Shahrulezad: Mahu cerita salah laku rasuah kakitangan kerajaan

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,883
Reaction score
1,687
Points
151
Mahu cerita salah laku rasuah kakitangan kerajaan

Kuala Lumpur: Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) disaran menarik balik larangan terhadap pihak pengkarya dari memaparkan cerita kakitangan kerajaan atau badan berkuasa menerima rasuah.

Pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin dalam hantaran di Instagram berkata, alasan diberikan pihak LPF berkenaan perkara itu adalah tidak wajar.

"Saya menyeru kepada LPF Malaysia agar menarik balik larangan pihak pengkarya dari memaparkan cerita kakitangan kerajaan mahupun badan berkuasa dari terbabit dalam budaya rasuah sebagai salah satu tema dalam karya kami.

"Terus terang cakap sampai sekarang saya tak boleh terima antara alasan yang diberikan ke atas larangan ini ialah demi menjaga imej kakitangan kerajaan dari dipandang serong.

"Percayalah, isu rasuah yang kami cuba paparkan dalam karya bukanlah berniat jahat seperti yang disangka selama ini. Paparan cerita seperti ini tidak semestinya akan membawa imej negatif pada kakitangan kerajaan malah saya percaya menerusi hiburan drama dan filem sedikit sebanyak golongan karyawan mampu menyedarkan masyarakat akan betapa 'nazak' nya budaya rasuah ini," katanya.

Shahrulezad yang juga pengarah drama Nur berkata, pengkarya juga perlu diberi ruang untuk bersama-sama membantu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras aktiviti tidak bermoral ini.

"Sampai bila kita nak harapkan SPRM saja dalam membasmi rasuah? Isteri, anak-anak pemakan rasuah perlu diberi kesedaran sama supaya membantu mencegah budaya yang membawa kecelakaan ini.

"Mereka perlu merasa curiga dengan sumber yang masuk ke dalam keluarga mereka dari mana. Duit atau nikmat yang diperolehi dari celah mana. Sekurang-kurangnya 'sang pemakan rasuah' akan berasa tak selesa bila ahli dalam keluarga mereka mula curiga akan sesuatu. Pencegahan rasuah ini sepatutnya bermula dari dalam keluarga masing masing.

"Kalau drama yang membongkar tema penunggang agama boleh ditayangkan kenapa drama yang membongkar kebobrokan kakitangan kerajaan atau pun badan berkuasa dihalang untuk tayangan?

"Sudah sampai masanya drama kita yang mempunyai jutaan pengikutnya dibenarkan sama membantu kerajaan dalam membanteras budaya rasuah ini. Tidaklah tema suami curang, isteri derhaka dan yang lain diulangsiar berkali-kali," katanya.
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,133
Reaction score
946
Points
121
La br tau ada larangan mcm nie.....memang pelik la punya alasan....
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,194
Reaction score
823
Points
176
La br tau ada larangan mcm nie.....memang pelik la punya alasan....
Kat malaysia ni agak payah.. Sebab kebanyakan mempunyai nama digabungkan dengan diraja.. Maksudnya wlupun ia salah tapi sacara amnya mempelekehkan kedaulatan diraja..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,781
Reaction score
2,065
Points
201
di Malaysia nak berkarya tak boleh open.....itu tapis...ini tapi..mcm yg rasuah ni...bimbang terkena batang hidung sendiri ke....mcm drama Gerak Khas lah...dah jadi skrip buku sekolah...keras je nada...tak natural langsung.....kritik tak boleh....sentuh tak boleh.....semuanya nak tutup pekung....
 

jagajaga

Active Member
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,407
Reaction score
71
Points
40
Kat malaysia ni agak payah.. Sebab kebanyakan mempunyai nama digabungkan dengan diraja.. Maksudnya wlupun ia salah tapi sacara amnya mempelekehkan kedaulatan diraja..
Buat la citer salah laku ahli politik
Ahli politik bukan badan diraja
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,041
Reaction score
245
Points
38
jangankan rasuah, hisap rokok pun xleh..pulak2 lau drama kepolisan , pelakon2 jd anggota polis byk bibir2 itam je..tp sepuntung rokok pun tak nampak isap..
tp lau nk dedahkan rasuah tu, alang2 buat cam industri filem india..pak2 menteri yg korup tu habis didedahkan..
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,255
Reaction score
582
Points
161
Bantu sprm ke utk kaut keuntungan dari filem isu kontroversi...
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,883
Reaction score
1,687
Points
151
Letak la disclaimer
Cerita tidak berkaitan dgn org yg hidup heheh
Bukan ada adengan seks pun

Kebebasan asasi manusia itu relatif sebenarnya

kalau di luar negara, mereka bebas menghasilkan filem mcm2 rupa
Cerita tu pun kebanyakan ada adaptasi drp real story

kata nya bebas beragama
Filem artis bukak tudung bole plak
Takkan yusof haslam je bole jd polis

pengarah filem Melayu lain pun org islam jg..apedaaaa

kebebasan tu hanya diberi pd org2 Teratas saja la camni :p
 
Sponsored Post
Top
Log in Register