BTC USD 61,017.1 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasat ahli politik terlibat cadangan bina kuil atas tapak masjid

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
19,255
Reaction score
2,882
Points
201
Siasat ahli politik terlibat cadangan bina kuil atas tapak masjid

20 September 2021
MGF08082020_PC-NGO-ISLAM03
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya foto HAZROL ZAINAL.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat sekiranya terdapat campur tangan politik berhubung bantahan cadangan pembinaan kuil atas tapak pembinaan masjid yang dikatakan hak milik Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAHEINS).

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata, JAHEINS perlu segera memberikan penjelasan tentang status pemilikan tanah yang sebenar.

Jika benar dakwaan tanah itu milik JAHEINS, maka ada sesuatu yang tidak kena sekiranya kelulusan cadangan membina kuil itu berlaku, katanya.

“Harapnya tiadalah apa tangan-tangan politik yang mengatur di belakang tabir kerana jika diikutkan, hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sekiranya terdapat sebarang kepincangan dalam isu ini, saya harap pihak berkuasa terutamanya SPRM dan PDRM dapat menyiasat dengan segera sebelum ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

“Jika ada orang politik yang terlibat, maka seretlah segera ke muka pengadilan. Kita mahu lihat siapakah yang sanggup mempertaruhkan agama dan keharmonian masyarakat demi habuan duniawi itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Aminuddin mendakwa, Jawatankuasa Surau Taman Indah Baru berserta penduduk-penduduk Taman Indah Baru, Taman Clonee 2 dan Bandar Utama Tampin masing-masing tidak bersetuju dan telah menghantar memorandum kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan.

Memorandum bantahan itu dihantar kepada ADUN kawasan Repah S. Veerapan pada 11 September lepas.

Berdasarkan memorandum, tanah tersebut difahamkan merupakan hak milik JAHEINS. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,932
Reaction score
2,928
Points
206
Pakatan Harapan ni takda benda lain. Hal ehwal Islam semua dia nak kacau.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,306
Reaction score
15,061
Points
1,906
1632138595109.png

Bina kuil atas tapak masjid? Tiada keputusan itu, kata MB

Diterbitkan: Sep 20, 2021 6:04 PM

Kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah meluluskan penggunaan tanah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di Taman Indah Baru, Tampin, bagi pembinaan rumah ibadat bukan Islam, kata menteri besar.

Aminuddin Harun berkata dia kesal dengan pihak yang menyebarkan dakwaan itu melalui media sosial, sedangkan tiada keputusan atau kelulusan diberikan.

"Perkara ini masih di peringkat cadangan di pejabat daerah.

ADS

“Sesiapa pun boleh mengemukakan permohonan ke pejabat daerah tetapi kelulusan belum tentu lagi, malah belum ada perbincangan mengenai perkara terbabit setakat ini.

"Kita harus menggunakan kebijaksanaan dalam melakukan sesuatu perkara dan bukannya terus melenting tanpa mendapatkan fakta sebenar sehingga boleh merosakkan hubungan baik kerana negara ini ada undang-undang yang perlu kita patuhi," dia dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Takaful Tabung Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah) di kediaman rasminya di Seremban, hari ini.

Ahli Jawatankuasa Surau Taman Indah Baru dilapor menghantar memorandum kepada wakil rakyat Repah yang menyuarakan bantahan terhadap dakwaan membesarkan pembinaan kuil di tapak yang pada awalnya dicadangkan untuk masjid.

Pembela tuntut polis, SPRM siasat

Kumpulan pendesak lantang Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), awal pagi tadi berkata jawatankuasa surau serta penduduk setempat tidak bersetuju dan menghantar memorandum kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka.

“Jika benar dakwaan bahawa tanah itu milik Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, maka sesuatu yang tidak kena sekiranya kelulusan cadangan membina kuil itu berlaku.

“Harapnya tiadalah apa-apa tangan tangan politik yang mengatur di belakang tabir kerana jika diikutkan, hal ehwal agama Islam adalah di bawah bidangkuasa kerajaan negeri,” kata pengerusinya Aminuddin Yahaya.

0c802c57894749e188a7dbc7b9ebe8e4.jpg
Aminuddin Yahaya

Dia menggesa JHEAINS memberikan penjelasan berkaitan dakwaan itu serta menuntut polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya jika terdapat kepincangan.

“Jika ada orang politik yang terlibat, maka seretlah segera ke muka pengadilan.

“Kita mahu lihat siapakah yang sanggup mempertaruhkan agama dan keharmonian masyarakat demi habuan duniawi itu,” katanya.

Aminuddin juga meminta penduduk setempat membuat laporan polis dan SPRM.

“Kami akan cuba menghubungi wakil penduduk untuk menawarkan apa-apa yang boleh dibantu, jika perlu.

“Manakala, kami juga sedang cuba menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri untuk penjelasan lanjut,” katanya.

Pembela memberitahu Malaysiakini bahawa mereka akan mengadakan pertemuan dengan JHEAINS petang ini bagi mendapatkan maklumat lengkap.

