BTC USD 32,522.9 Gold USD 1,783.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Sibuk Isu Najib .. Apa dah jadi dengan 10 JANJI 100 Hari Capati?

Adakah Pakatan Harapan akan tunai janji dalam 100 hari?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

ayiem676

Active+ Member
Joined
May 12, 2011
Messages
3,808
Reaction score
71
Points
35
Pada pendapat anda semua.. adakalah 10 janji ini semua akan dilaksanakan dalam 100 hari..

Tun%2BM.jpg


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada warga*negara yang layak akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mengkaji se*mula meka*nisme pemberian BR1M kepada penerima sedia ada bagi memastikan hanya yang layak menerima bantuan tersebut.

“Kita sudah bersetuju akan teruskan. Tetapi kita akan kaji juga kadang-kadang ada orang yang tak sepatutnya terima BR1M tetapi terima BR1M,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.


Walau maju negara bagaimanapun Barisan Nasional ada bagi duit negara pada kita.. kalau ph?..


Tuntutan-Janji-Pakatan-Harapan-2.jpg



JANJI PERTAMA AKAN DITUNAIKAN - BERMULA 1 JUN NO MORE GST

5bd3253d27229faea422dba736d91910.jpeg





15 HARI PAKATAN MENTADBIR - JANJI KEDUA BAKAL DITUNAIKAN -
1% atau 10% FAEDAH PTPTN PERLU BAYAR ATAU DIMANSUHKAN?


xMGF22052018_Kementerian-Pendidikan-Tinggi_14-681x454.jpg.pagespeed.ic.g4Gwzs2tXX.webp


Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bercakap pada sidang media selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Zaaba Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 22 MEI 2018

PUTRAJAYA – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

Demikian kata Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik sambil menegaskan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya.

“Di peringkat pengajian tinggi, kita akan memberikan tumpuan sebab kita janji dalam 100 hari untuk meletakkan syarat kepada pembayar PTPTN iaitu mereka yang belum mencapai gaji RM4,000 mereka tak perlu membayar.

“Cuma kita perlu berhubung dengan pihak imigresen untuk menarik sekatan perjalanan mereka. Itu antara janji yang perlu kita tunaikan dan jadi keutamaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah-Terima Tugas bekas Menteri Pendidikan Tinggi kepada beliau di sini hari ini.

Manifesto PRU-14 PH tidak menawarkan pemansuhan hutang PTPTN seperti mana yang dijanjikan pada PRU-13 sebaliknya, manifesto PH tetap meneruskan PTPTN tetapi tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.

Ditanya sekiranya gaji peminjam PTPTN mencecah RM4,000 dalam masa beberapa tahun akan datang, beliau berkata, mereka dialu-alukan membuat bayaran sebagai tanda tanggungjawab.

“Tidak perlu bukan tak payah, kalau mereka nak bayar lagi bagus (gaji lebih RM4,000). Kita ingin wujudkan dalam kalangan warga Malaysia sikap bertanggungjawab.

“Bila gaji mereka sampai RM4,000 atau tak sampai mereka nak bayar pun dialu-alukan. Itulah sikap yang sepatutnya ada,” katanya.

Katanya lagi, penangguhan bayaran itu dibuat dengan mengambil kita keadaan ekonomi semasa dan tekanan rakyat terhadap kos sara hidup meningkat.

“Memandangkan keadaan ekonomi yang teruk pada hari ini, maka kita letakkan RM4,000 itu supaya bila mereka sampai tahap itu, mereka boleh membuat pembayaran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
 
Last edited:
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,879
Reaction score
1,915
Points
201
Kalau Tun, insha-allah.

Sapa rajin leh la menghitung hari.

Keke~



Najib jenis hati kering, main tala jer GST.

Tak peduli pasal rakyat.


Tun ada pengalaman jaga hati rakyat.
 
Last edited:

BRAVOZULU

Active Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
1,535
Reaction score
148
Points
33
kesungguhan kerajaan untuk melaksanakannya manifesto nampak sangat jelas dari hari pertama menguasai. Semoga tunm terus diberikan kesihatan yg baik dan berjaya membawa negara menuju era 2020 dgn bergaya hasil garapan beliau sendiri. kita tunggu dan nikmati.
 

ipinos

Active Member
Joined
Feb 10, 2014
Messages
1,554
Reaction score
30
Points
35
InsyaAllah..ini ke jawapan yg di cari cari.
 

hum

Super Active Member
Joined
Mar 9, 2009
Messages
5,486
Reaction score
97
Points
70
ph tak bagi apa2 sebab duit yg ada kene bayar hutang negara tinggalan najib
 

akecema

CG Top Poster Club
Joined
Jan 26, 2007
Messages
21,453
Reaction score
2,133
Points
206
Pada pendapat anda semua.. adakalah 10 janji ini semua akan dilaksanakan dalam 100 hari..


Walau maju negara bagaimanapun Barisan Nasional ada bagi duit negara pada kita.. kalau ph?..


Tuntutan-Janji-Pakatan-Harapan-2.jpg

10 janji ni xbyk hit kat aku kecuali GST.
subsidi minyak tu xtau bersasar ke tersasar nnt
 

SmileAlways

Super Active Member
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,807
Reaction score
457
Points
91
aku penerima br1m. takkan dah x dpt brim kita nak melenting. kena faham situasi negara skrg
 

Ahmad07

Legendary Member
Joined
Aug 11, 2007
Messages
10,366
Reaction score
879
Points
161
BRIM ni ramai kritik, pribahasa klasik, beri ikan makan habis harini, beri pancing boleh survive selamanya...

tapi najib terus bagi brim sebab ia berkesan meraih undi...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register