Siasatan semula polis terhadap kes kematian Teoh Beng Hock

CG Sponsors

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,727
Reaction score
3,776
Points
236
Muhyiddin Ketika Dalam PH Tiada Hasrat Mahu Siasat Semula Kes Teoh

19.07.2020 - Kuala Lumpur, Menteri dalam negeri ketika era pentadbiran PH, Muhyiddin Yassin tidak pernah menyimpan hasrat untuk menyiasat semula kematian pembantu politik Teoh Beng Hock walaupun terdapat keputusan oleh kabinet, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Lim selanjutnya berkata beliau telah melakukan tindakan susulan berhubung kes tersebut dengan Muhyiddin ketika PH menjadi kerajaan tetapi akhirnya tidak membuahkan hasil.

Beliau berkata sekarang beliau tahu alasan di sebalik perkara itu selepas Langkah Sheraton, apabila Muhyiddin berpaling tadah dengan membawa Bersatu keluar dari PH dan akhirnya menjadi perdana menteri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional.

"Walaupun ini keputusan kabinet (PH), hal itu menjadi tanggung jawab Kementerian Dalam Negeri untuk melaksanakannya. Pada masa itu, beliau (Muhyiddin) sangat ramah dengan kami dan mengajak saya ke rumahnya beberapa kali untuk bersarapan pagi.

"Semasa sarapan, saya memaklumkannya mengenai kes itu. Sehinggalah sekarang, kami dapat tahu kenapa (kes itu) tiada perkembangan lanjut. Ada komplot besar di sebaliknya,” kata Lim dalam ucapannya pada majlis ulang tahun ke-11 memperingati Teoh di Semenyih.

Lim juga berkata Muhyiddin mencapai kedudukannya sekarang dengan mengkhianati rakan-rakannya. Walaupun DAP tidak lagi berkuasa, Lim memberi jaminan parti itu tidak akan pernah berputus asa berjuang untuk Teoh. Teoh, ketika itu pembantu politik kepada Adun Seri Kembangan DAP, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati setelah jatuh dari tingkat sembilan di bangunan ibu pejabat SPRM di Shah Alam.

Pada 16 Julai 2009, Teoh ditahan semalaman untuk disoal siasat mengenai kes bosnya. Mahkamah Rayuan memutuskan pada tahun 2014, bahawa dia meninggal dunia akibat jatuh yang mungkin dipercepat oleh tindakan tidak sah orang yang tidak diketahui, termasuk oleh pegawai SPRM. Mahkamah juga memerintahkan polis untuk menyiasat kematian tersebut. Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara tidak menemui unsur jenayah dalam kematiannya.

PH telah berjanji untuk menyiasat semula kes Teoh apabila berjaya menguasai Putrajaya pada 2018. Bagaimanapun, polis menerima banyak kritikan apabila menyiasat kes itu tahun lalu di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan berkaitan mengurung.

AG diminta maklum perkembangan kes

Peguam Ram Karpal Singh, yang mewakili keluarga Teoh, berkata beliau akan menulis surat kepada Peguam Negara Idrus Harun dalam masa dua minggu untuk meminta perkembangan kes itu. Ahli Parlimen Bukit Gelugor DAP itu berkata polis telah menubuhkan pasukan petugas khas pada Jun 2019 untuk membuka semula kes itu dan telah merakam kenyataan sekitar 10 orang termasuk adik perempuan Teoh, Lee Lan.

Oleh itu, Ram Karpal percaya Peguam Negara sekarang sepatutnya telah mempunyai hasil siasatan selepas setahun siasatan dijalankan.

"Matlamat kami sekarang adalah untuk memastikan beliau membuat keputusan yang tepat dari segi siapa yang akan dikenakan pertuduhan dan di bawah peruntukan undang-undang apa. Ia tidak boleh di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” kata Ram pada sidang media selepas majlis peringatan.

Penantian 11 tahun

Semasa upacara peringatan, Lee Lan turut mengingatkan DAP untuk belajar dari pengalaman lalu ketika menjadi kerajaan dan jika kembali berkuasa DAP perlu segera mendapatkan keadilan untuk abangnya.

"Sekiranya anda kembali berkuasa, jangan lupa keluarga Teoh yang telah menanti selama 11 tahun," katanya.

Tahun lalu, ketika ulang tahun ke-10 majlis memperingati Teoh, adik perempuannya itu menzahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan PH, menggesa supaya mereka berhenti bercakap dan bertindak segera.

Lebih seratus orang hadir majlis peringatan hari ini di Nirvana Memerorial Park di Semenyih, termasuk ibu bapa, isteri, dan anak lelaki Teoh yang berusia sepuluh tahun.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/535158
 
Sponsored Post

Duan82

Super Active Member
Joined
Dec 9, 2011
Messages
5,952
Reaction score
744
Points
121
Duit sudah rembat, lepas habis...bunyi lagi. Zaman PH..bukan dah selesai kaa?
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,965
Reaction score
21,122
Points
1,671
Najib Razak
3h ·

Skill tai-chi Guan Eng memang tinggi.

