Shahidan ingatkan pesawah hati-hati bakar jerami

CG Sponsors




CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
KANGAR: Pesawah yang membakar jerami selepas musim menuai padi dinasihati membuat kawalan api supaya ia tidak merebak dan membahayakan pengguna jalan raya dan jalan kampung.

Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pembakaran jerami yang tidak terkawal boleh mengundang padah.

Katanya, pada 6 Februari lalu, seorang warga tua, Murad Ali, 70, terjatuh bersama motorsikalnya ke dalam sawah padi yang jeraminya sedang dibakar akibat asap tebal yang menghalang penglihatannya.

Nahas berlaku di sebuah jalan kampung di Kampung Bunga Emas dekat sini jam 5 petang dan mangsa meninggal dunia dua hari kemudian akibat melecur teruk.

Motorsikal yang ditunggangi mangsa terbabas dan terjatuh ke dalam sawah yang api pembakaran jeraminya sedang marak.

"Sepatutnya pesawah membakar sedikit demi sedikit dan semasa pembakaran mereka perlu menunggu supaya tidak melarat pembakarannya," kata Shahidan semasa ditemui di sini hari ini.

Sejak musim menuai padi bermula awal tahun ini, kegiatan membakar jerami giat dilakukan pesawah padi sebagai proses tradisional membersihkan sawah sebelum kerja membajak dilakukan.

Pada sebelah malam, kawasan sawah di lokasi tertentu terang-benderang dengan cahaya api pembakaran itu manakala sebelah siangnya kelihatan asap di sana sini. - Bernama
 
Sponsored Post

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
slalu dorg bakar dekat2 dgn jalan je kan?
 

CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
slalu dorg bakar dekat2 dgn jalan je kan?
tu la pasal....
tu yg buleh akibatkan org eksiden....
dah macam jerebu jadinya....
 

perndunks

Fun Poster
Joined
Sep 17, 2008
Messages
782
Reaction score
0
Points
10
klu nk bakar, kena tgk arah angin. klu angin arah jln ry.jgn bkr.bahaya...

lagi satu, time bkr kena jaga.jgn tinggal.bahaya klu merebak...

best dulu2 turun swh.tangkap ikan.tp bdk skrg dah x minat
 

vedder9

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
slalu dorg bakar dekat2 dgn jalan je kan?
Actually semua kawasan sawah padi akan dibakar lepas padi dituai...masalah berlaku kat kawasan sawah yang bersebelahan jalan raya..memang bahaya dan berisiko kemalangan..

X salah Ved dalam tahun 1990-an dulu...berlaku kemalangan melibatkan 10 kenderaan serentak kerana jalan raya dipenuhi asap
 
Sponsored Post
Top
Log in Register