BTC USD 66,855.5 Gold USD 2,662.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

| SI TUKaNG GaNTUNG N PENJaRa |

Baby

Active+ Member
Messages
3,182
Joined
Sep 19, 2007
Messages
3,182
Reaction score
0
Points
20
Salamss all..

Sama2 kita berkungsi info dan pengetahuan tentang neh... :)Agak panjang sedikit ceritanya.. Bacalah perlahan2 sampai habis..
#:-S

Tukang gantung mesti kuat mental, fizikal’


SEBUT saja hukuman gantung, ramai yang berasa gerun. Bagaimana pula jika bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang tugasnya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau sudah menggantung 103 banduan lelaki dan wanita termasuk kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping.

“Bukan mudah mahu mengambil nyawa orang,” kata pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa berusia 48 tahun dan sudah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Samuel menganggap tugas khas yang dilakukannya hanya sebagai satu tugas dan sudah tentu bukan tugas glamor.

“Saya suka tugas yang mencabar. Di dalam penjara ini, ada dua jenis kerja yang mencabar iaitu tukang sebat dan tukang melaksanakan hukuman gantung. Kalau kita boleh buat dua kerja itu, maknanya kita sudah sampai pada peringkat akhir, kalau belajar sudah sampai ijazah kedoktoran”, kata Samuel dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di Penjara Kajang, baru-baru ini.

Beliau yang mula menjalankan tugas khas ini ketika berkhidmat di Pulau Jerejak yang juga menjalankan tugas sebat berkata, kesempurnaan kerja bukan boleh dicapai semalaman.

Pada tahun-tahun awal dipilih untuk menjalankan tugas khas ini, beliau hanya sekadar memerhatikan hukuman dijalankan.

“Saya sudah mengikuti pasukan pelaksana hukuman gantung ini sejak 1986 lagi, tetapi pada masa itu saya cuma memerhatikan. Saya mula terbabit dan menjadi pembantu pada 1989,” jelasnya.

Sebagai pembantu, beliau bersemuka dengan banduan akhir (banduan yang dijatuhi hukuman gantung) dan membawanya keluar dari bilik menanti untuk menjalani hukuman.

Banduan yang digari kedua-dua tangan ke belakang dan ditutup kepalanya dengan kain ‘hood’ akan dibawa ke bilik gantung. Samuel akan berdiri di belakang banduan akhir dan memegang badannya.

“Biasanya banduan yang akan digantung tidak stabil, badannya bergoyang-goyang, jadi kita kena guna tenaga yang banyak untuk membawanya ke bilik gantung,” tambah Samuel.

Beliau mengakui tidak dapat tidur ketika mula-mula menyertai pasukan pelaksana hukuman gantung.

“Selepas 10 tahun, pengalaman sudah banyak, saya katakan pada diri saya kalau orang sudah mati, matilah, macam mana dia nak datang (ganggu lagi),” cerita Samuel.

Beliau juga mengakui antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah menggantung banduan wanita yang disifatkannya lebih ‘tenang’ dan diserang banduan yang agresif.

Bagi mereka yang menjalankan tugas khas ini, kekuatan mental dan fizikal perlu mantap dan kental sepanjang masa. Mereka tentu akan berhadapan dengan tekanan yang amat tinggi terutama kerana mahukan kesempurnaan tugas.

Ketika pelaksanaan hukuman gantung dibacakan kepada banduan hukuman mati, beliau dan pasukannya turut hadir di bilik pengarah. Ketika itu, mereka akan menilai perangai atau sikap dan tahap penerimaan banduan.

Katanya, maklumat ini penting untuk mereka melaksanakan hukuman nanti. “Kerja menyiapkan bilik gantung ini memakan masa antara tiga hingga empat jam. Keselamatan dalam bilik gantung dan pemilihan tali gantung yang sesuai adalah antara tugas yang perlu dibuat dengan teliti,” katanya.

Tali gantung yang diimport ini dibuat daripada jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang digantung. Setiap satu berharga RM4,000 hingga RM5,000.

Tali gantung ini ketika diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilogram selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

“Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh pergi terus dan pasang, ada cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,” jelas Samuel.

Antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan. Di Penjara Kajang umpamanya, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dan di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antarajam 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

“Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung pada Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,” kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

“Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),” katanya.

Ketika banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarga yang biasanya dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana sedih dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung ‘pergi dengan rela’ selepas menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

“Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang saja yang menjadi agresif sehingga saat terakhir.

“Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik daripada saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka sudah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Pada hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. – Bernama
 
Sponsored Post

Pengalaman Hidup Seorang Tukang Gantung
Tarikh: Friday, June 03 @ 12:46:20 EDT
Tajuk: Kisah Benar

HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yang boleh dijatuhkan ke atas mana-mana orang perseorangan yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta-akta tertentu seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang negara. Hanya seseorang wanita yang sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan daripada hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup seperti yang termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC).

Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yang menakutkan ini. Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa orang pegawainya untuk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yang dinamakan Pegawai Tugas Khas atau `tukang gantung'. Tukang gantung bukanlah satu jawatan yang diimpikan oleh mana-mana pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yang cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spiritual. "Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai `pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yang buat kerja tersebut, siapa lagi?" katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yang cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan `kecut perut'. Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yang di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. "Isteri saya sahaja yang tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dengan saudara-mara apatah lagi berborak mengenai `kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yang perlu dimegahkan dengan tugas ini.Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia... orang tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yang akan saya gantung." katanya.

Menurut pegawai yang berusia dalam lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identiti banduan yang akan digantungnya itu kira-kira sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi.

Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yang dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir untuk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yang lain. Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu... selalunya semakin berat seseorang banduan, semakin pendek tali yang digunakan dan begitulah sebaliknya. "Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini." katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, "…lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yang paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi `dengusan' daripada mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dalam badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar." katanya sambil ketawa kecil.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat daripada pegawai atasannya, barulah beliau menarik gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yang difikirkan oleh kebanyakan orang, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta-merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yang bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita `nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga untuk diuruskan pengebumiannya. Kerja-kerja menggantung pesalah akan dilakukan dengan cepat dan pantas... tak sampai beberapa minit pun. Di saat itu tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. "...Kami juga tidak akan bercakap-cakap baik sesama anggota mahupun dengan pesalah dan hanya menumpukan perhatian pada tugasan yang diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing-masing dan meneruskan kehidupan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku." katanya.

Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya pulang' dan dia pun terus menghilang kan diri.

"Sehingga kini saya tertanya-tanya adakah perkara tersebut memang betul-betul berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata..." katanya sambil tersenyum. Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima `alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan untuk menggantung pesalah di penjara.

Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar-debar, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat untuk menjalankan tanggungjawabnya. "Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dengan seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yang keluar dari tubuh banduan yang kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yang dilakukan di penjara-penjara luar negara." ujarnya.

Mengenai tali yang digunakan untuk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yang diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit. Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah. Beliau yang mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama.Cuma saya minta orang ramai supaya jangan menghina banduan-banduan akhir ini kerana mereka sekurang-kurangnya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

"Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna daripada mayat orang lain, ada mayat banduan yang saya gantung itu berbau wangi dan ada yang wajahnya berseri-seri serta tersenyum seolah-olah pemergian' mereka dirahmati-Nya." ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis:

"Saya berharap cerita saya ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kita semua.Ingatlah, seandainya saya sudah menarik `gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan...keajaiban itu tidak pernah berlaku!"
Marilah kita muasabah diri.renung-renungkan semoga kita mendapat petunjuk...


:( insaf lak haku bila baca...
 
sedihnyer baca yang ni..:( :(

Mengenai `gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah `dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dalam kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yang meminta untuk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju untuk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. Tiba-tiba suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yang saya gantung itu `datang' dalam keadaan terbongkok-bongkok ke bucu katil dan mencuit-cuit tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah-olah mahukan rokok yang saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dengan hormat saya memintanya pulang' dan dia pun terus menghilang kan diri.

dah nak mati, mintak rokok.. pastu tak dapat hisap rokok..

sedihnyer.. then dah jadi hantu.. still mintak rokok.. tapi dah tak der peluang dah nak hisap even kiter hulur rokok..

:(( :(( :((
 
Padan muka kena hukuman gantung. Lepas ni pembunuh Nurin Jazlin pulak kena gantung sampai mati. Padan muka orang yg kena hukuman gantung sampai mati ni. Memang patut pun mampos!!!! Penjenayah macam ni tak layak hidup kat atas muka bumi Allah SWT ni. Bior dia mampos jer. Padan muka!!!! Padan muka!!!!!! Kahak ptuiii!!!!
 
Padan muka kena hukuman gantung. Lepas ni pembunuh Nurin Jazlin pulak kena gantung sampai mati. Padan muka orang yg kena hukuman gantung sampai mati ni. Memang patut pun mampos!!!! Penjenayah macam ni tak layak hidup kat atas muka bumi Allah SWT ni. Bior dia mampos jer. Padan muka!!!! Padan muka!!!!!! Kahak ptuiii!!!!

urmm.. sabo zine..sabo.. :)
 
sedihnyer baca yang ni..:( :(



dah nak mati, mintak rokok.. pastu tak dapat hisap rokok..

sedihnyer.. then dah jadi hantu.. still mintak rokok.. tapi dah tak der peluang dah nak hisap even kiter hulur rokok..

:(( :(( :((

urmmm... haku pun sedih dan sayu jee baca ha.. seram pun ada gak bila bab mencangkung tue.. #:-S
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register