ini. - IHSAN URUSETIA DEWAN NEGERI PERAK

  • 26 Ogos 2021, 11:05 am



IPOH: Pembinaan Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Beruas hingga ke Persimpangan Taiping Selatan mengalami kelewatan daripada masa yang diperuntukan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, sehingga 25 Julai lalu, peratusan kemajuan sebenar kerja pembinaan di Seksyen 11 adalah 51.55 peratus berbanding jadual sepatutnya iaitu 99.30 peratus.

Menurut Mohd. Zolkafly, kerja-kerja pembinaan melibatkan kerja tanah, letupan batu, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun dan lain lain sedang dijalankan di jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu.

“Walaupun kerja-kerja pembinaan dibenar untuk diteruskan, tetapi terdapat kekangan besar terhadap bekalan bahan binaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong, Jamilah Zakaria pada Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini hari ini.

Mohd. Zolkafly berkata, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) punca utama kelewatan pembinaan di Seksyen 11 adalah disebabkan prestasi kontraktor utama yang tidak memuaskan.

“Bagi menangani isu tersebut, pihak syarikat konsesi iaitu West Coast Expressway Sdn. Bhd. melalui kontraktor EPC telah mengambil alih kerja pembinaan di seksyen tersebut bagi menyiapkan baki kerja pembinaan.

“Kerajaan negeri juga diberi taklimat berkenaan isu ini dan pihak LLM memberi komitmen untuk menyiapkan baki-baki kerja projek ini iaitu 48 peratus lagi mengikut garis masa baharu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2024,” katanya. – UTUSAN ONLINE


 

puyol

CG Top Poster Club
Messages
25,316
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,316
Reaction score
2,816
Points
201
Kerja-kerja pembinaan melibatkan kerja tanah, letupan batu, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun dan lain lain sedang dijalankan di jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu.
https://www.utusan.com.my/.../pembinaan-seksyen-11-wce.../

Pembinaan Seksyen 11 WCE lewat​

WCE.jpg
MOHD. Zolkafly Harun ketika sesi soalan lisan pada sidang DUN di Ipoh hari ini. - IHSAN URUSETIA DEWAN NEGERI PERAK

  • 26 Ogos 2021, 11:05 am



IPOH: Pembinaan Seksyen 11 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Beruas hingga ke Persimpangan Taiping Selatan mengalami kelewatan daripada masa yang diperuntukan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, sehingga 25 Julai lalu, peratusan kemajuan sebenar kerja pembinaan di Seksyen 11 adalah 51.55 peratus berbanding jadual sepatutnya iaitu 99.30 peratus.

Menurut Mohd. Zolkafly, kerja-kerja pembinaan melibatkan kerja tanah, letupan batu, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun dan lain lain sedang dijalankan di jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu.

“Walaupun kerja-kerja pembinaan dibenar untuk diteruskan, tetapi terdapat kekangan besar terhadap bekalan bahan binaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Trong, Jamilah Zakaria pada Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini hari ini.

Mohd. Zolkafly berkata, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) punca utama kelewatan pembinaan di Seksyen 11 adalah disebabkan prestasi kontraktor utama yang tidak memuaskan.

“Bagi menangani isu tersebut, pihak syarikat konsesi iaitu West Coast Expressway Sdn. Bhd. melalui kontraktor EPC telah mengambil alih kerja pembinaan di seksyen tersebut bagi menyiapkan baki kerja pembinaan.

“Kerajaan negeri juga diberi taklimat berkenaan isu ini dan pihak LLM memberi komitmen untuk menyiapkan baki-baki kerja projek ini iaitu 48 peratus lagi mengikut garis masa baharu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2024,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Slow WCE seksyen ni. Kenapa tak lalu Pantai Remis terus? Tak payah nak lalu kawasan berbukit area Beruas-Trong tu.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
"Saya susah hati kerana isu yang berkaitan kesihatan dan vaksin dijawab oleh Menteri Besar sedangkan ia adalah tugas utama beliau sebagai Exco kesihatan."
https://www.utusan.com.my/.../pembangkang-persoal.../


Pembangkang persoal kredibiliti Exco kesihatan​

KAR-HING.jpg


TAN KAR HING

  • 26 Ogos 2021, 4:47 pm



IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini ‘panas’ apabila Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin dikecam kerana didakwa lemah menjalankan peranannya dalam menangani isu berkaitan pandemik Covid-19.


Pasa sesi perbahasan oleh Tan Kar Hing (PKR-Simpang Pulai), kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama itu bukan sahaja dipertikai, malah jawatan Exco bagi portfolio kesihatan juga disifatkan wajar disandang ADUN kerajaan lain yang lebih layak.

