BTC USD 67,037.3 Gold USD 2,331.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shehbaz Sharif Dilantik PM Baharu Pakistan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
446,967
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
446,967
Reaction score
35,933
Points
2,836
Awards
2

Shehbaz Sharif dilantik PM baharu Pakistan​


03 MAR 2024

2560147.jpg

Shehbaz Sharif


ISLAMABAD – Shehbaz Sharif pada Ahad menerima sokongan buat kali kedua untuk menjadi Perdana Menteri Pakistan, sekali gus mengetuai pakatan yang goyah.

Keputusan itu dibuat Perhimpunan Kebangsaan berdasarkan 201 undi berpihak kepada adik bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif tersebut, kira-kira tiga minggu selepas berakhirnya pilihan raya umum yang didakwa telah dicemari penipuan undi.

“Shehbaz telah dilantik untuk memegang jawatan ini,” ujar Speaker, Sardar Ayaz Sadiq.

Difahamkan pesaingnya, Omar Ayub Khan yang merupakan calon pilihan kelompok yang menyokong bekas Perdana Menteri, Imran Khan hanya meraih 92 undi.

Pelantikan pemimpin berusia 72 tahun itu dibuat dua hari selepas Parlimen menamakan Sardar sebagai Speaker walaupun berdepan bantahan kumpulan pro-Imran. – AFP


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register