BTC USD 62,786.0 Gold USD 1,779.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ShopeeFood, Servis Penghantaran Makanan Terbaru

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Shopee dikhabarkan bakal meluaskan lagi jenis servisnya melalui servis penghantaran makanan seperti FoodPanda dan GrabFood di seluruh Malaysia. Menurut perkongsian di platform media sosial mereka, ShopeeFood dirancang untuk dilancarkan pertama kali di Kuala Lumpur dan Selangor. Oleh itu, mereka sedang mencari rakan penghantar yang berkelayakan dan telah membuka pendaftaran untuk sertai servis terbaru tersebut.

Menurutnya, pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan keatas, serta mempunyai lesen P menunggang motosikal. Selain itu, pemohon perlu mempunyai sekurang-kurangnya telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas. Syarat kelayakan lain termasuklah tiada rekod jenayah lampau PDRM dan tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
ShopeeFood Di Jangka Beroperasi Di Lembah Klang Seawal September 2021

Shopee
sedia memperluaskan penawaran kepada penghantaran makanan di Indonesia sebelum ini melalui ShopeeFood. Selain di Indonesia, sejak beberapa bulan lepas, pihak Shopee turut telah mula mendaftar rakan penghantar dan restoran untuk ShopeeFood di Malaysia. Buat peringkat permulaan, ia dilihat memfokuskan kepada Lembah Klang terlebih dahulu – sebelum diperluaskan ke lokasi lain.

ShopeeFood-Indonesia-950x535.jpg.webp


Menggunakannya, pengguna boleh membuat pesanan makanan melalui aplikasi Shopee daripada restoran-restoran berdekatan, dan seterusnya menerima makanan di rumah – lebih kurang seperti FoodPanda dan juga GrabFood. Melalui pengiklanan di laman sosial Facebook, ia dilihat memberikan petanda yang mana perkhidmatan tempahan makanan ShopeeFood ini mungkin beroperasi di Lembah Klang seawal September 2021 ini.

ShopeeFood-950x535.png.webp


Malah, bahan promosi yang digunakan turut mengatakan yang mana pengguna akan dapat menikmati diskaun, selain penghantaran percuma. Seperti biasa, pelbagai perkhidmatan akan hadir dengan penawaran dan diskaun yang agak tinggi ketika permulaan pengenalan perkhidmatan, dan kita mungkin melihat perkara sama melalui ShopeeFood kelak. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan ShopeeFood ini di Lembah Klang tidak lama lagi.​
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Shopee Lancar ShopeeFood Di Lembah Klang - Pesaing FoodPanda, GrabFood

Shopee
kini telah pun melancarkan ujian rintis untuk ShopeeFood bagi kawasan Lembah Klang, sekaligus membolehkan pengguna di Lembah Klang melakukan tempahan makanan menggunakan aplikasi Shopee. Ciri ini sedang diaktifkan secara berperingkat kepada semua pengguna sekitar Lembah Klang, dan dijangka diaktifkan sepenuhnya untuk semua pengguna Lembah Klang pada bulan September ini – seperti jangkaan awal.

ShopeeFood dilihat sedia menyenaraikan sejumlah kedai makan popular di Lembah Klang, bukan sahaja kedai makan dan restoran biasa, tetapi termasuk jenama seperti Kenny Rogers Roasters, Tealive, Boost, dan juga Marrybrown. ShopeeFood beroperasi antara 10 pagi ke 10 malam, dan bersempena pengenalan ini, Shopee turut menyediakan beberapa kupon melalui laman ShopeeFood untuk ditebus pengguna, dan lebih berjimat lagi.

Melalui laman FAQ, Shopee turut mengatakan ShopeeFood turut mengenakan caj perkhidmatan tambahan untuk tempahan makanan melalui platform mereka. Caj ini berbeza mengikut penjual, dan Shopee mengatakan ia dikenakan bagi memastikan pengalaman dan kualiti perkhidmatan terbaik ditawarkan mereka.

Bagi anda yang berminat dan berada di Lembah Klang, boleh menyemak aplikasi Shopee anda untuk ikon Shopee Food hari ini, dan menebus sejumlah kupon untuk digunakan bagi pembelian melalui Shopee Food ini. Jika segalanya berjalan lancar, tidak mustahil kita melihat ShopeeFood diperluaskan ke lokasi lain dalam bulan-bulan akan datang.​

1631932754407.png

1631932759853.png

1631932783756.png

Layari https://shp.ee/jmaabcj
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,549
Reaction score
2,910
Points
206
Mesti layan shopeefood ni
Sebabnya shopee ade 'kredit' spaylater
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register