Shahrukh bebas tipu

CG Sponsors




irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Shahrukh bebas tipu

myMetro
Setempat
2010/01/22

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Bangladesh tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan menipu seorang ahli perniagaan tempatan membabitkan AS$100,000 (RM336,898), dua tahun lalu.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Shahrukh Biswas, 30, dan dikongsi bersama isterinya wanita tempatan apabila memeluk wanita itu serta ahli keluarga lain selain tidak henti mengucapkan terima kasih kepada peguam bela Datuk N Sivanathan.


Perbuatan itu dilakukan secara spontan sejurus selepas dibebaskan iaitu apabila Hakim Asmadi Hussin selesai memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan. Dalam penghakimannya, Asmadi berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah serta gagal membuktikan tertuduh terbabit dalam penipuan itu.


Mengikut pertuduhan, Shahrukh didakwa menipu Mustaqeem Sulaiman, 36, supaya mempercayai bahawa wang kertas AS$200,000 (RM673,799) dalam urusan pergandaan adalah tulen sedangkan tertuduh mengetahui peitu tidak benar.


Tindakan itu mendorong mangsa menyerahkan AS$100,000 (RM336, 898) kepada tertuduh bagi melakukan usaha pergandaan wang.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di sini, jam 9.30 malam, 21 Mac 2008.


Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
 
Sponsored Post

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..buat suspen je...ingatkan Shahruh khan tu da.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register