BTC USD 17,223.7 Gold USD 1,789.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa kata nak adakan PRU15 masa banjir? – Saravanan

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

saravanan-3.jpg

M. SARAVANAN ketika mempengerusikan Sesi Taklimat Khas Kementerian Sumber Manusia dihadiri Lim Guan Eng di KSM, Putrajaya. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI

PUTRAJAYA: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan memberi bayangan sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa beberapa hari lagi, kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak berlaku ketika musim banjir.

Saravanan berkata, sebelum ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sudah mengeluarkan laporan bahawa banjir mungkin berlaku selepas 15 November.

“Soal pokoknya, siapa kata nak adakan PRU15 masa banjir? Kita lihat laporan MetMalaysia mungkin banjir berlaku selepas 15 November (tapi) kalau esok lusa Parlimen dibubarkan, kita masih boleh adakan PRU15 pada minggu pertama atau kedua selepas bubar (Parlimen).

“Dalam Kabinet pun kita sudah berbincang secara meluas mengenai langkah untuk mengatasi bencana dan apa persediaan yang patut dibuat maka kerajaan hari ini bersedia sekiranya PRU15 diadakan sebelum November,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tarikh sebenar PRU15 selepas mempengerusikan Sesi Taklimat Khas Kementerian Sumber Manusia kepada Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiada banjir besar dijangka berlaku membabitkan mana-mana negeri di Malaysia dari sekarang sehingga awal November kerana negara belum memasuki Monsun Timur Laut. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hu.

Beliau bagaimanapun berkata, dalam tempoh peralihan monsun yang bermula pada bulan ini dan berterusan hingga November ini, beberapa kawasan masih terdedah kepada hujan serta ribut petir pada sebelah petang.

Mengulas lanjut, Saravanan juga percaya rakyat mampu untuk membuat pilihan bijak dan terbaik pada PRU15 kali ini.

“Saya pelik takkan pembangkang ‘baik’ sangat, kalau kerajaan hari ini buat kesilapan besar buat PRU15 ketika banjir, jika rakyat marah biarlah rakyat marah. Itu kan memihak kepada pembangkang, takkan tiba-tiba mereka nak jaga kepentingan kita. Ini adalah sandiwara politik sebab mereka takut rakyat tak undi pembangkang selepas 22 bulan menderita,” ujarnya.
 
Sponsored Post

jaws_am

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
23,124
Joined
May 29, 2008
Messages
23,124
Reaction score
10,068
Points
631
Awards
1
Pembangkang skrng ni xde vote org malayu atas pagar..
Modal politik pun xde..
Nak harap rafizi ? Dia ni xleh pakai..
Kes terowong diam je, dia hilang kredibiliti utk sembang ttg rasuah dll bila melibatkan masalah dlm DAP..
 
rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Pembangkang sedang ketandusan idea nak hadapi PRU
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
121,798
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
121,798
Reaction score
20,403
Points
2,866
Awards
1
Dia menyifatkan kenyataan menteri sumber manusia itu sebagai "tidak berhati perut". https://cstu.io/6dd2f0

1665037827564.png

'Biarlah rakyat marah': Lim bandingkan Saravanan dengan Marie Antoinette

Diterbitkan: Oct 6, 2022 2:21 PM

Dikemaskini: 2:22 PM

Pengerusi DAP Lim Guan Eng mendakwa M Saravanan bersikap "tidak berhati perut" berhubung kenyataan menteri sumber manusia itu berkenaan PRU15 di tengah musim banjir.

Semalam, Saravanan mendakwa pembangkang akan mendapat manfaat jika orang ramai marah jika PRU diadakan semasa musim banjir.
"Saya pelik, takkan pembangkang ini baik sangat. Kalau kerajaan hari ini buat kesilapan besar adakan pilihan raya masa banjir, kalau betul-betul rakyat marah, biarlah rakyat marah," katanya.

Mengulas kenyataan itu, Lim menyamakan kenyataan "biarlah rakyat marah" dengan kenyataan terkenal "let them eat cake" yang sering dikaitkan dengan permaisuri terakhir Perancis, Marie Antoinette.

"Sikap tiada perasaan dan acuh tak acuh seperti itu terhadap risiko kehilangan nyawa dan harta benda ketika musim banjir telah membuktikan kerajaan persekutuan tidak layak untuk memerintah, apabila ia tidak peduli kepada rakyat tetapi hanya ingin mengekalkan kuasa, tanpa mengira cara," katanya.

Dia berkata ramai pakar telah mencadangkan agar pilihan raya diadakan hanya selepas musim tengkujuh berakhir namun ada ahli politik BN yang sanggup menggadaikan nyawa dan harta rakyat biasa.

"Lebih buruk lagi, kerajaan setakat ini gagal menyatakan rancangan luar jangka banjir ketika pilihan raya, dan sama ada pilihan raya yang diadakan perlu ditangguh jika banjir melanda.

"Malah Kedutaan AS telah mengeluarkan amaran terhadap warganya berhubung banjir di Malaysia. Jelas, Kedutaan AS lebih bertanggungjawab berbanding kerajaan kita dalam menjaga rakyat," katanya.

Katanya lagi, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya belajar daripada kebimbangan Yang di-Pertuan Agong yang berkunjung ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) hari ini.
 
mrvx

Legendary Member
gem
Messages
12,746
Joined
Feb 20, 2009
Messages
12,746
Reaction score
1,094
Points
201
bnajir antara bulan feb hingga bulan mac, bukan hujung tahun dah
 
lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,844
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,844
Reaction score
5,829
Points
481

Lama dh org marah kt ph...tunggu pru ja kalih blk hahaha
 
rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
Modal DAP
Kononnya sayang pada rakyat
lol
 
notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,299
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,299
Reaction score
1,222
Points
206

Ada pulak orang politik cakap tak kisah buat pilihan raya umum waktu musim banjir.
Dah ada beberapa negeri kot naik air, tak fikir ke pasal masalah rakyat terlebih dahulu?
Tahu lah dia mungkin akan menang, tetapi tindakan push PRU waktu keadaan genting ini tak memberi faedah pun kan.
Nanti orang turun mengundi itu rendah macam mana?
Pening kepala saya..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register