“Sejak 14 hari yang lalu, kes jangkitan Covid-19 semakin tinggi dengan jumlah kematian dan mereka yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga meningkat selain proses vaksinasi yang lambat.

“Saya mahu bertanya kepada Exco kesihatan, apa peranan beliau dalam menangani kes Covid-19 dan usaha yang dilakukannya. Saya minta pencerahan beliau semasa penggulungan.

“Saya susah hati kerana isu yang berkaitan kesihatan dan vaksin dijawab oleh Menteri Besar sedangkan ia adalah tugas utama beliau sebagai Exco kesihatan,” katanya dalam sesi perbahasan pada Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini hari ini.

Kar Hing berkata, penglibatan aktif Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dalam sebarang program berkaitan kesihatan dan vaksinasi juga dilihat lebih menonjol berbanding Mohd. Akmal selaku Exco kesihatan.

“PKPD di Meru, Menteri Besar (MB) turun, program Pikas MB turun, SilverVax dan mobile outreach juga MB turun.

“Rumusan saya, Exco kesihatan lagi sibuk daripada MB. Bagaimanapun, saya amat hargai usaha MB tetapi kasihanlah beliau jika lawan pandemik Covid-19 pun MB, isu GLC pun MB dan program vaksinasi pun MB.

“Jika Exco kesihatan tidak berminat dengan bidang ini, saya bagi cadangan untuk buat rombakan. Berilah ADUN dalam kalangan kerajaan yang lebih layak contohnya ADUN Temenggor dan Bukit Chandan,” katanya.

Menurut Kar Hing, kerajaan negeri juga diminta mewujudkan jawatan kuasa pilihan khas bagi kesihatan atau komuniti merangkumi penglibatan semua ADUN bagi menyalurkan idea dan membantu Exco kesihatan menjalankan tugas dengan lebih baik dan efektif.

“Kita minta Exco kesihatan turun padang, jangan biarkan MB sahaja turun padang. Tolong bantu beliau dan kami ADUN-ADUN baik kerajaan mahupun pembangkang sanggup bantu kerajaan negeri melawan pandemik Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/nasional/...13472bE0HZ9MyOhughCoOnkb1gPHCRF9XGuXxiAnzaETI
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
DUN SELANGOR | Projek Lebuhraya PJD Link Diluluskan, Guna Kaedah BOT

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju agar pelaksanaan Projek Lebuh Raya PJD Link diteruskan namun dengan kaedah bina kendali bina, atau BOT.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
DUN SELANGOR | Unit Belia Ekonomi Selangor Bantu Golongan Terjejas Pendapatan

Satu unit khas untuk membantu golongan belia menambah pendapatan akan diwujudkan kerajaan negeri selangor bagi mengatasi isu pendapatan yang terjejas ketika pandemik COVID-19.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata, unit ekonomi belia atau UEB akan mempunyai fungsi tertentu dalam mendekati golongan itu.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
1629987313190.png


Perlis lantik dua pemimpin Umno sebagai senator​

Diterbitkan 26 Aug 2021, 8:13 pm



Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini menerima cadangan pelantikan dua Ahli Dewan Negara baharu yang dikemukakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Mereka ialah Setiausaha Umno Bahagian Padang Besar Aziz Ariffin, 68, dan Setiausaha Umno Bahagian Arau, Seruandi Saad, 54 yang juga pegawai khas kepada Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kedua-dua mereka akan dilantik sebagai senator bagi tempoh tiga tahun sehingga 2024.

Aziz menggantikan Kamaruddin Abdun manakala Seruandi menggantikan Sabani Ahmad yang kedua-duanya tamat tempoh jawatan Senator pada 25 Julai lepas.

Cadangan pelantikan Aziz disokong oleh Ruzaini Rais (BN-Beseri) sementara cadangan pelantikan Seruandi disokong oleh Rozieana Ahmad (BN-Pauh) dan dewan sebulat suara menyokong cadangan tersebut.

Aziz yang turut bergiat aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) merupakan ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Perlis sejak 2014, manakala Seruandi adalah Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Negeri Perlis dan ahli Majlis Perbandaran Kangar.
- Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
Lantikan itu boleh dilakukan secara berkadaran memandangkan kedudukan pembahagian yang diperuntukkan ketika ini tidak begitu memadai. - Aziz Bari

Tambah lantikan pembangkang dalam GLC, PBT

26 Ogos 2021


1629989923325.png

Aziz Bari pada sesi perbahasan Persidangan DUN Perak ke-14 di sini pada Khamis.


