BTC USD 43,080.9 Gold USD 1,817.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shahrulezad dedah artis palsukan sijil vaksinasi, dibenar laksanakan umrah

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,080
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,080
Reaction score
3,186
Points
261
Awards
1
Shahrulezad dedah artis palsukan sijil vaksinasi, dibenar laksanakan umrah

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan kewujudan artis yang memalsukan sijil vaksinasi untuk kepentingan diri sendiri sehingga dipercayai berjaya ‘lolos’ untuk mengerjakan umrah.

Dakwanya, lebih mengecewakan apabila artis tersebut bangga mendedahkan tindakannya itu kepada kru produksi dan rakan artis yang lain.

“Saya terima maklumat ini daripada rakan artis dan kru yang bercakap tentang artis tersebut. Saya terkejut apabila diberitahu dia secara terbuka mendedahkan telah membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan sijil vaksin palsu.

“Lebih mengejutkan lagi apabila artis berkenaan mendedahkan dia dibenarkan untuk melaksanakan umrah dengan sijil tersebut.

“Saya tak faham kenapa dia bangga dengan tindakannya itu. Kalau dia senyapkan tak mengapa juga, sekurang-kurangnya kita tak tahu. Ini tidak, dia ceritakan dengan bangga,” jelasnya berang.

Pengarah yang terkenal dengan drama Nur ini berkata tindakan artis tersebut akan membawa kesan buruk bukan sahaja kepada dirinya sendiri malah kepada negara.

“Bayangkan kalau dia dijangkiti wabak ketika mengerjakan umrah. Bukankah situasi menjadi lebih teruk sekiranya pihak berkuasa Arab Saudi mendapat tahu bahawa sijil vaksinasinya itu palsu.

“Apa pandangan negara luar terhadap sistem vaksinasi kita sekiranya mereka mengetahui sistem vaksinasi kita mudah diceroboh. Bukankah itu akan mencalar imej Malaysia?

“Lebih dikhuatirkan lagi jika rakyat Malaysia selepas ini berdepan kesukaran untuk mengerjakan ibadah haji ataupun umrah gara-gara tindakannya itu,” tegurnya.

Kata Shahrulezad lagi, dia kesal dengan tindakan artis tersebut. Katanya, dia hanya mampu beristigfar dan berdoa agar artis berkenaan dilindungi daripada terkena wabak Covid-19.

“Saya tak kisah kalau ada yang memilih untuk tidak mengambil vaksin. Tapi jangan buat provikasi.

“Untuk apa buka pekung didada, cerita salah laku sendiri dengan bangga? Lebih elok buat sidang media sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata dia tidak akan mendiskriminasi mana-mana pelakon yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Namun katanya, golongan berkenaan tidak akan menerima layanan yang sama dengan pelakon atau selebriti yang sudah melengkapkan dua dos suntikan.

“Ramai pelakon yang memerlukan kerja. Siapa tahu, mungkin ada pelakon yang tidak mengambil vaksin kerana sebab-sebab tertentu.

“Saya tidak mendiskriminasi. Zalim kalau saya tak bantu. Saya akan ambil mereka berlakon kalau betul mereka ada alasan kukuh tak boleh ambil vaksin.

“Tetapi, mereka kena faham jika layanan yang diberikan tidak sama dengan yang sudah divaksin. Mungkin kita akan asingkan mereka, makan atau rehat ditempat lain. Standard prosedur operasi (SOP) tetap kena jaga,” jelasnya.
- Utusan
 
Sponsored Post

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81

Kasi bocor la..salah tetap salah..
 
siamanggagapp

Active+ Member
Messages
4,053
Joined
Jul 20, 2013
Messages
4,053
Reaction score
547
Points
71
nk bangga diri tk kena tempat tk kena masa

ramai yg ada penyakit cmni lately
 
Last edited:

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
nk bangga diri tk kena tempat tk kena masa

ramai yg ada kenyakit cmni lately
Time cerita nk bangga2 tu xsedar.. lpas dah viral baru menyesal.. biase la mcm tu
 
Emy_Ezra

Super Active Member
Messages
6,394
Joined
Sep 2, 2012
Messages
6,394
Reaction score
483
Points
96
Alah tak pelik lah.
Money talks.

Kalau tak, mesti sajat tu pun dah lama ke dalam.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register