BTC USD 48,123.9 Gold USD 1,754.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa bakal Naib Canselor UM?

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
mum mengetahui kontrak Dato’ Rafiah Salim sebagai Naib Canselor UM akan tamat tempoh awal bulan November. Ramai yang tertanya tanya siapakah bakal menjadi NC UM yang baru.

Iklan

Menurut sumber yang boleh dipercayai, tiga calon telah dipanggil untuk ditemu duga untuk mengisi jawatan tersebut.Antaranya ialah Dato’ Rafiah Salim. Beliau dikhabarkan telah pergi berjumpa Dato’ Khaled Nordin untuk memberi beliau peluang sepenggal lagi untuk menerajui UM bagi membetulkan kelemahan-kelemahan terdahulu beliau.

Di bawah pentadbiran Dato’ Rafiah, UM telah jatuh merudum di dalam kedudukan universiti-universiti di serata dunia. Dato’ Rafiah juga dilihat tidak berkelayakan dari segi bidang akademik dan kepimpinan. Bagaimanakah golongan-golongan professor malahan pensyarah berstatus doktor falsafah hendak menghormati bosnya yang hanya berkelulusan master?

Beliau mungkin mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang pentadbiran tetapi pernahkah beliau mentadbir mana-mana universiti sebelum dilantik menjadi NC UM?Saya amat tertarik dengan cara universiti terkemuka dunia memilih NC mereka. Contohnya, NC Melbourne University yang baru dilanjutkan kontrak pernah berkhidmat sebagai NC di universiti lain sebelum berkhidmat di Melbourne University.

Dapat dilihat bagaimana mereka dengan begitu teliti telah memilih seorang NC yang sangat berpengalaman dalam bidang akademik dan pentadbiran universiti.

Di Malaysia, kita lebih mementingkan siapa yang pandai me’lobi’ (menurut Dr. M) untuk memegang satu-satu jawatan.Dengan ini saya menyeru Dato’ Menteri supaya membuat keputusan yang bijaksana untuk memilih NC UM. UM bukanlah universiti ujian untuk mencuba mana-mana para kroni atau para pe’lobi’ untuk menerajui universiti tertua di negara kita ini.

UM memerlukan seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam pentadbiran tertinggi university untuk mengembalikan kegemilangannya.

For once and for all, kami para akademik dan rakyat Malaysia menyeru supaya UM diterajui oleh NC yang berkaliber.
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Diharapkan NC UM yang baru ini akan dilantik dalam kalangan para intelektual yang bukan sahaja berpengalaman, malah berani dalam menegakkan kebenaran dan mampu bekerjasama dan memahami para pensyarah, kakitangan, staf sokongan dan pelajar.

Walau bagaimanapun, saya tidak menolak bahawa ada kemungkinan besar Datuk Rafiah Salim itu akan dilantik buat sepenggal lagi sepertimana yang terjadi kepada Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang dialntik kembali menjadi NC UKM walaupun secara HAKIKATNYA ramai pensyarah, staf dan pelajar yang TIDAK SENANG dan MEMBANGKANG cara kepimpinannya.
 

naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
sesape yg paling byk puji paklah, dialah ug jadi NC UM..:D:D
 

vedder9

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
Mengapa TNC UM yang sekarang tak dilantik terus menjadi NC..??
 

kancil biru

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,641
Reaction score
1,099
Points
191
ermmmm itu la yang mana yg pandai lobi konfem dapat... banyak NC kat malaysia nie dipilih mengikut "who you know"
 

kuhik

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Razali Agus? :D
 

zinedine

Banned
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Aku rasa Ibrahim Abu Shah NC UiTM yg akan tamat kontrak hujung tahun ni kot yg akan jadi NC UM baru nanti.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register