BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sharil pakar reka rumah kenit

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,137
Top Poster #7
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,137
Reaction score
4,652
Points
266
Awards
1
hm290shrel_1713057755.jpg


Seremban: Bermula sekadar hobi menghasil 'rumah kenit', lelaki ini berjaya menjadikan minatnya menghasilkan miniatur diorama sebagai sumber pendapatan utama selepas ia mendapat tempahan dari seluruh dunia.

Ketelitian hasil seni mikro Muhammad Sharil Muhammad Salim, 35, yang lebih tertumpu kepada kenderaan dan perkakasannya mampu menarik tumpuan sesiapa sahaja untuk menjamu mata.

Mengakui bukan pelajar yang cemerlang ketika di bangku sekolah terutama ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Sharil berkata, minatnya lebih tertumpu kepada pendidikan seni.

"Saya bermula pada 2017 dengan menghasilkan miniatur figura seperti watak dalam animasi atau filem terkenal sebelum seorang rakan meminta saya menghasilkan satu figura untuknya.

"Ketika itu memang sekadar suka-suka, namun tidak disangka-sangka kawan saya menghulurkan duit dan menyatakan itu adalah hasil usaha kerja seni saya.

"Malah dia juga membuat hantaran di media sosial mengenai ciptaan saya sehingga mendapat perhatian. Bermula dari situ saya berpandangan bidang ini mampu jana pendapatan," katanya ketika ditemui.

Muhammad Shahril berkata, dia kemudiannya menghasilkan diorama bagi sesebuah watak adiwira dan menghidupkan suasana dengan latar belakang seakan situasi sebenar di dalam filem dengan skala 1/64.

"Saya hanya menjadikan video dalam talian sebagai sumber rujukan untuk menghasilkan pelbagai jenis miniatur. Kini saya hasilkan diorama jalan, bangunan dan kenderaan dan kini mendapat lebih 50 tempahan termasuk dari luar negara," katanya.

Anak jati Seremban itu berkata, ketelitian dan fokus yang tinggi adalah kunci bagi menghasilkan kesempurnaan diorama miniatur kerana mengendalikan bahan yang bersaiz kecil.

"Ketelitian itu yang menjadikan hasil seni menarik peminat sehingga ke luar negara. Ia memang mencabar, namun minat yang mendalam terhadap bidang ini mendorong saya terus berkarya.

"Ketika SPM saya bukan pelajar yang cemerlang dalam akademik, namun nampak dilihat minat saya lebih ke arah seni. Meskipun hanya berkelulusan sekolah menengah, ia tidak menghalang seseorang untuk berjaya," katanya.

Tambahnya, hasil seni miniatur diorama belum didedahkan sepenuhnya kepada rakyat negara ini yang mana ia juga boleh menjadi pendapatan utama sekiranya mempunyai kemahiran dan minat.

"Ketika ini saya hanya mengambil empat tempahan dalam masa sebulan bagi memastikan kualitinya terjaga. Satu diorama berbeza harga namun ia boleh mencecah RM1,500 satu.

"Setiap diorama boleh dihasilkan dalam masa tiga ke empat hari. Terdapat satu hasil kerja saya yang mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan dan pernah mendapat tawaran RM25,000 untuk dibeli, namun sehingga kini masih menyimpannya," katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register