Setakat laporan ini ditulis, belum ada perkembangan dimaklumkan.

JHEAINS: Kuil berhampiran, bukan dalam tapak masjid

Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Zaidi Ramli berkata, tanah kira-kira 0.6 hektar itu sudah diwartakan sebagai tapak Masjid Taman Indah Baru sejak 2011.

Katanya, memang terdapat sebuah kuil berhampiran tapak itu, namun bukan di dalam kawasan tapak masjid keseluruhannya.

"Kita (JHEAINS) memang ada cadangan untuk memajukan kawasan itu termasuk membina sebuah masjid tetapi disebabkan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perkara itu belum dapat dimulakan.

"JHEAINS juga sudah mencadangkan kepada penduduk taman berkenaan supaya menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Indah Baru.

"Pembinaannya dirancang akan dibuat menggunakan dana wakaf dan sumbangan daripada pihak swasta," dia dipetik sebagai berkata ketika dihubungi.

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,835
Reaction score
21,822
Points
1,671
Mcm mana bole sampai jd cadangan. Ada tangan saja nak cucuh api
 
harap betullah tak masuk tapak masjid.
kalau dah termasuk karang nak halau payah.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,306
Reaction score
15,061
Points
1,906

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam - PEMBELA

2m ·

𝗥𝗘𝗦𝗣𝗢𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗕 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡: 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗣𝗔 𝗜𝗦𝗨 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗜𝗭𝗔𝗕 𝗞𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠

1. PEMBELA merakamkan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun atas penjelasan mengenai isu tanah tapak masjid di Tampin yang sedang hangat diperbincangkan.

2. Namun, isu yang disentuh oleh YAB Menteri Besar hanya ‘tip of the iceberg’ tentang isu pengambilan tanah-tanah yang telah diperuntukkan kepada umat Islam secara terancang oleh YB-YB ADUN bukan Islam di bawah pentadbiran kerajaan YAB Menteri Besar.

3. Selain dari isu tanah di Tampin tersebut, terdapat beberapa isu lagi yang menunjukkan memang terdapat satu bentuk pergerakan terancang oleh beberapa orang ADUN bukan Islam untuk mengambilalih tanah yang telah diperuntukkan kepada umat Islam untuk kegunaan bukan Islam.

4. Salah satu dari isu yang sedang hangat dibangkitkan oleh media ialah perancangan untuk mengambil sebahagian dari 25 ekar tanah yang telah diperuntukkan sebagai kawasan kubur umat Islam di Lenggeng, untuk diberikan kepada penganut Hindu di kawasan tersebut. Perkara ini turut dibantah oleh penganut-penganut Islam yang merupakan 95% majoriti di kawasan itu.

5. Malah kami juga mendapati laporan daripada penduduk Islam, tanah dan bajet kewangan yang telah diperuntukkan oleh pemaju untuk membina surau di Taman Melati 1 & 2 Nilai, telah dibantah oleh ADUN bukan Islam tersebut sehingga pembinaan surau tersebut digagalkan.

6. Kami merakamkan kekecewaan di atas kegagalan ADUN-ADUN Islam yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing yang terlibat, seperti ADUN Lenggeng, yang tidak langsung cakna dengan apa yang sedang berlaku di kawasan beliau.

7. Kami ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Tindakan ADUN-ADUN PH terutamanya dari DAP ini yang mensasarkan tanah-tanah milik umat Islam ini, boleh dianggap sebagai satu tindakan yang boleh mengundang keadaan tidak tenteram di dalam hubungan antara kaum dan agama di Malaysia.

8. Amaran sudah sepatutnya dibuat oleh YAB Menteri Besar kepada ADUN-ADUN di bawah penjagaannya supaya tidak terus melakukan tindakan-tindakan provokasi yang mengganggu sensitiviti masyarakat setempat.

9. Kami mendesak YAB Menteri Besar supaya bertegas menolak tanpa kompromi, bukan menunggu perbincangan dan perundingan.

10. Rakyat terutamanya seluruh warga Negeri Sembilan mahukan tindakan dan pendirian yang tegas mengenai mana-mana tanah rizab milik umat Islam.

11. PEMBELA ingin memberi amaran serta peringatan kepada ahli-ahli politik khususnya wakil-wakil rakyat kerajaan berstatus EXCO agar tidak bertindak sesuka hati dalam hal-hal tanah dan agama Islam yang membelakangkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Ketua Agama Negeri.

12. PEMBELA turut mengucapkan terima kasih dan syabas kepada wakil-wakil dan ketua-ketua penduduk setempat yang memberikan komitmen jitu dan proaktif dalam agenda membela agama, bangsa dan tanah air dalam konteks isu ini.
Sekian, terima kasih.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
21 September 2021
#TanahRizabUmatIslamBukanMainan
Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/.../Penduduk-bantah...

1632201077239.png

1632201091258.png

1632201102710.png

1632201114737.png
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,005
Reaction score
2,745
Points
201
Tanah minang pun dah tak selamat sekarang ni.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register