Shah Alam lokasi carian paling popular pembeli rumah - iProperty

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,427
Reaction score
2,956
Points
201


KUALA LUMPUR: Portal hartanah, iProperty.com.my mendapati Shah Alam di Selangor menjadi kawasan yang mencatatkan carian tertinggi oleh pembeli rumah Malaysia menerusi laman webnya pada 2019.


Shah Alam, terletak di Lembah Klang, merekodkan peratusan carian sebanyak 17.14 peratus sekali gus menjadi pilihan paling utama untuk pembeli yang ingin menikmati kehidupan dalam persekitaran kehijauan dan lebih tenang di samping memiliki akses mudah kepada pelbagai kemudahan.

“Kawasan-kawasan yang mencatatkan carian popular di iProperty.com.my masih tertumpu di perbandaran Lembah Klang untuk rumah dan hartanah kediaman.

“Semua kawasan ini mempunyai satu persamaan iaitu akses mudah kepada pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah, hospital, sekolah, sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi yang berkembang pesat,” demikian mengikut kenyataan bersama iProperty.com Malaysia Sdn Bhd dan REA Group Ltd di sini, hari ini.

REA Group, syarikat pengiklanan digital global yang mengkhususkan bidang hartanah merupakan pengendali iProperty.com.my.

Selain Shah Alam, lokasi Ara Damansara (16.98 peratus), Cheras (13.15 peratus), Bandar Utama (12.22 peratus), Semenyih (11.96 peratus), Petaling Jaya (7.91 peratus), Rawang (5.50 peratus), Subang Jaya (5.19 peratus), Johor Bahru (5.16 peratus) dan Puchong (4.79 peratus) juga antara kawasan popular berdasarkan data tingkah laku carian pengguna yang direkodkan penyelesaian data raya iProperty.com.my, iPropertyiQ.com.

“Kawasan-kawasan ini mencatatkan jumlah carian tertinggi daripada kalangan pembeli rumah yang melayari iProperty.com.my bagi tempoh Januari hingga November 2019,” katanya.

iProperty.com.my yang menerima lebih tiga juta kunjungan setiap bulan, menawarkan pengalaman carian hartanah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. – Bernama

 
Top
Log in Register