Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 54,388
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 54,388
- Reaction score
- 6,161
- Points
- 916
- Awards
- 1
24.09.2023 - Tindakan sekumpulan lelaki bergaduh pada Desaru International Bike Week 2023 pada Sabtu menarik perhatian warga maya baru-baru ini. Manakan tidak, melalui beberapa video tular yang dimuat di media sosial, kelihatan beberapa pengunjung program tersebut dilihat bertindak ganas. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada Sabtu di Desaru, Johor.Melalui maklumat awal yang dikongsikan, pergaduhan tersebut melibatkan beberapa geng bikers Hell Angel dari Indonesia dan warga tempatan.
Melalui video tersebut beberapa orang lelaki dilihat tumbuk menumbuk dan saling tendang menendang sesama sendiri. Malah ada dalam kalangan mereka menjadikan bangku plastik dan topi keledar sebagai senjata dengan membaling objek tersebut ke arah satu sama lain.Namun, tidak dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan itu berlaku.Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mahupun penganjur program tersebut.