Siapakah Orang Yang Kaya??

CG Sponsors




PendingDiraja

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
1,656
Reaction score
19
Points
25
cuma menyampaikan..sorry kalau tread ni dah ada..

Siapakah ?


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
 
Last edited:
Sponsored Post

muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
“Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?”

Jawab Nabi S.A.W.: “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.” [al-hadith]
 

muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
"Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?”

Jawab Rasulullah S.A.W.:

“Orang yang lebih baik di kalangan orang yang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”
 

muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
Mati itu pasti, cuma kehidupan kita selepas mati itu yang belum pasti. Oleh kerana itulah pentingnya seorang individu Muslim sentiasa memuhasabah diri dalam meniti kehidupan seharian agar penamat kepada kehidupan kita di dunia ini merupakan suatu permulaan yang baik di akhirat kelak, yakni mendapat syurga Allah s.w.t.

Menziarahi si mati, menyembahyangkannya, seterusnya mengiringinya ke kubur diikuti dengan bacaan talqin ternyata menginsafkan seseorang. Ini kerana si jenazah itu boleh sahaja menjadi diri kita sendiri kerana sesungguhnya mati itu tidak mengenal usia, tidak mengenal tempat dan tidak mengenal harta dan pangkat.

teringat kepada ungkapan ’sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’, betapa benarnya kata-kata itu, sekujur tubuh yang terlentang di hadapan diri ketika soalt jenazah itu tidak mampu menambah apa-apa amalannya lagi, apatah lagi mahu bangkit kembali demi menebus kesalahan-kesalahan lalu. Lantas, timbul rasa keinsafan diri, jika dimatikan kita di saat ini, apakah nasib dan pengakhiran kita dengan amalan-amalan yang tidak seberapa ini. Keinsafan yang mendorong diri untuk meningkatkan amalan. Benarlah satu sabda baginda S.A.W. yang bermaksud:

“Jadikan solat yang kamu dirikan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidupmu.”

Ketikamana mengiringi jenazah ke perkuburan, ingatlah akan kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq ini:

“Sesiapa yang memasuki kubur (alam barzakh) tanpa bekalan (berupa amal salih), seolah-olah ia belayar di lautan tanpa kapal/sampan.”

Setelah kita mati, sanak-saudara dan rakan taulan yang mengiringi kita ke kubur, akan nantinya meninggalkan kita sendirian di sana. Harta dan pangkat yang dimiliki juga tidak dibawa bersama. Yang dibawa ke alam kubur hanya amalan kita sahaja. Sabda Baginda s.a.w. :

“Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah pahala segala amalannya melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh kepada ibu bapanya.” (Riwayat Muslim)

Jasad kita kemudiannya akan diangkut ke dalam kubur dan dikebumikan, tanpa amalan yang mencukupi yang menanti kita di sana adalah seksaan kubur.

Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabat:

“Tahukah kamu semua diturunkan ayat ini: ‘Maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.’ (Surah Thoha:124)”

Lalu sahabat menjawab:

“Allah dan RasulNyalebih mengetahui.”

Nabi s.a.w. bersabda:

“iaitu seksa orang kafir dalam kubur, dan demi Zat yang jiwaku berada pada genggaman kekuasaanNya, bahawa dia menguasakan 99 tannin. Tahukah kami apakah tannin itu? Tannin itu adalah 99 ular yang setiap ular ada 9 kepala yang menyeksa orang kafir hingga hari kiamat, dan ia digiring dari kuburnya dalam keadaan buta. (Mukhtashar Tadzkiratul Qurtubhi: 37) Seksaan di dalam kubur itu hanya dapat didengar oleh haiwan”

Marilah sama-sama kita bermuhasabah dengan diri kita sendiri, apakah kita sudah bersedia untuk melangkah ke alam kubur? Atau selama ini kita banyak membazirkan masa dengan perkara yang sia-sia. Sebagai pengakhiran, elok lah jua kita sama-sama merenung hadith Rasulullah di bawah ini.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni:

1.
hidupmu sebelum matimu
2.
sihat sebelum sakitmu
3.
waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu
4.
waktu mudamu sebelum waktu tuamu
5.
waktu kayamu sebelum waktu miskinmu.” (HR Muslim)

SALAM TAKZIAH BUAT AL-AKH FAROUK ATAS PEMERGIAN AYAH KE RAHMATULLAH

SALAM TAKZIAH JUA BUAT UKHTI AZURA ATAS PEMERGIAN ABANG KE RAHMATULLAH

Moga roh mereka berada di kalangan roh orang-orang yang beriman. ~Ameen~

Unit Kebajikan dan Akademik,

Islamic Student Club (ISC),

Royal College of Medicine, Perak (RCMP)

Dikirim dalam tarbiyah
 

PendingDiraja

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
1,656
Reaction score
19
Points
25
tak banyak yang view tread ni...mungkin tajuk kurang menarik
 

syaqiq2312

Active+ Member
Joined
Jan 24, 2007
Messages
2,701
Reaction score
58
Points
35
Berkata Lukman al Hakim kepada anaknya "Siapakah org yang paling bijak wahai anakku?" Lalu beliau menjawab sendiri " Orang yang paling bijak itu adalah orang yang tidak berhutang"
 

syaqiq2312

Active+ Member
Joined
Jan 24, 2007
Messages
2,701
Reaction score
58
Points
35
tak banyak yang view tread ni...mungkin tajuk kurang menarik
pelan2 bro, lama2 ramai lah yang akan view, thread agama memang macam niee, tak macam thread politik atau pun isu2 semasa yang sentiasa hot.... hot lagik tuuu
 

PendingDiraja

Active Member
Joined
Jun 6, 2008
Messages
1,656
Reaction score
19
Points
25
sekadar sama-sama memperingati..utk diri sendiri dan kawan2 cg
 

shany

Active Member
Joined
Aug 5, 2008
Messages
1,750
Reaction score
5
Points
25
tak banyak yang view tread ni...mungkin tajuk kurang menarik
salam bro..:)

jgn kata begitu..
bkn tajuk kurang menarik..

tapi untuk shany ayat2 tu sumer nyer amat bermakna dan mejdi tauladan buat shany..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register