Selepas dia dikecam masyarakat Cina dan keluarga mendiang Teoh Beng Hock kenapa PH tak buat apa-apa untuk siasat kes kematian Teoh sepanjang masa PH jadi kerajaan seperti dijanji DAP sebelum PRU14, Guan Eng tiba-tiba tai-chi kepada PM8 dan langkah Sheraton pulak.

Hey boss.

Peguam Negara Tommy Thomas, korang yang lantik.

Latheefa Beebi Koya , korang yang lantik ketua SPRM.

Ketua Polis Negara juga korang yang lantik.

Tiba-tiba salah PM8 pula.

Internet tak lupa, Guan Eng.

Pada Julai 2019, ahli parlimen DAP Ramkarpal Singh yang marah Tommy Thomas kenapa Tommy tak klasifikasikan kes Teoh sebagai pembunuhan.

"17 Julai 2019: Masih belum cukup bukti, kata Tommy Thomas tentang kes Teoh Beng Hock"

Ramkarpal sendiri kata sudah cukup bukti.

Jika cukup bukti pada bulan Julai 2019, siapa kah yang salah kerana tidak mengklasifikasikan kes kematian Teoh sebagai pembunuhan dan tidak mendakwa pembunuh?

Siapa Peguam Negara pada Julai 2019?

Guan Eng, ko kenal Tommy, tak?

Dia kawan siapa? Dulu dia peguam siapa?

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,395
Reaction score
1,876
Points
201
Takkan LGE tak mau tolong cina Teoh
 
SMI6

Active+ Member
Joined
Jan 3, 2016
Messages
2,649
Reaction score
548
Points
76
mendiang teoh ni dah buat siasatan diraja apa lagi diorg nak sebenarnya?

teringat SD Azilah dulu, pung pang pung pang bercerita. sudah senyap kah?

dah cakap benda tu mustahil nak buat org PH semua blh...blh kene tipu kah kah kah.
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,459
Reaction score
1,079
Points
151
mendiang teoh ni dah buat siasatan diraja apa lagi diorg nak sebenarnya?

teringat SD Azilah dulu, pung pang pung pang bercerita. sudah senyap kah?

dah cakap benda tu mustahil nak buat org PH semua blh...blh kene tipu kah kah kah.
Selagi xikut skrip depa selagi tu xkn puas hati, tngk klau bangsa lain kena mcm mn depa perjuangkan bangsa melayu kena sepi tanpa berita, cuma aku tertanya2 pas xmau main kaset mamali dh ka atau dh settle semuanya sejak jadi kerajaan?
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,040
Reaction score
819

yang tu leh tanye Atok
 
stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,040
Reaction score
819
Points
121
Atok bkn kerajaan dh Lanie, abah plk jadi kerajaan hahaha
abah pegang kerajaan baru berapa bulan. Atok tu dari PM 4 lagi. Orang kata, kena tanya orang lama sebab orang lama lebih makan garam dari orang muda.
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,398
Reaction score
2,141
Points
201
Najib Razak
3h ·

Skill tai-chi Guan Eng memang tinggi.

Selepas dia dikecam masyarakat Cina dan keluarga mendiang Teoh Beng Hock kenapa PH tak buat apa-apa untuk siasat kes kematian Teoh sepanjang masa PH jadi kerajaan seperti dijanji DAP sebelum PRU14, Guan Eng tiba-tiba tai-chi kepada PM8 dan langkah Sheraton pulak.

Hey boss.

Peguam Negara Tommy Thomas, korang yang lantik.

Latheefa Beebi Koya , korang yang lantik ketua SPRM.

Ketua Polis Negara juga korang yang lantik.

Tiba-tiba salah PM8 pula.

Internet tak lupa, Guan Eng.

Pada Julai 2019, ahli parlimen DAP Ramkarpal Singh yang marah Tommy Thomas kenapa Tommy tak klasifikasikan kes Teoh sebagai pembunuhan.

"17 Julai 2019: Masih belum cukup bukti, kata Tommy Thomas tentang kes Teoh Beng Hock"

Ramkarpal sendiri kata sudah cukup bukti.

Jika cukup bukti pada bulan Julai 2019, siapa kah yang salah kerana tidak mengklasifikasikan kes kematian Teoh sebagai pembunuhan dan tidak mendakwa pembunuh?

Siapa Peguam Negara pada Julai 2019?

Guan Eng, ko kenal Tommy, tak?

Dia kawan siapa? Dulu dia peguam siapa?

Muhyiddin dah tak boleh kena usik ke Najib?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register