IPOH - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan agar keanggotaan ahli pembangkang dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ditambah.

Beliau berkata, lantikan itu boleh dilakukan secara berkadaran memandangkan kedudukan pembahagian yang diperuntukkan ketika ini tidak begitu memadai.
Menurutnya, perkara itu perlu diberi perhatian sewajarnya selari dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menyokong budaya politik baharu dalam pentadbiran negeri.

"Meskipun ada yang berhujah PBT ini tidak banyak bidang kuasa, tetapi saya fikir ada perkara boleh diperhatikan melalui lantikan ini antaranya bagi mengurangkan gejala rasuah.

"Begitu juga dengan pelantikan penting dalam kerajaan dan GLC supaya pentadbirannya nanti dilihat lebih telus kerana apa yang berlaku ketika ini, sebahagian lantikan dilakukan secara peribadi oleh pimpinan atasan kerajaan, budaya ini seharusnya dikurangkan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Persidangan DUN Perak ke-14 di sini pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi dari DAP itu berkata, perkembangan politik yang berlaku di peringkat negeri dan Pusat ketika ini telah banyak mengubah landskap tadbir kelola pentadbiran.

Katanya, impak paling ketara apabila politik tidak lagi dilihat sebagai persaingan atau pertembungan yang panas sebaliknya ruang untuk memastikan rakyat mendapat manfaat.




"Seperti di Perak, kita bukan nak minta jadikan sebuah kerajaan perpaduan, cukuplah teruskan format yang ada, tetapi dengan cara lebih berkhemah. Ini yang rakyat mahu lihat," katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...0Nu35SauMLPVxjg9mom9LybJbLZBzpdJu8UeK_eGGTcoc
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376
DUN SELANGOR | Ahli Politik Tidak Lagi Diberi Tauliah Mengajar Agama

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan tiada lagi ahli politik di Selangor akan diberi tauliah untuk mengajar agama Islam di masjid dan surau negeri itu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906

ADUN Selangor dapat peruntukan RM200,000, tambahan RM50,000​

AMIRUDIN-SHARI-4-re.jpg


AMIRUDIN SHARI

  • 26 Ogos 2021, 6:32 pm


SHAH ALAM: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menerima sejumlah peruntukan tahunan iaitu sebanyak RM200,000 sama seperti tahun lalu.

Malah bagi tujuan membantu rakyat menghadapi pandemik Covid-19, sejumlah RM50,000 peruntukan tambahan diberikan yang sebelum ini digunakan dalam penganjuran program berkaitan rakyat seperti hari perayaan, majlis dan sebagainya.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pemberian peruntukan itu adalah sama tanpa mengira sama ada ADUN itu berada di pihak kerajaan negeri ataupun pembangkang.

katanya, bagi tujuan membantu rakyat, terdapat peruntukan lain disalurkan untuk program bakul makanan dan sebagainya yang diberikan kepada semua wakil rakyat dan pemimpin tempatan.

“(Selain peruntukan tersebut), kerajaan negeri telah memperuntukkan RM10.03 juta sehingga 16 Ogos ini untuk program bakul makanan kepada semua ADUN, Ahli Parlimen negeri dan Majlis Perundingan Ketua Kampung (MPKK).

“Manakala dalam peruntukan program bakul makanan yang berasingan, kerajaan negeri turut membelanjakan sebanyak RM2.3 juta kepada kumpulan Orang Asli, pemandu bas sekolah dan teksi, penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR), pemandu lori dan krew pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM), petani, peternak, nelayan dan pengusaha asas tani,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, di sini hari ini menjawab soalan yang diberikan ADUN Semenyih, Zakaria Hanafi berhubung isu peruntukan ADUN Pembangkang.

Selain itu, beliau turut menjawab soalan tambahan diberikan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping mengenai peruntukan tambahan dan Amirudin memaklumkan kerajaan negeri merancang untuk melaksanakannya.

“Namun, kita kembali kepada format asal kerana ada permintaan daripada (beberapa ADUN).

“Selain itu, tidak banyak program yang boleh dibuat ketika pandemik Covid-19 seperti keraian hari perayaan, majlis untuk rakyat dan sebagainya. Jadi, kita kekal untuk beri peruntukan tambahan RM50,000 sahaja,” katanya. – UTUSAN


adun-selangor-dapat-peruntukan-rm200000-tambahan-rm50000
 
Sponsored Post
Top
Log in Register