BTC USD 67,037.3 Gold USD 2,331.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SFA Arah Produk Kari Ikan Masala Everest Di Import Dari India Di Tarik Balik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,236
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,236
Reaction score
6,485
Points
916
Awards
1
18.04.2024 - Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan pengimport, Sp Muthiah & Sons Pte. Ltd., supaya menarik balik jualan produk Kari Ikan Masala Everest dari India kerana mengandungi etilena oksida (ethylene oxide) melebihi had yang dibenarkan. SFA dalam satu kenyataan pada Khamis (18 Apr) berkata arahan itu dikeluarkan menyusuli pemberitahuan Pusat bagi Keselamatan Makanan di Hong Kong yang mendapati terdapat etilena oksida dalam produk tersebut. Etilena oksida sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga dan tidak dibenarkan sama sekali untuk digunakan dalam makanan. Di bawah Peraturan Makanan Singapura, etilena oksida hanya dibenarkan untuk digunakan dalam pensterilan rempah.

Meskipun tiada risiko segera pada kesihatan akibat pengambilan makanan yang tercemar etilena oksida pada tahap rendah, pendedahan jangka panjang boleh menimbulkan masalah kesihatan. Pendedahan kepada bahan sedemikian justeru, perlu dikurangkan sebanyak mungkin. SFA menasihatkan pengguna yang telah membeli produk terjejas, agar tidak memakannya. Mereka yang sudah mengambil produk tersebut dan bimbang mengenai kesihatan mereka, digalakkan mendapatkan nasihat perubatan. Mereka juga boleh menghubungi tempat penjualan produk tersebut bagi soalan lanjut.
1713457234657.png
 
Back
Top
Log in Register