Siaran Langsung Muzik - Muzik Di Tunda Ekoran Artis Positif Covid-19

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,247
Reaction score
3,651
Points
236
22.11.2020 - Kuala Lumpur, Siaran langsung Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir yang sepatutnya diadakan malam ini ditunda ekoran seorang artis yang terlibat didapati positif Covid-19. Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dalam satu kenyataan berkata, ia ditunda kepada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

STMB hari ini dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa seorang artis yang menyertai program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir yang telah berlangsung sejak 20 November hingga 21 November telah dijangkiti Covid-19 dan beliau kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

“Penyanyi terbabit yang membuat persembahan pada 20 November telah menjalani ujian saringan Covid-19 setelah mengetahui kontak rapat yang ditemuinya pada 17 November 2020 lalu didapati positif semalam. Artis tersebut terus menjalani ujian mandatori Covid-19 yang dikendalikan oleh KKM pada 21 November dan disahkan positif Covid-19 hari ini. STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan juga artis terbabit untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi langkah-langkah mengurangkan risiko kebarangjangkitan, kepada warga kerjanya dan semua yang terlibat dalam program Muzik Muzik 35 Separuh Akhir,” kata kenyataan yang sama.

Sebelum itu, selebriti Alif Satar mengumumkan beliau didapati positif Covid-19 dan kini dikuarantin di hospital . Alif sebelum itu terlibat dalam program anjuran TV3. Dalam pada itu, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard oleh KKM. STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan juga pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP yang ditetapkan oleh pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara.

“Kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini. Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan Covid-19,” katanya.

Logo_of_TV3_Malaysia.svg_.png


Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/11...-muzik-ditunda-ekoran-artis-positif-covid-19/
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,260
Reaction score
2,138
Points
206
udah-udah le tu dengan program lagho.
give it up.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,834
Reaction score
1,676
Points
151
Alif Satar sah dijangkiti Covid-19

Kuala Lumpur: Penyanyi Alif Satar yang membuat persembahan pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam, pada Jumaat lalu disahkan positif jangkitan Covid-19.

Alif berkata, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan dirinya positif Covid-19 berkenaan selepas melalui beberapa ujian saringan.

"Dalam kesibukkan saya menjalani penggambaran, saya sudah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang saya baharu saja terima hari ini menunjukkan saya didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan serta mendukacitakan.

"Perkara pertama apabila saya dapat dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak saya, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya kontak rapat yang berjumpa dengan saya," katanya dalam entri terbaharu di Instagram.

FOTO dimuat naik Alif Satar di IG, dia sah kena Covid-19. FOTO IG ALIF SATAR
FOTO dimuat naik Alif Satar di IG, dia sah kena Covid-19. FOTO IG ALIF SATAR
Menurut Alif, dia memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan mendoakan semua dijauhkan daripada sebarang kemudaratan.

"Saya telah memberi nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kontak rapat yang saya kenal pasti dalam tempoh 14 hari.

"Saya mohon maaf atas segala kesulitan ini dan saya mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT. Saya juga doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan," katanya yang kini sedang menjalani proses kuarantin di sebuah pusat perubatan.

Jumaat lalu, menerusi SFMM35 Alif membuat persembahan menerusi lagu I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,323
Reaction score
244
Points
88
Tv3 xabis2 dgn hiburan,org sibuk covid dia plk makin menjadi2 dgn pertandingan nyanyi itu ini.tah apa2.
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,663
Reaction score
256
Points
91
pada aku musim2 covid ni stesen tv x perlu la kot banyakan rancangan live hiburan mcm ni..lebihkan je la movie ke anime ke pe ke.agak x sesuai la buat program tp xde org dtg tgk mcm abph baru2 ni..ntah pe2 je ckp sorg2
 
Sponsored Post
Top
Log in Register