BTC USD 60,168.2 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shima ‘Teringin’ hidap migrain, ada alasan terpaksa tanggal tudung

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,925
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,925
Reaction score
6,423
Points
881
Awards
1
Shima ‘Teringin’ hidap migrain, ada alasan terpaksa tanggal tudung

Isnin, 15 Julai 2024 2:14 PM
SEKIAN lama tidak muncul dalam mana-mana acara hiburan, penyanyi Shima mengejutkan ramai pihak apabila dilihat tampil tanpa mengenakan tudung semasa melakukan sesi siaran langsung di aplikasi TikTok.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, memberitahu dia sudah lebih tiga tahun tidak mengenakan hijab atas alasan faktor kesihatan.

Malah, dia sudah mendapatkan nasihat daripada doktor dan berbincang dengan suami sebelum membuat keputusan berkenaan.

Copy of Untitled - 2024-07-15T131636.454

Shima menjelaskan dia bertindak membuka tudung atas faktor kesihatan.

"Saya sudah lama tak pakai tudung tetapi disebabkan kehidupan saya agak private jadi orang tak tahu.

"Saya selalu berdepan migrain, jadi saya tak boleh kena panas sebab saya ada alahan.

"Selepas dapatkan nasihat dari doktor dan bebincang dengan suami, saya buat keputusan untuk buka tudung. Bukan suka-suka saya buka," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.


Ditanya penerimaan peminat mengenai imejnya tanpa hijab itu, Shima berkata dia berlapang dada menerima setiap komen kerana tidak semua mengetahui keadaan cerita sebenar.

"Ramai yang mengutuk tapi saya abaikan sahaja. Kutuklah selagi mahu, saya terima sahaja sebab mereka tak tahu hujung pangkal.

"Terpulang kepada mereka nak cakap apa, itu antara mereka dengan Tuhan," jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-07-15T131715.017

Shima membuat keputusan menaggalkan hijab selepas mendapatkan nasihat dari doktor.

Sebelum ini, penyanyi lagu Teringin itu bertindak memuat naik video tanpa mengenakan hijab di laman TikTok sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Dalam video tersebut, Shima tampil dengan potongan rambut pendek dan meminta orang ramai untuk mengikuti akaun TikTok miliknya.
 
Sponsored Post

Da tua memang tak payah pakai tudung
Quran da bgtau

ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ ۖ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya: “Dan mana-mana wanita tua yang duduk (terhenti dari datangnya haid dan tidak lagi mengandung), yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin (lagi), maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, dengan tidak bertujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka; dan perbuatan mereka dengan menjaga kehormatan (dengan tidak menanggalkan pakaian luar mereka) adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
Surah an-Nur: 60

Tp marketing pitch punya psl
Pak lobai wajib kan 😅
 
Jangan cepat menghukum, doakan Shima - Zur Eda


Zur Eda mohon beri ruang kepada Shima yang kini sedang bergelut dengan masalah kesihatan.
SHAH ALAM: Penyanyi era 1980-an, Zur Eda memohon orang ramai mendoakan sahabat seangkatannya, Shima yang kini sudah tidak lagi berhijab.

Zur Eda atau nama sebenarnya, Zuraidah Mokhtar, 59, berkata Shima sedang bergelut dengan masalah kesihatan dan memohon untuk memberi masa buat sahabatnya kembali pulih.

"Kita doakan yang baik-baik buat Shima. Doakan supaya Shima jumpa seorang doktor yang boleh ubatkan penyakit migrain dialaminya.

"Mungkin dengan cara itu boleh buat Shima ceria, tak apa berikan dia masa. Shima muda lagi daripada saya, tapi kami berada dalam satu era.

"Bagi saya, Shima memang ada sakit dan sudah cuba macam-macam. Setahu saya, dia juga ada sakit 'slip disc'," katanya ditemui pada majlis perasmian pusat kesihatan dan kecantikan, Laman Seri Business Park, di sini, hari ini.

Zur Eda yang popular dengan lagu Pelitaku berkata, tidak wajar untuk menghukum Shima tanpa mengetahui nasib sebenar yang menimpanya.

"Kita tidak boleh menghukumnya. Kita tak boleh mengata seseorang seolah-olah tiada keluarga yang mungkin lebih teruk perangainya, kita sendiri pun tidak tahu.

"Hanya Allah sahaja yang tahu, jadi mengapa tidak doa yang terbaik sahaja untuk Shima. Mungkin Shima akan dipertemukan dengan doktor yang boleh merawatnya dan boleh kembali bertudung dengan sempurna," katanya kepada BH Online.

Sebagai sahabat, Zur Eda berkata, dia memahami apa dilalui Shima dan cuba sedaya upaya memberi bantuan bersama rakan artis lain.

"Kita tahu kehidupannya macam mana bila ada 'slip disc' sampai perlu tutup kedai, tapi mungkin Shima tak kuat dan tiada sistem sokongan.

"Sebagai artis sama era dengan Shima, kami juga cuba beri bantuan kewangan dan lain-lain. Tapi, mungkin ia tidak mencukupi dan memerlukan bantuan daripada segi sokongan motivasi untuk mentalnya," katanya.

Terdahulu, Shima yang popular menerusi lagu Teringin menjadi tular berikutan portal hiburan memuatkan pengakuannya yang kini tidak lagi bertudung.

Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 55, dilapor berkata, perbuatan itu dibuat atas nasihat doktor.

"Ia kerana faktor kesihatan sebab saya selalu kena migrain. Saya tak boleh kena panas, sakit menyerang. Bahagian leher pula selalu naik ruam panas. Letak ubat pun lambat nak sembuh," kata Shima.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register