Siapa???....siapa????

CG Sponsors




tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,180
Reaction score
817
Points
176
SIAPA???....SIAPA????


*Siapakah orang yang sombong?*

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi
tidakmahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah
Rabbul'Aalamin,Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa
yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia
yang sombong diri.



*Siapakah orang yang telah mati hatinya?*

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk
melalui ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun
merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.



*Siapakah orang dunggu kepala otaknya? *

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya
dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.



*Siapakah orang yang kuat?*


Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika
ia di dalam kemarahan.



*Siapakah orang yang lemah? *

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan
kemungkaran itu.



*Siapakah orang yang bakhil? *

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya
untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.



*Siapakah orang yang buta? *

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti
akan kebesaran Al Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.



*Siapakah orang yang tuli? *

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran
yang baik namun tidak diendahkannya.



*Siapakah orang yang sibuk? *

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s.



*Siapakah orang yang manis senyumanya?*

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
sambil berkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.



*Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?*

Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.



*Siapakah orang yang kaya? *


Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



*Siapakah orang yang miskin? *

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.



*Siapakah orang yang pandai?*

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari
kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.



*Siapakah orang yang bo_doh?*

Orang yang bo_doh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga
untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.



*Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? *

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.



*Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?*

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperduli
akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.



*Siapakah orang yang gila itu? *


Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya
dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan
sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak
siuman akalnya.



*Siapakah orang yang rugi?*

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.



*Siapakah orang yang selalu ditipu? *

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa
kematian itu berlaku hanya pada orang tua.



*Siapakah orang yang paling cantik?*

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.



*Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?*

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.



*Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? *

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.



*Siapakah orang yang mempunyai akal?*

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga
kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa neraka.



*Siapakah org yg bijak? *


Orang yg bijak ialah org yg tidak membiarkan kenyataan-kenyataan ini
atau membuangnya begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula
pada org lain.



Diharap ia dapat memberi sedikit pedoman untuk renungan kita bersama.

Sumber : Petikan Tazkirah Ust. Khairil Moktar (SPI, JPM)
www.ustazmelaka.net
 
Last edited:
Sponsored Post

zainalkaya

Junior Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
92
Reaction score
2
Points
11
Sangat bagus info ini...tapi kalu tak baca AlQuran kita takkan jadi manusia beragama islam yang sebenar. Hari ini ramai yang mengaku Islam dan baca tapi sayangnya ramai yang tak faham apa yang dibacanya. Ayat-ayat AlQuran hanya dilagukan sahaja tapi isi kandungannya??? Sebab tak faham ayat - ayat AlQuran lah hari ini kita lihat umat Islam berpecah belah, cinta harta dunia dan takut mati.

Untuk tambah kefahaman mengkaji AlQuran, sila ke:-

http://www.infaq.biz/?id=abid
 

AceGlobal13

Active Member
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Wah...tajuk thread bukan main marah lagi tuan tanah....:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register