- Joined
- Apr 26, 2008
- Messages
- 76,139
- Reaction score
- 63
- Points
- 525
TEMERLOH: Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Negeri Pahang Datuk Abdullah Rahmat, 51, maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas selepas terlanggar seekor lembu dalam kemalangan di km92 Lebuhraya Pantai Timur, dekat Lanchang pada 9.15 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Ahmad Fadzillah Mohamed berkata mangsa bersama dua lagi rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan dan apabila tiba di tempat kejadian terlanggar seekor lembu yang melintas dari arah kiri ke kanan lebuh raya itu.
“Selepas melanggar lembu berkenaan, pacuan empat roda itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik dan memasuki laluan bertentangan dengan keempat-empat roda ke atas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh.
p/s: lembu punye pasal
(
(
(
(( (laju kot kete tu)
Dua lagi rakan mangsa yang berasal dari Kuantan, Ahmad Kamal Abdul Malek, 50, mengalami cedera parah dan kini dirawat di Hoshah, manakala seorang lagi, Mohd Fazzri Mohd Amri, 22, hanya cedera ringan.
Ahmad Fadzillah berkata sejurus kemalangan itu, sebuah kereta lain jenis Perodua Kelisa dari Kuala Lumpur menuju Kuantan turut terlanggar lembu yang mati di tengah lebuh raya itu sebelum terbabas, bagaimanapun pemandunya, Sahlan Mat Nor, 22, hanya cedera ringan.
Jenazah Allahyarham Abdullah dihantar ke kampungnya di Pulau Tambun, Pekan pagi ini dan dijangka dikebumikan selepas Zohor ini. - Bernama