Shah Rukh Khan Dijulang di MELAKA 6 Disember????

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
MELAKA 24 Nov. - Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan bersetuju datang ke Melaka pada 6 Disember ini untuk menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Omar Kaseh berkata, Shah Rukh Khan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 7.30 pagi dan akan berada di Melaka selama sehari.

Istiadat penganugerahan darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pada 10 pagi, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 hari lahir Mohd. Khalil pada 11 Oktober lepas.

Omar berkata, bahawa pada majlis istiadat penganugerahan itu, Shah Rukh Khan akan berpakaian baju Melayu serba hitam dan bersongkok, satu-satunya artis Bollywood yang diberi penghormatan memakai busana baju kebangsaan yang pasti akan ditonton seluruh dunia.

Katanya, artis itu dijadual melawat Menara Taming Sari pada 2.10 petang, menaiki beca ke jam besar melalui Jalan Quayside (2.25 petang), Eye On Malaysia (2.50 petang), Pentas Jonker Walk (3.25 petang), menaiki bot dari Padang Nyiru ke Eye On Melaka (3.45 petang), Kampung Morten (4.10 petang) dan bertemu peminat di konsert Jom Ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (4.45 petang) dan terbang balik ke Mumbai pada 8 malam, hari sama.
 
Sponsored Post

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,057
Reaction score
70
Points
80
..meh kite jadikan ..Shah Rukh Khan mangkat dijulang....
 

brozul

Super Active Member
Joined
Jun 11, 2008
Messages
8,469
Reaction score
28
Points
70
baru nak dtg? ari tu cite lain...
 

juri

Fun Poster
Platinum Member
Joined
Apr 7, 2007
Messages
362
Reaction score
43
Points
20
ini peluang berjumpa dengan SRK
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
ntah2 tak dtg lagi kot..muahhaha
 

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
slain SRK ni ade satu lg yg mmg hebat kat melaka ni :))


MELAKA: Kerajaan negeri tidak bercadang menghalang penduduk di sekitar Kuala Sungai Baru, dekat sini, mengadakan demonstrasi setiap hujung minggu sebagai bantahan terhadap tindakan pihak tertentu membuang sisa bangkai **** di kawasan mereka seperti berlaku hujung minggu lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata penduduk di kawasan terbabit boleh membuat bantahan dan menyerahkan memorandum kepadanya, tetapi pada masa sama, mereka wajar membantu polis menangkap pesalah sebenar untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"Terpulanglah kepada penduduk, tetapi jangan hanya marahkan Ketua Menteri, kerajaan negeri, parti dan kerajaan Barisan Nasional, sedangkan penjenayah sebenar yang melakukan kerja terkutuk itu dibiarkan terlepas,'' katanya selepas melawat Pusat Zakat Majlis Agama Islam Melaka, di Peringgit, dekat sini, kelmarin.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan penduduk kampung Pengkalan Balak dan Persatuan Pengusaha Chalet Bumiputera Melaka mengadakan demonstrasi di persimpangan jalan Kuala Sungai Baru-Masjid Tanah setiap hujung minggu sehingga masalah ternakan **** tanpa kawalan di Paya Mengkuang, diselesaikan.
Kelmarin, kira-kira 2,000 penduduk pelbagai lapisan umur dan pertubuhan berhimpun selama 45 minit sambil membawa pelbagai sepanduk mengutuk kerajaan negeri di simpang jalan berkenaan.

Bantahan itu dilakukan susulan insiden bangkai kepala **** digantung di luar pintu pagar rumah seorang guru di Kuala Sungai Baru. Sebelum itu, pada 17 Oktober lalu, satu kepala **** turut ditemui terdampar di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, kira-kira 34 kilometer dari sini sekali gus mendorong puluhan laporan polis dibuat.



:(scam:(scam
da 50 taun da kes ni x setel2 lg
 

edagangnetwork

Active Member
Joined
Jun 25, 2008
Messages
2,097
Reaction score
15
Points
25
Penghinaan kepada ramai Rakyat Malaysia yang lebih berjasa kepada Negara..
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
shah rukh khan dah macam pejuang melayu melaka...

di julang bagai dia keturunan hang tuah plak..

korang tgk jela peel dia nanti time smpai kat melaka..
 

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
shah rukh khan dah macam pejuang melayu melaka...

di julang bagai dia keturunan hang tuah plak..

korang tgk jela peel dia nanti time smpai kat melaka..
sebagai memperingati jasa parameswara bukak melaka kot
 
Sponsored Post
Top
Log in Register