BTC USD 64,146.4 Gold USD 1,777.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setubuh anak sendiri: Bapa berbogel berada diatas tubuh

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
PETALING JAYA: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua mendakwa menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sekurang-kurangnya tiga kali sejak sebulan lalu di rumah mereka di Taman Medan, di sini, ketika ibunya keluar bekerja. Bagaimanapun, mangsa hanya membuat laporan selepas kejadian terakhir Rabu lalu apabila mendapati bapanya berada di atas badannya dalam keadaan bogel, sebaik mangsa tersedar daripada tidur. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata mangsa yang terkejut dengan kejadian itu memaklumkan kepada ibunya yang bekerja sebagai operator kilang sebelum membuat laporan polis.

Katanya, bertindak atas laporan yang diterima, polis menahan bapa mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai pemandu di kediaman mereka awal pagi Khamis lalu.

“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 396 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati, mangsa dirogol sekurang-kurangnya tiga kali sejak sebulan lalu, namun hanya menyedari perkara itu ketika kejadian terakhir, Rabu lalu.
“Dua kejadian sebelum ini tidak disedari mangsa, dipercayai tidak sedarkan diri ketika perbuatan itu dilakukan dan hanya menyedari sebaik bangun pagi dia dalam keadaan bogel, namun tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk berlaku.

“Suspek dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ibu mangsa keluar bekerja bagi mengelak tindakannya dihidu isterinya,” katanya mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan masih dalam keadaan trauma.

Dalam kejadian berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun selepas melarikan wang tunai, telefon bimbit dan teksi milik mangsa yang juga pemandu teksi, di sini, Jumaat lalu.

Ketika kejadian jam 12 tengah malam itu, suspek yang menaiki teksi itu di Kota Damansara meminta mangsa menghantarnya di Seksyen 7, Shah Alam.

“Ketika dalam perjalanan, suspek mengacukan sebilah pisau di leher mangsa dan meminta menyerahkan semua barang berharga sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan dan melarikan teksi terbabit,” katanya.
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
dh ade tajuk..
hehe..
ape punye bpk la nie..
dh terkantoi..
 
Last edited:

ammar5

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2006
Messages
6,511
Reaction score
14
Points
65
mengong bapak die nie.....anak sendiri pun ada nafsu,gi langgan la buhsia,jgn sia-siakan idup anak sendiri....:)):))
 

eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
kali ke 3 baru anak die sedar.. heran2...
 

azrul282

Active+ Member
Joined
Jun 23, 2008
Messages
3,686
Reaction score
59
Points
30
xkan kena rogol x sedar..musykil aku ni..tido mati ke ape dia ni..sedangkan aku ade bunyi sikit pun leh sedar,,heran tul..
 

geesya

Super Active Member
Joined
Aug 6, 2009
Messages
7,456
Reaction score
243
Points
73
astagfirullah....kenapa merosakkan masa depan anak sendiri????
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
sbg bapak sepatutnye melindungi keluarga..
ini tidak..
menjahanam kn ade la..
camne la mse dpn ank tue..
trauma dh tentu punye..
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,973
Reaction score
553
Points
161
dah jadi trand skrg ni bapak rogol anak,selalu jerk berlaku tiap2 tahun mcm dah biase jerk perkara ni,hati2 jgn sampai terjadi kepada kita plak nnt
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register