BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa pernah dengar bunyi Pontianak?

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
9,865
Joined
Oct 28, 2010
Messages
9,865
Reaction score
1,620
Points
151
Ada sesiapa pernah dengar? Sama tak macam bunyi kat wayang, asik mengilai tak berenti?

Saya rasa saya pernah dengar....

Masa tu saya dan keluarga bercuti di salah satu pekan besar di Indonesia. Saya sewa satu resort tepi laut yang dalamnya ada beberapa biji pondok yang masing2 ada dua bilik tidur. Jarak antara tiap pondok adalah dalam 30 meter. Ada beberapa perkara pelik berlaku, contohnya ketika saya dalam bilik air sementara ahli keluarga semua pergi keluar makan, terdengar bunyi pintu2 bilik bukak tutup (jenis sliding door). Saya keluar dari bilik air dan cek bilik satu2, senyap je. Bunyi dari mana? Saya keluar pusing satu rumah mana tau ada pekerja bukak tutup pintu sebelah luar tapi lengang je.

Malam tu, saya dibangunkan oleh bunyi yang nyaring di luar pintu rumah. Bunyinya seakan2 bunyi alarm kereta, nada tinggi, berulang2. Isteri tidur mati, masuk bilik anak2, pun semua tidur. Bunyinya sangat nyaring dan sumber dia betul2 di luar pintu utama. Sempat tengok jam, genap kul 3 pagi. Saya risau mungkin ada silap alarm dsb dan akan terbangunkan penghuni2 rumah kanan kiri. Kene sumpah seranah nanti. Saya terus ke pintu utama dan buka pintu, dan tiba2 bunyi tu hilang. Saya masih berfikir yang pondok tu ada alarm tersembunyi. Lagi sekali saya rounding pondok tu cari wayar atau speaker tersembunyi. Siap cek pokok besar depan pondok tu cari wayar. Dah puas hati, saya pun masuk sambung tidur.

Kebetulan esoknya kita check out. Masa sarapan ramai2, pakcik penghuni pondok sebelah cakap dia nampak kain putih terbang malam tadi. Cek dengan resort, mereka takde alarm pun.

Jadi, untuk yang pernah dengar bunyi makhluk ni, betul ke bunyi dia menghilai? Atau bunyi nyaring macam alarm kereta tapi persepsi kita macam hilaian?

Pasal saya pun terfikir, apa yang kelakar sangat sampai mereka nak mengilai setiap masa?
 
Last edited:
Sponsored Post

tak pernah dengar, tak pernah kena usik, nak dengar juga pengalaman² forumer dlm ni, tapi masa kecik dulu, lingkungan darjah 4, masa tu arwah mak saudara duduk sekali sebab dia kurang sihat dan kebetulan malam tu, arwah batu berdarah, jadi family call ambulans dan bawa gi hospital, lepas drpd tu, teman tdo la balik, almaklumla, budak² apa pun tak boleh nak bantu, abang ada masa di rumah tu, tiba² dengar pintu depan rumah dibuka, aishh..sapa pulak yg masuk...tapi yg peliknya,takda bunyi tutup pintu, hah sudah, tunggu dlm stgh jam jugak la, takde bnyi pintu tutup...walhal pintu depan memang dah tutup sebelum tu, abang ada je tidu kt sebelah, nak pi tgk takut😅, almaklumla budak²...last² terlena....
 
itu semua halusinasi badan je
Mungkin betul juga. 3 hari lepas saya terlalu letih, betul betul letih. Bila saya tidur di atas tilam ..saya merasakan separuh daripada badan saya termasuk kedalam tilam dan saya masih merasakan terlalu letih walaupun saya sudah separuh lelap. Dan dalam masa yang sama saya seperti ditindis oleh sesatu dan tidak boleh mengerakan anggota badan saya dan juga dalam masa yang sama saya ternampak hantu kanak kanak lelaki daripada paras lihir ke kepala sambil memandang ke arah saya dan di bahagian dinding bilik tidur rumah saya menjadi tingkap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya dan dalam masa yang sama saya menyebut Allahuakhbar banyak kali sehinggalah saya boleh mengerakan anggota badan saya, tetapi bila saya memejam kan mata mimpi tu datang kembali.
 
4/10. Jumpa saya.
 
Sleep paralysis tu.
Fikiran pun ikut halusinasi nampak hantu
Boleh jumpa doktor kalau berterusan.

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register