BTC USD 40,780.8 Gold USD 1,838.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Shahrol Shiro turun Melaka berkempen untuk Dira

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,524
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,524
Reaction score
465
Points
91
2936ada4-453b-4f23-aa0b-8b5ef075e472.jpg

SHIRO bersama-sama dengan Dira Abu Zahar yang akan bertanding dalam PRN Melaka 20 November ini.

Shahrol Shiro turun Melaka berkempen untuk Dira

PETALING JAYA – Pelawak dan juga pelakon yang kini aktif dalam politik, Shahrol Shiro dilihat sempat meluangkan masa bersama sahabatnya, Datuk Dira Abu Zahar yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Ujar Shahrol, dia yang kini berada di Melaka sempat mengambil peluang untuk bertemu calon Barisan Nasional bagi kawasan N.25 DUN Rim untuk berkempen.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi dalam Instagram miliknya.

“Setibanya di Melaka terus berjumpa calon N35 DUN Rim, Datuk Dira Abu Zahar. Perangai gila-gilanya tak pernah berubah tetapi senang didekati.

“Kesimpulannya dia bukan sahaja cantik tapi bijak. Semoga sukses Dira di sana, sentiasa ingat nawaitu (niat) yang selalu awak sebut untuk membantu dan menyelesaikan masalah setempat agar mereka lebih sejahtera,” tulisnya

Ujarnya lagi, banyak perkara yang disembangkan bersama pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu terutamanya soal pembangunan untuk manfaat masyarakat di sana (Melaka) terutama di daerah tempat dia membesar iaitu di Jasin.

Dalam pada itu, Shahrol sempat mengajak penduduk kawasan DUN terlibat untuk memilih Dira sebagai wakil rakyat demi kestabilan dan kemakmuran negeri Melaka.

Terdahulu, Dira menerusi sebuah hantaran di Instagram mengumumkan keputusannya untuk bertanding sebagai wakil rakyat di Rim, Jasin kerana ingin mengikuti jejak langkah Allahyarham bapanya, Datuk Seri Abu Zahar.

Ujar Dira, Rim, Jasin sangat dekat di hati kerana di sanalah dia membesar dan merupakan kampung halamannya sejak kecil lagi. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,022
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,022
Reaction score
3,125
Points
261
Awards
1
Cuba dia bukan sapa2 bkn anak vvip xdknya nak angkat jd calon
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Joined
Apr 15, 2012
Messages
30,953
Reaction score
2,361
Points
266
Awards
1
selamat berkempen & ikutilah sop yg digariskan supaya selamat dpd bahayo kobid

tapi awas! bahayo penyakit angau boleh jangkit sapo2 ajo walapun penjarakan sosial lebih dpd 10000km ekekekkee
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register