Shopee Kini Mudahkan Anda Beli Pakej Percutian & Penginapan Hotel

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,831
Reaction score
3,793
Points
236
Shopee kini mengumumkan kerjasama bersama pihak Tourism Malaysia dan juga Persatuan Hotel Malaysia, sekaligus menawarkan halaman khusus dinamakan sebagai “Jom Cuti-Cuti Malaysia”. Melalui laman setempat ini, Shopee menyediakan penawaran pelbagai pakej percutian domestik, selain memudahkan pengguna membeli penginapan dan juga pakej percutian.

Menariknya, selari pelancaran ini, beberapa promosi menarik turut ditawarkan melalui Shopee. Pembeli akan dapat menebus e-baucar RM50 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel satu hingga tiga bintang, atau e-baucar RM100 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel empat dan lima bintang di seluruh negara.

18,750 pembeli terawal juga akan menikmati baucar tambahan RM20.

Dengan langkah ini, ia dilihat mungkin akan dapat merancakkan kembali arena pelancongan dan perhotelan domestik – apatah lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuat-kuasa yang memberi impak tinggi terhadap sektor ini.

Screenshot-3466.jpg


Layari https://shp.ee/whp32qg
 
Sponsored Post

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,301
Reaction score
324
Points
46
aku belum dalam mood berjalan-jalan lagi ..nk gi kenduri pun mikir 3-4 kali..
baru ni org tempat aku kuar bercuti ..balik je, bawak kobit ..teruk kena kecam woo..😅
 
Sponsored Post
Top
Log in Register