BTC USD 68,492.4 Gold USD 2,343.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SFA Arah Produk Bak Kut Teh Malaysia Di Tarik Dari Pasaran

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,230
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,230
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
13.04.2024 - Agensi Makanan Singapura (SFA) menggantung dan mengarah penarikan semula jualan satu lagi produk makanan dari Malaysia membabitkan bak kut teh segera dengan nasi. SFA dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook berkata, produk berkenaan membabitkan Samy Bak Kut Teh (Kering dan Sup) diimport dari sumber yang tidak diiktiraf dari Malaysia. Menurutnya, pengimport produk bak kut teh segera terbabit diarah untuk menarik semula penjualan produk berkenaan di pasaran republik terbabit.

"Produk ini mengandungi lebih daripada lima peratus daging babi. Daging dan produk daging yang mengandungi lebih daripada lima peratus daging hanya boleh diimport daripada sumber yang diiktiraf sahaja. Di Singapura, import produk makanan mesti mematuhi garis panduan ditetapkan SFA. Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen, dengan setiap konsainan mesti diisytiharkan secara jelas dan disertakan dengan permit import yang sah. Apatah lagi jika produk itu membabitkan daging dan produk daging, ia hanya boleh diimport daripada sumber bertauliah di negara yang diluluskan sekali gus mematuhi piawaian dan keperluan keselamatan makanan kami," katanya dalam muat naik berkenaan.

Mengulas lanjut, SFA berkata, produk makanan yang diimport secara haram daripada sumber yang tidak diketahui dan tidak diluluskan menimbulkan risiko kepada pengguna.

"Pengguna yang telah membeli produk bak kut teh segera itu diminta tidak memakannya, manakala mereka yang telah makan produk itu dan berasa tidak sihat, perlu mendapatkan rawatan perubatan segera," katanya.

Semalam, SFA dilaporkan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau memakan sejenis gula-gula dari Malaysia yang didapati dicampur dengan tadalafil, ubat mujarab yang digunakan untuk merawat disfungsi erektil.

1712994944859.png
 
Back
Top
Log in Register