Siapa Pernah Beli Rumah Selangorku? Lama gila MENUNGGU

Recommended Brokers


syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,705
Reaction score
1,806
Points
141
salam...

aku apply rumah Selangorku pada December 2017....

sampai sekarang, status masih lagi "MENUNGGU"...

kenapa ya?

biasanya berapa tahun kene tunggu?





UPDATE #1
Lebih 20,000 unit Rumah Selangorku bakal siap menjelang 2025



SELANGOR March 2, 2019 6:53 pm

OLEH SHEEDA FATHIL

CYBERJAYA, 2 MAC: Sebanyak 24,869 unit Rumah SelangorKu bakal siap sepenuhnya menjelang 2025, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri komited dalam memastikan kemaslahatan dan kedudukan sosioekonomi rakyat Selangor terjamin sekali gus mampu memiliki kediaman sendiri.

Katanya, pemantauan berkala sering dibuat bagi memastikan pemaju mematuhi dan mendahului pembinaan Rumah SelangorKu itu terlaksana.

“Seperti yang sering saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk membatalkan kelulusan diberi sekiranya pemaju tidak memberikan kerjasama walaupun rundingan sudah dibuat selama 18 bulan selepas kelulusan diberi.

“Malah, Kerajaan Negeri percaya bahawa permasalahan rumah mampu milik dapat diatasi dengan lebih banyak pembinaan Rumah SelangorKu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Pangsapuri SelangorKu Idaman Residensi, Seksyen 6, Selangor Cyber Valley, di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, dengan sokongan erat daripada Kerajaan Persekutuan, beliau yakin hasrat pelaksanaan Dasar Perumahan Negara 2.0 dan Dasar Perumahan Mampu Milik dapat direalisasi.

“Dasar yang digubalkan ini akan menyelesaikan banyak permasalahan perumahan antaranya memudahkan proses kelulusan pinjaman selain menyeimbangkan komposisi nisbah rumah mampu milik dan harga bebas yang jauh berbeza ketika ini.

“Selain itu, saya amat berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana menyahut saranan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik khusus kepada rakyat Selangor,” katanya.

Berdasarkan rekod, pembinaan Rumah SelangorKu sudah melepasi sasaran awal sebanyak 15,000 unit seperti ditetapkan menjelang 2018, manakala sehingga 31 Ogos tahun lalu, 28,639 unit sudah dibina dan 3,770 unit telah diserah kunci.

sumber - https://selangorkini.my/2019/03/lebih-20000-unit-rumah-selangorku-bakal-siap-menjelang-2025/
 
Last edited:
Sponsored Post

ed_zero

Super Active Member
Joined
Sep 24, 2009
Messages
5,191
Reaction score
160
Points
73
kawan aku dpt kat dengkil tu..RM40k x silap..tahun lepas
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,705
Reaction score
1,806
Points
141

Fabs Gunns

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
6,289
Reaction score
51
Points
70
try pegi kt pemaju terus
kadang2 byk lg yg belum dijual
terus boleh book pilih sndr unit yg anda mahukan
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,705
Reaction score
1,806
Points
141

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
26,886
Reaction score
563
Points
161
salam...

aku apply rumah Selangorku pada December 2017....

sampai sekarang, status masih lagi "MENUNGGU"...

kenapa ya?

biasanya berapa tahun kene tunggu?

aku tunggu 2tahun lebih ..apply tahun 2014/15 lupe plak.. tgk offer kawasan yg kita apply.. klu kawasan tu x de developmen memang lagi lama tunggu.. pastu que org lagi.. skrg ni ramai gile apply..
 

tomi

Active Member
Joined
Mar 10, 2015
Messages
1,796
Reaction score
411
Points
41
try pegi kt pemaju terus
kadang2 byk lg yg belum dijual
terus boleh book pilih sndr unit yg anda mahukan
setuju. pegi terus kat pejabat pemaju, kot2 ada open slot dari pembeli yang tak lepas loan. wife aku dulu siap dapat pilih level lagi, daripada mula2 dapat level 10 tukar kepada first floor.
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,705
Reaction score
1,806
Points
141
setuju. pegi terus kat pejabat pemaju, kot2 ada open slot dari pembeli yang tak lepas loan. wife aku dulu siap dapat pilih level lagi, daripada mula2 dapat level 10 tukar kepada first floor.
dah contact pemaju, dia cakap datang office, dan sediakan RM3000 utk ballot unit...

minta maaf aku ni tak pernah beli rumah seblum ni dan aku tak pernah PAKAI CREDIT CARD sebelum ni... nak tanya, RM3000 tu kalau pakai CREDIT CARD, boleh ke?? :-?
 

wez

Fun Poster
Joined
Feb 20, 2014
Messages
233
Reaction score
0
Points
10
dah contact pemaju, dia cakap datang office, dan sediakan RM3000 utk ballot unit...

minta maaf aku ni tak pernah beli rumah seblum ni dan aku tak pernah PAKAI CREDIT CARD sebelum ni... nak tanya, RM3000 tu kalau pakai CREDIT CARD, boleh ke?? :-?

mcm mane? boleh terus beli ke..
credit card ni boleh je pki kalau office dia ada terminal cc.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register