Info Siapa Yang Menguruskan Air Zamzam Sejak Dulu Hingga Kini ?

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
11,785
Reaction score
2,318
Points
236
Baru-baru ini, isu Air Zamzam menjadi heboh apabila kerajaan Malaysia mengharamkan penjualannya di negara ini. Sebenarnya, pengharaman ini bukanlah sesuatu yang baharu.



Isu penjualan Air Zamzam kembali menjadi perbahasan awam selepas Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan amaran mengenai perkara itu.

Malah, kerajaan Arab Saudi juga telah mengeluarkan arahan bagi mengharamkan sebarang bentuk pengeskportan Air Zamzam secara komersial ke luar negara.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran Air Zamzam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah untuk kegunaan sendiri dan hanya dibenarkan membawa keluar air itu dari Arab Saudi dalam kuantiti yang terhad sahaja.

Seperti yang diketahui umat Islam secara umumnya, telaga Zamzam ditemui oleh Siti Hajar iaitu isteri kedua kepada Nabi Ibrahim A.S. Siti Hajar dan anak kecilnya (Nabi Ismail A.S) ketika itu amat kehausan di Mekah (pada waktu itu hanyalah kawasan gurun yang kering-kontang).



Siti Hajar telah berlari-lari anak sebanyak tujuh kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mencari bekalan air buat anaknya itu. Lalu, Allah SWT menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu.

Lokasi telaga Zamzam itu adalah tempat di mana Nabi Ismail A.S menghentak-hentakkan kakinya ketika menangis. Apabila terlihat air mulai keluar, Siti Hajar mengepung kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggilnya "zamzam" yang bermaksud "kepungan air".

Sejak itu, air dari telaga Zamzam itu tidak pernah kering dan menjadi minuman utama penduduk dan para pelawat di Mekah. Namun, tahukah anda siapa yang bertanggungjawab untuk mengedarkan Air Zamzam semasa musim Haji dan Umrah di Mekah?

Jemaah Haji dan Umrah yang melawat Arab Saudi biasanya disambut di tempat suci itu oleh para pemuda Mekah yang mengedarkan Air Zamzam secara percuma kepada mereka.



Mengedarkan Air Zamzam sebenarnya merupakan satu tradisi yang telah berlanjutan selema lebih daripada 14 abad. Ia bermula sejak dari zaman sebelum kedatangan Islam lagi.

Pada waktu dahulu, tugas mengedarkan Air Zamzam hanya dilakukan oleh keluarga datuk kepada Nabi Muhammad S.A.W iaitu Abdul Muttalib.

Berikutan penaklukan Mekah, Nabi Muhammad S.A.W telah menugaskan bapa saudaranya, Abbas bin Abdul Muttalib, untuk mengambil alih dalam hal mengedarkan Air Zamzam. Tugas itu kemudiannya diberikan kepada keluarga Al-Zubayr.

Memandangkan semakin ramai jemaah Haji dan Umrah yang mengunjungi Mekah, keluarga-keluarga lain juga dibenarkan menjalankan tugas untuk mengedarkan Air Zamzam.



Namun, mengedarkan Air Zamzam bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya ketika musim Haji di mana terdapat lebih daripada dua juta orang pengunjung yang menziarahi kota suci itu.

Kini, pengedaran Air Zamzam dilakukan oleh institusi yang ditubuhkan bagi memudahkan operasi menyediakan air itu kepada para jemaah di hotel-hotel mereka setiap hari.

Menurut pengurusi Pejabat Zamazemah United, Abdul Hadi Abdul Jalil Zamzami, keluarga Zamazima adalah keluarga yang bertanggungjawab untuk mengedarkan Air Zamzam sebelum adanya peti sejuk dan tong minuman yang disediakan seperti di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Hari ini, institusi itu mengedarkan sekitar 3 juta botol bersamaan dengan 14 juta litar air kepada para jemaah semasa mereka melakukan ibadah Haji di Mekah.



Menurut Abdul Hadi, setiap keluarga Zamazima mempunyai tempat sendiri di mana mereka meletakkan tembikar dan bekas tembaga berisi Air Zamzam untuk diedarkan kepada para jemaah. Dianggarkan lebih daripada 120 keluarga Zamazima yang meneruskan legasi ini.

Dia juga menerangkan bahawa keluarga Zamazima adalah keluarga pertama yang memindahkan Air Zamzam ke dalam bekas simpanan air dan membotolkannya dengan mencampurkan air itu dengan aroma mastik (tumbuhan yang terdapat di Mediterranean).

Kemudian, keluarga Zamazima akan mengenakan pakaian tradisional mereka dan mengedarkan Air Zamzam kepada jemaah Haji dan Umrah di dalam periuk tembaga.

Pejabat Zamazemah United juga menggunakan sejumlah kenderaan untuk menghantar Air Zamzam ke hotel para jemaah haji melalui 10 cawangan mereka. Dua daripada cawangan itu dikhususkan untuk mengedarkan Air Zamzam ketika menyambut jemaah di pintu masuk Jeddah dan Madinah.



Tradisi ini telah berlanjutan selama bertahun-tahun lamanya sehinggalah pada tahun 1982. Menurut Abdul Hadi, kerajaan di raja Arab Saudi telah mengeluarkan arahan bahawa mengedaran Air Zamzam kepada jemaah Haji dan Umrah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah ditugaskan kepada raja yang memerintah.

Namun, kerajaan Arab Saudi tetap menyediakan bantuan kewangan dan teknikal bagi membolehkan Pejabat Zamazemah United mengedarkan Air Zamzam kepada setiap jemaah di tempat-tempat lain.


Rujukan;
 
Top
Log in Register