Siasatan semula polis terhadap kes kematian Teoh Beng Hock

CG Sponsors

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,459
Reaction score
1,079
Points
151
Muhyiddin dah tak boleh kena usik ke Najib?
Nak usik buat apa dh jadi geng, mcm atuk dl mat sabu, Anwar, ngn lim brother xberani usik dh atuk walaupun dl atuk la modal depa dlm duk berpolitik
 
Sponsored Post

SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,649
Reaction score
548
Points
76
Selagi xikut skrip depa selagi tu xkn puas hati, tngk klau bangsa lain kena mcm mn depa perjuangkan bangsa melayu kena sepi tanpa berita, cuma aku tertanya2 pas xmau main kaset mamali dh ka atau dh settle semuanya sejak jadi kerajaan?
tu zaman atok jadi PM ke 4 musa hitam jd TPM.

kes forex 30 billion pun PH blh buat tak tahu nila atok ada dlm PH.
 
Megat Al Fateh

Fun Poster
Joined
May 6, 2019
Messages
964
Reaction score
436
Points
41
aku mmg kesian dgn mendiang TBH ni.. tp masalahya skrg org politik buat cerita dia ni jadi modal.. dah terlalu lama..

konon nak tuntut bela.. lepas tu kaitkan dgn org yg takde kena mengena.. mmg sampai kesudah lah tak selesai beb
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,965
Reaction score
21,122
Points
1,671
Siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock diteruskan

Siasatan semula terhadap kematian pembantu politik Teoh Beng Hock masih berterusan setelah kertas siasatan disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 24 Februari tahun ini.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 24 Feb 200 dan pihak PDRM diminta untuk meneruskan siasatan dan mengemukakan kembali kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara setelah siasatan lengkap dijalankan," kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dalam jawapan bertulis parlimen pada 29 Julai.

Hamzah menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mengenai status siasatan semula kematian Teoh.

Teoh, pembantu politik Adun Seri Kembangan DAP ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati setelah jatuh dari tingkat sembilan ibu pejabat SPRM di Shah Alam, tempat Teoh ditahan semalaman untuk disoal siasat mengenai kes majikannya pada 16 Julai 2009.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Teoh meninggal dunia akibat jatuh yang mungkin disebabkan oleh tindakan melanggar undang-undang orang yang tidak diketahui, termasuk pegawai SPRM.

Mahkamah juga memerintahkan polis untuk menyiasat kematian tersebut.

Bagaimanapun, AGC tidak menemui unsur jenayah dalam kematiannya.

Pakatan Harapan telah berjanji untuk menyiasat semula kes Teoh ketika mereka mentadbir kerjaan pada 2018.

Bagaimanapun, polis mendapat banyak kritikan kerana menyiasat kes itu tahun lalu di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan bagi menangani kesalahan mengurung secara salah.

a39e1108ebf883e475d01bd0fa5d8882.jpg
 
pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
2,737
Reaction score
713
Points
81

View attachment 265856
Bukan beng hock ni mati kat pejabat sprm, kenapa polis pula salah mengurung secara salah?
 
apodio

Fun Poster
Joined
Sep 17, 2014
Messages
442
Reaction score
38
Points
30
Maafkan saya bertanya. Ada teori kan yg dia habiskan nyawa sendiri sbb taknak terbongkarkan salah laku bos nya?
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,394
Reaction score
1,876
Points
201
Bukan beng hock ni mati kat pejabat sprm, kenapa polis pula salah mengurung secara salah?
Beng Hock ni saksi yg di siasat oleh SPRM di jumpai mati di bangunan SPRM

Mati selepas di siasat polis/sprm/bdn kerajaan/dlm penjara etc

satu isu yg besar

kene ikut masuk court kalau nak paham
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,727
Reaction score
3,776
Points
236
Polis Buka Semula Kertas Siasatan Kematian Teoh Beng Hock

25.11.2020 - Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kertas siasatan berhubung kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009, mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah). Kementerian Dalam Negeri menerusi jawapan bertulis di laman sesawang parlimen memaklumkan kertas siasatan sebelum ini dirujuk ke Jabatan Peguam Negara pada 24 Feb lepas dan PDRM diminta untuk meneruskan siasatan.

“PDRM diminta mengemukakan kembali kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara setelah siasatan lengkap dijalankan. Polis telah menjalankan rakaman percakapan ke atas 13 orang saksi dan siasatan masih berjalan,” demikian menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai status terkini kes kematian Teoh, selain meminta jumlah saksi yang telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Teoh ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan sama. Mendiang ialah setiausaha politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah yang ketika itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor.

Pada 18 Nov tahun lepas, PDRM menubuhkan pasukan siasatan khas melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor dan Bukit Aman bagi menyiasat kes kematian Teoh susulan arahan Peguam Negara pada 16 Julai 2019 supaya kes yang sebelum ini diklasifikasi sebagai mati mengejut itu disiasat semula di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552447
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,731
Reaction score
11,619
Points
1,906
1606411711883.png

Badan Peguam gesa kematian Teoh disiasat bawah kesalahan serius
Diterbitkan 26 Nov 2020, 9:48 pm

Badan Peguam Malaysia tidak bersetuju dengan keputusan pihak polis membuka semula siasatan mengenai kematian Teoh Beng Hock di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan salah).
Dalam satu kenyataan malam ini, presidennya Salim Bashir menggesa pihak berkuasa menyiasat kes tersebut di bawah kesalahan yang lebih serius berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan September 2014.

"Panel tiga anggota memutuskan bahawa kematian Teoh disebabkan oleh banyak kecederaan akibat jatuh dari tingkat 14 disebabkan atau dipercepat oleh tindakan tidak sah oleh individu yang tidak dikenali, yang mungkin termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat Teoh.

"Kami berharap berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan dan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kematian Teoh, AGC dapat mempertimbangkan untuk mengklasifikasikan semula kes itu dan menyiasatnya dengan kesalahan yang lebih serius," katanya.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan di parlimen berkata polis telah membuka semula siasatan mengenai kematian Teoh, yang ditemui mati 11 tahun yang lalu, di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan.
Kementerian itu Dalam Negeri memaklumkan kertas siasatan sebelum ini telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 24 Feb dan polis diberitahu untuk meneruskan siasatan.

“PDRM diminta mengemukakan kembali kertas siasatan ke pejabat Peguam Negara setelah siasatan lengkap dijalankan.

“Polis telah menjalankan rakaman percakapan ke atas 13 orang saksi dan siasatan masih berjalan,” kata kementerian itu dipetik Bernama.
Teoh ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, setelah ditemubual oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.
Teoh ketika itu adalah setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga Adun Seri Kembangan.

Pada 18 Nov tahun lalu, PDRM menubuhkan pasukan siasatan khas yang melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Bukit Aman, untuk menyiasat semula kes itu berikutan arahan daripada AGC pada 16 Julai 2019.

Kes tersebut sebelum ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sementara itu, Badan Peguam juga meminta agar siasatan dilakukan terhadap semua kes yang melibatkan kematian dalam tahanan serta kes kematian yang mencurigakan.
"Badan Peguam Malaysia pada Oktober 2020 menyerahkan draf RUU kepada AGC mengenai penubuhan mahkamah koroner bebas.
"Setiap kali berlaku kematian dalam tahanan, hal itu menimbulkan pertanyaan dan menimbulkan minat masyarakat, yang tentunya menarik perhatian media,"kata Salim.

Sponsored Post
Top
Log in Register