BTC USD 20,315.3 Gold USD 1,720.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sewa Ikut Kepala RM100 Sebulan, "Ssumbat Macam Sardin"

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,066
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
36,066
Reaction score
4,650
Points
296
Awards
1
17.08.2022 - Kuala Lumpur, Segelintir pemilik premis perniagaan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, dikesan mengubah suai premis untuk disewa kepada warga asing bagi mendapatkan keuntungan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kehadiran warga asing di pasar borong ini.

"Pemeriksaan mendapati sebuah premis diubah suai menempatkan lima bilik yang disewa puluhan warga asing yang dikenakan bayaran RM100 bagi setiap 'kepala' (individu) sebulan. Hasil pemeriksaan dilakukan juga, kami menyita tiga premis serta barang jualan yang didapati dikendalikan oleh warga asing," katanya pada sidang media di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman dan Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai. Seramai 401 pegawai dan anggota penguat kuasa membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terbabit dalam operasi terbabit.

Jalaluddin berkata, pihaknya memberi amaran keras terhadap pemilik premis perniagaan yang masih berdegil menyewakan premis kepada pihak ketiga.

"Kita akan mengenakan tindakan tegas terhadap pemilik premis perniagaan yang dikesan memberi sewaan premis kepada warga asing serta pendatang asing tanpa izin (Pati) sehingga wujud budaya monopoli perniagaan di sekitar pasar borong. Ini termasuk mengambil tindakan membatalkan lesen mereka serta merta termasuk menyita barang jualan," katanya.

Katanya, operasi itu diadakan untuk membanteras penyalahgunaan dadah serta penyewaan premis perniagaan kepada warga asing yang diubahsuai sebagai tempat tinggal.

"Justeru itu, kita akan meningkatkan operasi di seluruh ibu kota bagi mengesan individu yang melanggar undang-undang sekali gus mengekang aktiviti haram secara menyeluruh," katanya.​

1660734950711.png
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,223
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
53,223
Reaction score
1,988
Points
596
Bende leh duit tue merapu ikut dan
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
11,016
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
11,016
Reaction score
1,558
Points
191
Murahnya.
Tak ikut peraturan dah
 

azham

Super Active Member
gem
Messages
8,791
Joined
Dec 20, 2012
Messages
8,791
Reaction score
2,745
Points
216
Awards
1
Tukarlah berkali2 Memteri Wilayah Persekutuan ni, resultnya tetap sama berkenaan pasar borong.
Warga asing, kotor, jijik, gengster tak de perubahan pun.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register