Siaran langsung Liga M di Astro semakin jadi kenyataan - FAM

CG Sponsors

fardly83

Active Member
Joined
Mar 6, 2009
Messages
1,683
Reaction score
100
Points
33
PETALING JAYA - Jika dilihat dari segi prinsip, syarikat siaran berbayar, Astro dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah hampir bersetuju untuk menayangkan siaran langsung Liga Malaysia musim ini.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, pihaknya sekarang ini hanya menunggu untuk menandatangani perjanjian daripada Astro yang akan dilakukan bila-bila masa sahaja.

"Perbincangan ini sudah dilakukan sejak pertengahan musim lalu dan Astro telah menunjuk minat untuk menyiarkan perlawanan siaran langsung bagi saingan Liga Super dan Liga Perdana," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, semalam.

Jelasnya, walaupun Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menjadi penyiar rasmi bagi saingan Liga Malaysia tetapi siaran langsung yang bakal ditayangkan oleh Astro tidak akan bertembung dengan menyiarkan perlawanan yang sama pada hari yang sama.

"Setakat ini belum ada sebarang bantahan daripada RTM dan kami amat memahami prinsip mereka tetapi untuk kebaikan sukan bola sepak saya rasa perkara ini tidak akan menjadi satu masalah.

"Kami hanya menunggu masa untuk menandatangani perjanjian dengan Astro dan satu sidang akhbar mengenai majlis ini akan diadakan nanti," katanya.

Kata Azzuddin, perlawanan siaran langsung yang bakal ditayangkan oleh Astro diadakan pada Jumaat, ini bermakna salah satu perlawanan Liga Super akan diadakan lebih awal sehari manakala perlawanan Liga Perdana sememangnya berlangsung pada hari Jumaat setiap minggu.

Ditanya mengenai kehadiran penonton yang pasti akan terjejas kerana sudah tahu lebih awal bahawa perlawanan hari Jumaat akan disiarkan secara langsung, Azzuddin berkata, mereka bersedia untuk berdepan dengan risiko.

"Kalau seseorang peminat itu betul-betul meminati bola sepak, mereka akan datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, siaran langsung ini memberi peluang kepada mereka yang tinggal jauh dari stadium," ujarnya.
 
Sponsored Post

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
bkn sume org de astro..pe daa

g mapley pn baik tgk epl
 
atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
sokong sangat la astro tu.
 
tok_jogho

Active+ Member
Joined
Sep 29, 2008
Messages
2,844
Reaction score
9
Points
25
apsal x bg kat tb3 ke tb9 ke tb7 pun ok...
x semua org ada astro...dan x semua amik pakej sukan tu...FAM pun dah mula nak meniaga...kalau astro amik...sket masa lagi RTM kene tendang laaa...bukan x tahu perangai astro cam yahudi..dulu EPL dan UEFA ada kat tb3 dan tb 9...skang dah jd hak eklusif lak tuk dorang....
 
aku wisau kalo ade dalam astro tu..org nyampah tgk liga M..baik tgk EPL..herge same gak :eek:
 
PAPARAZZIED

Fun Poster
Joined
Dec 22, 2009
Messages
184
Reaction score
0
Points
10
****s punya setiausaha ...
nak siar kat RTM pon dorang kena bayar
nak siar kat astro pun dorang kena bayar ..

kalau Liga M ni taraf mcm Liga J ke ..tahan la jugak
nak siar kat astro ...

yang RTM pon kedekut nak siar Liga M ...
no sponsor no siaran ...

mcm masa Malaysia lwn Viet .. ada ke mamat pengacara ke berharap
sangat kita terima kasih kat RTM ... padahal telekom malaysia
yang jadi penaja..bermaksud dia bayar kat rtm utk siar ...

aku rasa tv3 lagi "advance"..rtm ni kekampongan lagi...
maaf yaaa...
 
fardly83

Active Member
Joined
Mar 6, 2009
Messages
1,683
Reaction score
100
Points
33
tu yg bola sepak malaysia susah nak naik, sebab semua tunggu sponsor, kerajaan tutup mata.. pembelanjaan untuk memajukan bola masuk poket, pegi jalan2 kos pegi sana sini dah mencecah hampir beribu. tp nak kuar tv berkira, nak amik game best2 je. kesian la kat semua bola yg lain2. walaupun team lemah skalipun kasi la fair n square...

ntahla apa nak jadi ngan bola malaysia ni...
 
ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
****s punya setiausaha ...
nak siar kat RTM pon dorang kena bayar
nak siar kat astro pun dorang kena bayar ..

kalau Liga M ni taraf mcm Liga J ke ..tahan la jugak
nak siar kat astro ...

yang RTM pon kedekut nak siar Liga M ...
no sponsor no siaran ...

mcm masa Malaysia lwn Viet .. ada ke mamat pengacara ke berharap
sangat kita terima kasih kat RTM ... padahal telekom malaysia
yang jadi penaja..bermaksud dia bayar kat rtm utk siar ...

aku rasa tv3 lagi "advance"..rtm ni kekampongan lagi...
maaf yaaa...
tersangatlah setuju!..:)cgrock
 
nwa

Active Member
Joined
Apr 23, 2009
Messages
1,936
Reaction score
4
Points
25
FAM ni poyo je,br menang sukan sea dh strat nk belagak...dhla liga sampah,nk siar kat astro lak..kalo org yg xde astro cane?dhla epl xleh tgk,liga sampah pun xleh gak...hehe
 
kill_V

Junior Member
Joined
Mar 13, 2009
Messages
73
Reaction score
0
Points
6
apsal x bg kat tb3 ke tb9 ke tb7 pun ok...
x semua org ada astro...dan x semua amik pakej sukan tu...FAM pun dah mula nak meniaga...kalau astro amik...sket masa lagi RTM kene tendang laaa...bukan x tahu perangai astro cam yahudi..dulu EPL dan UEFA ada kat tb3 dan tb 9...skang dah jd hak eklusif lak tuk dorang....
ala kn rtm de wt saluran digital...yg 2 kn mmg de kt astro...klu pkai yg 2 org x yah nk amik package sport...lgpn tb3 nk save budget jer...bkn x nk sponser siaran epl or uefa...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register