BTC USD 56,321.5 Gold USD 1,762.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siap Nak Bayangkan Babak Rogol Netizen Desak Shuk Diboikot

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,074
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,074
Reaction score
435
Points
91
Sejak pagi tadi hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pelakon Fauzi Nawawi selepas berkongsikan tentang lakonannya ketika menjayakan babak panas bersama Raja Farah

Namun, bukan sahaja Fauzi, malah pengacara rancangan tersebut iaitu Shuk Sahar turut dikecam teruk oleh netizen berikutan dialognya seolah mahu Fauzi menjelaskan lebih terperinci mengenai babak berkenaan

“Kalau boleh terangkan satu per satu, saya nak bayangkan,” kata Shuk kepada Fauzi.
IMG_20211020_224344.jpg

Susulan tindakannya itu, ada segelintir netizen mahu pengacara itu diboikot apatah lagi sering sahaja mencetuskan kontroversi. Malah, netizen turut kesal apabila Shuk boleh berlawak tentang perkara itu tanpa memikirkan perasaan keluarga pelakon wanita tersebut.
shuk-komek-ig-netizenen.jpg

“Shuk itu siap boleh berlawak nak bayangkan lagi benda ini. Tak fikir ke kalau orang lain bayangkan anak atau isteri kau?

“Guna akallah nak buat kelakar. Fikirlah perasaan ibu bapa dan suami pelakon perempuan itu. Tolong boikotlah mereka,” komen seorang netizen

Terdahulu, Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf di Instagram terutama kepada Raja Farah dan suaminya. Mengakui kesilapannya itu, Fauzi berkata dia tiada niat untuk memalukan Raja Farah

Fauzi berkata sebaik selesai rakaman temu bual tersebut, dia sudah meminta pihak penerbit dan produksi untuk memotong bahagian yang sensitif ketika perbualan.

Sumber : Rotikaya
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376

Syuk lagi
Banyak betul isu dia ni
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,956
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,956
Reaction score
2,470
Points
201
Tlg boikot artis bermasalah mcm ni
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Sama2 naik kepala semua masa tu eh
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,446
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,446
Reaction score
16,545
Points
2,376

Penbiru

CG Top Poster Club
Messages
23,894
Joined
Jan 12, 2008
Messages
23,894
Reaction score
3,795
Points
201
Low betul mentaliti Syuk ni.....dia ni layaknya dilayan berbual tepi tepi jalan je
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Rakaman bukan live la

Astro la ****** pg siar jgk
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Shuk mohon maaf

Kuala Lumpur: Pengacara Shuk Sahar, 35, memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung selepas menonton rakaman program bual bicara Rumah No 107 yang turut menampilkannya sebagai pengacara berkenaan perkongsian cerita babak rogol pelakon Fauzi Nawawi terhadap Raja Farah dalam filem Anak Halal menerusi program itu, baru-baru ini.

"Bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati selepas menonton program itu. Saya tiada niat apa-apa pun.

"Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik," katanya.

Mohon maaf tu bagus lah
Tapi rasa nya dia perlu berehat daripada dunia penyiaran dulu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register